@2 Pertemuan

3.2K 252 4
                                        

Mak Minah yang memimpin tangan Lili sepanjang perjalanan tadi berjalan menuju ke kereta mewah itu.  Sesampainya mereka di kereta, tiada sesiapa yang kelihatan berada di situ.

"Mak Minah. Lili rasa pemilik kereta ni datang sebab nak tengok-tengok kawasan tasik dekat belakang rumah tu. Lagipun, dah selalu orang yang lalu sini pasti akan berhenti menyinggah depan rumah semata-mata untuk melihat tasik yang cantik tu. " teka Lili, dia menggaru-garu kepala yang tak berapa gatal.

Rumah Lili berada di tepi sebuah tasik. Tasik yang merupakan sumber makanan kepada Lili dan keluarganya itu selalu menjadi tarikan orang yang lalu lalang depan rumahnya kerana  airnya yang jernih seakan-akan warna kristal.

"Mungkin. Tapi Lili kalau betullah dia nak tengok tasik tu takkanlah sampai nak letak kereta depan rumah kan? Ini mesti kawan ibu Lili ni."Kata Mak Minah.

"Tak tahulah pulak yang tu"kata Lili.

"Tak mengapalah Lili. Tak payahlah kita nak ambik tahu pasal dia. Kalau dia nak jumpa ibu Lili, kita beritahu jelah perkara sebenar. Yang penting matlamat kita untuk bersihkan rumah Lili tercapai. Ok."kata Mak Minah dengan bersemangat.

"Baiklah Mak Minah" kata Lili.

Mak Minah dan Lili memasuki rumah Lili.

"Eh, Lili. Kamu tak tutup ke pintu rumah kamu sebelum kamu tinggalkan rumah kamu ni?"tanya Mak Minah kehairanan.

"Ya, Mak Minah Lili dah tutup pintu rumah ni sebelum Lili tinggalkannya. Mungkin ia dah ditiup oleh angin kot.. Lagipun dah lama Lili tak menjenguk rumah Lili."kata Lili.

(Krek.. ) bunyi pintu dibuka

"Uh,uh.." bunyi Mak Minah batuk.

"Wah.. banyaknya habuk.. memang dah lama sangat kita tak tengok rumah ni.."kata Mak Minah.

Mak Minah dan Lili memulakan kerjanya mengemas rumah tersebut. Lili menyapu debu-debu di lantai manakala Mak Minah membuang sarang labah-labah yang melekat pada dinding.

Setelah 3 jam berlalu.. kerja mereka pun telah selesai.
Mereka berehat di bawah pokok rambutan yang berhampiran dengan rumah Lili. Di sana terdapat sebuah wakaf kayu yang dibina oleh arwah bapa Lili.

"Wah, letihnya Mak Minah.. Dah lama Mak Minah tak buat kerja-kerja yang macam ni.. Almaklumlah dah tua.. hahaha.."kata Mak Minah sambil ketawa.

"Lili pun. Lili rindu sangat Ibu. Kalau Ibu masih ada lagi mungkin masa ni dia akan tolong kaitkan buah rambutan untuk Lili dan kami akan ketawa bersama-sama" kata Lili. Air matanya mula mengalir perlahan.

"Lili. Usahlah menangis. perkara yang lepas jangan dikenang lagi sebab masa tidak dapat diundur.. Kita mestilah terus bergerak kehadapan dan mulakan hidup baru.."kata Mak Minah sambil memeluk Lili dengan erat.

"Terima kasih Mak Minah.. Terima kasih sebab sanggup jadi pengganti ibu Lili." kata Lili dengan teresak-esak.

Mak Minah melepaskan pelukannya dan mengesat air mata Lili.

"Lili...Mak Minah ada terjumpa surat semasa mengemas rumah tadi.. Mungkin surat ini untuk Lili. Nah.. Ambillah." kata Mak Minah sambil menyerahkan surat tersebut kepada Lili.

"Terima kasih Mak Minah" kata Lili.

Sedang dia membaca surat itu tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapan Lili dan memandangnya. Dia berpakaian kemas dengan siap berkot.

"Assalamualaikum.. "

bersambung..
......................................................

ICE HEARTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang