@latihan

2.8K 223 23
                                    


Seperti yang dijanjikan oleh Maria, dia akan mengajar Lili cara menggunakan kuasanya. Setiap petang mereka akan berlatih menggunakan kuasa mereka di padang. Di sana ramai pelajar lain juga sama-sama berlatih menggunakan kuasa mereka.

Memandangkan ramai pelajar yang menggunakan padang, Maria mengajak Lili untuk ke tempat rahsia kerana di situ hanya pelajar-pelajar tertentu sahaja yang mengetahui tentang kewujudan tempat itu dan salah seorangnya adalah Maria.

"Lili! Jom. Ikut saya ke sesuatu tempat. Tempat ni bisinglah. Diorang ni, setiap kali berlatih memang tak sah kalau tak buat bising." Kata Maria.

"ha. Tempat apa tu?" tanya Lili.

"adalah." Kata Maria dengan nada suara berbisik.

Maria membawa Lili ke dalam hutan yang sangat gelap kemudian mereka menjumpai sebuah pintu kecil di antara pokok-pokok.

Maria menghulurkan tangannya di hadapan pintu itu lalu pintu itu mengeluarkan cahaya dan kemudiannya pintu itu terbuka dengan sendirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maria menghulurkan tangannya di hadapan pintu itu lalu pintu itu mengeluarkan cahaya dan kemudiannya pintu itu terbuka dengan sendirinya. 

Mereka memasuki pintu itu. Alangkah terujanya Lili apabila melihat kawasan di tempat itu memang tersangat cantik dan lebih luas kalau nak dibandingkan dengan padang mereka. Di sana terdapat sebuah tasik, gunung-ganang, sungai, taman bunga, binatang-binatang yang comel dan bermacam lagi.

"Wahh.. adakah ini sebuah mimpi? Cantiknya tempat ni"kata Lili. Lili mendepakan tangannya lalu berpusing-pusing menikmati keindahan alam di situ. Dia berhenti lalu menarik nafas sepanjang-panjangnya.

 Dia berhenti lalu menarik nafas sepanjang-panjangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantikkan.. lagipun tempat ni belum ramai yang tahu. Bulan depan dekat sini akan jadi musim sejuk. Jadi takla secantik seperti sekarang ni." Kata Maria.

"Terima kasih banyak-banyak Maria. Saya suka sangat tempat ni." Kata Lili. Dia memandang tasik di hadapannya. Maria melihat keadaan Lili. Dia sangat gembira apabila melihat Lili begitu gembira. Tiba-tiba rambut Lili bertukar menjadi biru. Maria terkejut lalu memberitahu Lili perkara tersebut.

"Lili. Rambut awak bertukar jadi biru. Awak ok ke?" tanya Maria.

"Oh, ya ke? Mungkin ini sebab saya tengok tasik tu kot. Entahlah kenapa setiap kali saya tengok tasik semangat saya datang balik. Lagipun dah lama saya tak rasa semua ni. Kalau awak nak tahu dulu saya tinggal di tepi tasik."kata Lili.

ICE HEARTWhere stories live. Discover now