"Lili come in" kata prof Zety.
Lili memasuki kelas itu. Semua pelajar senyap dan sebarang bunyi tidak dibuat.
Krik,krik..
"selamat pagi semua. Nama saya Lili. Selamat berkenalan." Kata Lili lalu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.
Salah seorang pelajar bangun, namanya Johan. "haha.. nama kau Lili ke? Kenapa bukan nama kau Bunga taik ayam je.. muka je cantik tapi nama bunga." kata Johan tergelak seorang diri di belakang.
Lili melihat pelajar lain. Pelajar lain memberikan reaksi yang sama. Mereka turut ketawa tetapi hanyalah ketawa kecil sahaja.
"hey, you all. Please don't make Lili like that. Shut up please."Prof Zety menenangkan keadaan. Prof Zety melihat ke arah Lili. "Lili.. jangan ambil hati tentang apa yang berlaku hari ni, ya. Pelajar-pelajar kelas ni memang dari dulu macam ni. Dalam banyak-banyak kelas,kelas nilah yang paling teruk. Itu sebabnya saya nasihatkan kamu agar improvekan diri kamu dan belajar di kelas yang lebih baik." Kata Prof Zety sambil tersenyum.
Lili hanya tersenyum. Sebenarnya dia tidak ambil hati pun dengan rakan-rakan sekelasnya kerana dia telah berjanji dengan dirinya yang dia tidak akan menangis lagi.
Lili pun bersuara kepada rakan-rakan sekelasnya " Haha.. gelaklah, aku tak kisah.. tapi selepas ni korang semua pasti takkan dapat gelak dan senyum macam ni lagi." Kata Lili sambil memberikan senyuman sinis.
Semua pelajar terdiam. Mereka semua terkejut dan takut akan kata-kata Lili. Glup, mereka menelan air liur.
"Hehe, Lili awak boleh ambil tempat duduk dengan Zack dekat belakang. Dia baik orangnya." Kata Prof Zety sambil menunjukkan satu tempat kosong di belakang.
"Baiklah" Kata Lili lalu menuju ke tempat itu. Dia mengambil tempat duduk di situ.
Zack memandang Lili lalu dia senyum. "hai Lili, nama aku Zack. Maafkanlah diorang. Mereka tu memang macam tu terutamanya kalau ada orang baru. Aku yang dah lama duduk dikelas ni pun dah boleh baca apa yang diorang akan buat. Hehe.." kata Zack sambil membuat peace.
Sebenarnya Zack dah 6 bulan menetap di kelas itu dan dia tidak mahu naik kelas. Prof-prof di situ dah puas memujuk dia tapi dia tidak mahu. Katanya, selagi dia tidak dapat ke kelas 6 Martians dia sekali-kali tidak akan naik kelas. Dia juga merupakan seorang yang bijak. Jadi setiap kali peperiksaan dia pasti akan dapat nombor satu dalam kelas.
"Saya pun tak kisah apa yang mereka cakapkan. Jadi it's okay . Don't worry about me " kata Lili.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Selepas 3 jam kemudian.
Pengunguman dibuat.." kepada semua pelajar. Sila turun ke dewan dan tukar baju kamu sekarang."
Semua pelajar di kelas 1 Plutonia bangun dan bergegas keluar. Lili terkebil-kebil melihat keadaan mereka semua."kemana mereka semua hendak pergi" kata Lili.
Zack baru sahaja hendak keluar dan dia teringat akan Lili."Lili, apa yang kau buat tu. Jom ke bilik persalinan dan turun ke dewan. Sekarang masa latihan kuasa kita." Kata Zack sambil menarik tangan Lili dan mereka keluar dari kelas itu.
Selepas pelajar menukar baju dan memakai baju T-shirt berwarna putih. Mereka semua pergi ke dewan itu. Dewannya sangat luas.
Mereka bergerak menjadi beberapa kumpulan mengikut kuasa masing-masing. Kumpulan air, api, angin, alam sekitar,tanah,Specialize dan lain-lain kuasa.Kumpulan Specialize,(budak-budak kelas 6 Martians) dan mereka yang mempunyai lebih daripada 1 kuasa

ANDA SEDANG MEMBACA
ICE HEART
FantasíaSuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...