@akademi crystal

2.6K 200 15
                                    


Lili berjalan di jalan raya yang kiri dan kanannya dipenuhi hutan sambil membawa begnya..

"Argh.. Kenapa hidup aku jadi macam ni.. Aku lebih selesa duduk dekat rumah aku yang lama.. Sekolah pun taklah jauh mana. Sekarang Tengoklah ni aku terpaksa berjalan 1 Km dari sini.. Ini semua gara-gara Pak Mat. Kereta dia tiba2 je rosak. Tapi tak boleh juga nak salahkan dia.. Sebab aku yang nak sangat berjalan.. Tolonglah.. Berat betul beg ni. Nasib baik aku bawak separuh je beg tu.. yang selebihnya lagi nanti Pak Mat akan bawakan.. Huh! Sabar Lili.. Sikit lagi.. Sabar itu separuh daripada Iman.. Nanti kejap. 😓 Iman?? Oh, ya.. Budak rambut cili tu dah pergi mana agaknya ya.. Hmm.. Biar jelah dia." Kata Lili.

Sebelum itu..(flashback)

"Pak Mat jauh lagi ke?" tanya Lili.

"Oh.. Tak jauh dah 2 km je lagi Cik Lili.." kata Pak Mat.

Iman pula berada di tempat duduk hadapan dan tiba2 ada bunyi dengkuran..

Dalam hati Lili. Aku rasa budak rambut cili tu tengah tidur dekat depan sana.. aduilah.. Pagi2 buta pun dah tertidur.

Lili merenung ke luar tingkap.. Kawasan tersebut memang di penuhi dengan hutan..

"Pak Mat. Pak Mat pernah tak rasa macam mana perasaan seseorang apabila ibu bapanya meninggal secara tiba-tiba.." tanya Lili

Pak Mat melihat Lili dari cermin di hadapannya.. Lili kelihatan sedih. Mungkin dia masih tidak dapat menerima lagi apa yang terjadi ke atas dirinya. Pada mula2 nya dia terpaksa berpindah atas wasiat ibunya dan baru sahaja berjumpa dengan Ummi.. Tetapi sekarang ni dia terpaksa pula pergi ke sekolah(Akademi) yang boleh dikatakan sekolah berasrama penuh.

Pak Mat tersenyum dan mukanya kelihatan tenang sahaja.

"Tak pernah Cik Lili. Tapi Pak Mat faham perasaan Cik Lili. Cik Lili kenalah kuat. Memanglah luka yang lama susah untuk disembuhkan terutamanya luka yang sangat dalam. Tetapi kalau kita jumpa ubat untuk luka tu.. Luka yang dalam akan dapat disembuhkan.. Serupalah macam situasi Cik Lili sekarang ni. Kalau Cik Lili sentiasa ceria dan bersemangat, Itu lah ubatnya. Jadi Pak Mat nak Cik Lili ceria selalu.." kata Pak Mat.

Lili seakan-akan terjaga daripada kesedihannya..Ceria selalu?? Apa yang Pak Mat maksudkan.. Ceria?? Ibu pun selalu cakap aku kena ceria dalam hidup walaupun aku terluka dan aku seorang yang mudah untuk ceria. Sebab aku dilahirkan untuk ceria selalu dan bukannya untuk bersedih.. Ya, bukankah aku sentiasa ceria.. Aku kena buang segala kesedihan ini dan mulakan hidup baru..

Lili tiba2 bersemangat.
"Ya! Lili kena ceria.!" jerit Lili

Iman terkejut dan dia sedar daripada tidurnya..😰

"Aduh.. Bunyi bising apa pulak ni aku nak tidur pun tak boleh.. Hoi, Lili jangan menjerit lah dalam kereta." kata Iman dalam keadaan marah..

Iman sambung tidur.

"Ops.. Maaf Iman. Pak Mat terima kasih banyak-banyak. sekarang Lili memang dah betul2 bersemangat." kata Lili kepada Pak Mat dengan nada berbisik.

"Haha.. Sama2.. Cik Lili." kata Pak Mat.

Kereta yang dipandu Pak Mat tiba2 berhenti.

"Kenapa ni Pak Mat?" tanya Lili.

Iman terjaga.

"Dah sampai ke??" tanya Iman

Pak Mat turun daripada kereta dan membuka bonet hadapan kereta. Tiba2 keluarnya asap kelabu yang berkepul-kepul..

"Ugh. Ugh. Wah! Banyaknya asap. Cik Lili dan tuan Iman maafkan Pak Mat. Kereta ni dah rosak. Kalau nak pergi baiki pun kena ambik masa 2 atau 3 hari ni. Macam mana ni. Lagipun sekolah jauh lagi." kata Pak Mat.

"Haa.. Kereta rosak." kata Iman dan Lili.

Iman melihat Pak Mat. Dia seakan-akan mahu memberitahu sesuatu kepada Pak Mat.

"Hmm.. Pak Mat. Kalau macam tu saya pergi dulu lah ya.. Nanti hantarlah beg saya tu bila kereta dah siap dibaiki.. Lagi pun saya dah lama tak berjoging.. Baiklah saya pergi dulu..Bye.." kata Iman

Iman beredar dari situ sambil melambai tangannya tanpa berpaling ke arah Lili dan Pak Mat..  Dan Dia hanya mengambil begnya yang kecil sahaja.

😑 sombong betullah Iman ni..

"Pak Mat. Saya rasa saya pun kena pergi jugaklah.. Kalau saya tunggu dekat sini sampai bila saya nak sampai ke sana.. Lagipun dah bersemangat semula.."Kata Lili.

Lili mengambil kesemua begnya di bonet belakang.

"Cik Lili tahu ke dekat mana sekolah tu.. " tanya Pak Mat.

"Haha.. Takpe nanti saya akan ikut Iman dari belakang..kan Iman" kata Lili.

"Tapi Cik Lili.. Iman dah takde." kata Pak Mat.

"Haha.. Apa Iman dah takde.. Aik cepat betul dia pergi 😐 " kata Lili terkejut.

" Macam ni lah Cik Lili.. Kalau Cik Lili nak pergi jugak.. Nah. Pak Mat berikan peta untuk Cik Lili dan barang2 yang banyak tu nanti Pak Mat akan hantarkan kemudian. Cik Lili bawak sajalah barang2 yang perlu sahaja.." kata Pak Mat.

"Kalau macam tu baiklah.. Lili akan bawak beg ni sahaja. Lili pergi dulu ya. Terima kasih Pak Mat." kata Lili.

Pak Mat tersenyum. " Ya, sama2 Cik Lili." kata Pak Mat.

Lili beredar dari situ.
...............................................

Lili sampai ke sekolah dan dia berada di depan pagar sekolah itu.

"Hah. Hah. Letihnya.. Akhirnya sampai jugak dekat tempat ni. Wah.. Besarnya sekolah ni. Aku tak sangka sekolah ni memang besar. " kata Lili sambil tercungap-cungap.

"Hai.."

Seseorang menyapa Lili dari belakang.
Lili berpaling ke belakang.

"Ha..hai.." kata Lili










Bersambung....
__________________________________

ICE HEARTWhere stories live. Discover now