Di saat dia mencari jawapan, tiada pula datang kebenarannya.
Di saat kebenaran tiba kepadanya, datang pula pembohongan yang nyata.
Jadi yang manakah harus dipercaya?
Persoalan yang tiada jawapannya?
Ataupun...
Jawapan yang tiada kebenarannya.
Semuanya disembunyikan semata demi kuasa.
Kuasa yang mempengaruhi minda anak bangsa.
Jadi kemanakah hilangnya keadilan dunia?
......................................................................................................................................
Lutfi menekan beberapa kali butang loceng di pagar hadapan sebuah rumah banglo mewah. Beberapa saat kemudian, pagar besi yang berukirkan kristal ais terbuka luas untuknya. Maka terpampang luasnya kawasan luar rumah banglo itu seperti stadium bola besarnya. Hiasan alam semulajadi yang tersusun kemas dan rapi di kawasan halaman rumah banglo itu tidak lagi seindah seperti sebelum ini kerana semua pemandangan indah ini dilitupi dengan salji putih yang tebal meninggi.
Setelahnya, munculnya pula beberapa orang pembantu rumah datang menjemput. Mereka terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
"Maaf kerana terlambat. Macam mana dengan perjalanan hari ni?"Ucap salah seorang daripada mereka yang merupakan ketua mereka.
"Macam biasa."jawap Lutfi.
"Syukurlah. Kalau macam tu...."
"Selamat pulang tuanku." Ucap mereka semua serentak kepada Lutfi sambil menundukkan pandangan sebagai tanda hormat.
Lutfi melihat ke arah mereka. Dia berkerut.'tuanku?'. Namun dia buat endah tak endah. Mungkin ini adalah suatu gurauan untuknya. Biasalah, asalkan dia pulang ke rumah pasti akan ada lawak-lawak baru yang dipersembahkan mereka. Walaupun kadang-kadang lawak mereka hambar, akan tetap sahaja dilayankannya. Lutfi tak kisah. Dia bahagia dengan hidupnya yang dikelilingi dengan orang-orang yang baik, orang-orang yang mengambil berat dan dengan orang-orang yang penyayang. Dia bersyukur kerana dia tidak perlu bersusah hati tatkala dia bersama dengan keluarganya.
"Terima kasih."ujarnya sambil tersenyum.
......
Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk.
"General. Tuanku sudah pulang. Tuanku mahu berjumpa dengan general."kata Sher, ketua pembantu rumahnya.
Lutfi berkerut lagi. 'Kali ni apa pulak? Daddy, dipanggilnya general?. '
"Masuklah." Laung seseorang dari dalam kamar bacaan.
"Tuanku. Silakan."ucap Sher kepada Lutfi.
Sher memulas tombol pintu. Pintu dibukakannya. Di hadapan pintu, berdirinya Lutfi di situ. Mukanya sedikit sayu tatkala melihat wajah orang tersayang menerjah di depan mata. Barangkalinya kerana sudah lama dia tidak berjumpa dengannya.
"Daddy." Kata Lutfi.
Ayahnya yang asyik membaca bukunya di meja, dihentikan bacaannya tatkala mendengar suara Lutfi memanggilnya. Dia meletakkan buku ke tepi. Cermin mata tua yang dipakainya ditanggalkan. Dia mengadap tepat ke arah seseorang yang berada di muka pintu lalu diberikannya senyuman.
"Tuanku. Selamat pulang."
Lutfi masuk ke dalam. Kemudian pintu yang berhiaskan tatah permata ditutupnya Sher dengan rapat lalu meninggalkan Lutfi dengan ayah kesayangan. Mereka berdua anak-beranak berhadapan antara satu sama lain. Lutfi mengadap ayahnya,ayahnya mengadap Lutfi. Masing-masing bertentang mata tetapi tidak berbicara apa-apa. Senyap dan sunyi mula menyelubungi bilik itu.
Krik,krik. Krik,krik.
Krik,krik. Krik,krik.
"Uhmp, uhmp.. Jangan biarkan bunyi cengkerik menguasai hubungan kita. Baiklah~ Kamu nak apa Lutfi?
Wait. Biar daddy teka. Kamu tak payah cerita. Melalui riak wajah kamu ni, banyak benda yang daddy nak kena teka ni. Baiklah. Jom mulakan sesi teka meneka.
Firstly, bibir kamu nampak sedikit pucat, jadi daddy assume kamu letih sebab perjalanan tadi.
Second, daripada susunan bulu kening yang tak teratur tu, daddy dapat assume yang kamu hairan dengan pembantu rumah kita yang gelarkan diri kamu sebagai tuanku dan daddy sebagai general sejak dekat pagar lagi tapi kamu buat tak tahu. Macam tak ada apa-apa.
Third, mata kamu nampak sedikit berair, hah! Yang ni daddy tak boleh nak teka sebab jawapannya pasti betul. Kamu rindu daddy eh~ Elelele~ Sweetnya kamu~
Haha..Okay. Yang keempat, melalui rambut kamu yang tak berapa nak sikat tu, daddy assume yang kamu nak balik hari je hari ni.
Yang kelima, hmmm??? Ada sesuatu yang berlaku ke Lutfi? Bila lagi batu yang ada pada gelang kamu bertukar jadi ais flake. "-Daddy
"Gelang? Oh, yang ni. Saya pun baru perasan. Daddy nak tahu ke ceritanya?"-Lutfi
Ayahnya mengangguk.
" Dua minggu lepas, ada budak baru masuk akademi. Katanya, dia tak tahu kuasa dia apa. Jadi Prof Bad, cadangkan untuk test dia dengan bebola kristal. Masa tengah test, seperti biasalah bebola kristal akan tunjukkan element apa yang dimilikinya tetapi dalam beberapa saat kemudian, keluar cahaya warna-warni sekeliling bola kristal. Masa tu memang semua orang teruja tapi lepas bola kristal keluarkan cahaya putih yang sangat terang, prof Bad membulat mata, masa tu baru dia perasan yang bola kristal akan meletup. Jadi dia suruh kami tunduk dan tutup mata. Bola kristal tu pun menghilang seperti kabus selepas letupan tu berlaku."-Lutfi
"Kemudian, batu yang ada pada gelang kamu dan rakan-rakan kamu pun berubah bentuknya?" -Daddy
"Ya.Lebih kurang macam tu lah. "-Lutfi
"Hmm.. Menarik. Maknanya mesti ada sesuatu yang istimewa tentang budak tu. Kamu kenal ke dia?"-Daddy
"Tak adalah kenal sangat tapi pernahlah bercakap dengan dia."-Lutfi.
"L ke P?"-Daddy.
"P"-Lutfi.
"Cantik tak? Mana lagi cantik dia dengan Sejat?"-Daddy.
"Of course cantik dia. Dia asli."-Lutfi
"Cunnn!!! Haha. Oh, ya. Daddy nak mintak satu benda daripada kamu."-Daddy
"Apa dia?"-Lutfi
"Kamu tolong telefon semua kawan kamu. Cakap dekat mereka yang kamu tak dapat balik malam ni. Daddy nak kamu stay dekat rumah sampai malam esok. Ada benda yang daddy nak beritahu kamu. Kita dah kesuntukan masa kerana kemungkinan inilah peluang kamu untuk lihat daddy buat kali terakhir."-Daddy.
"Buat kali terakhir? Maksud Daddy?"-Lutfi.
"Patik akan buat apa sahaja demi kerajaan kita.Demi rakyat kita."Bisik ayahnya di kerusi.
"Daddy?"-Lutfi.
"Opss.. Maaf. Maksud daddy, kamu tu dah 4 bulan tak balik rumah. Alang-alang dah balik tu kalau boleh biarlah stay rumah 2 3 hari lagi. Lagipun, salji dah semakin lebat dekat luar tuu.. bahaya."-Daddy.
"Hmm~? Kalau macam tu. Baiklah daddy."-Lutfi.
.....................
![](https://img.wattpad.com/cover/84508869-288-k281965.jpg)
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasíaSuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...