@7 Orang baru

2.6K 208 11
                                        

Hari telah pun petang.. Seperti yang dijanjikan, Lili bersiap-siap untuk ke taman.. Namun Puan Maisarah belum muncul lagi..

Lili
Mana Ummi ni. kata nak pergi ke taman belakang rumahnya. Kalau macam ni aku pergi dulu lah..

.............

Lili memakai kasut sukan yang diberikan oleh Nasir iaitu pembantu Puan Maisarah sebentar tadi..

Lili pergi ke belakang rumah Puan Maisarah untuk ke taman. Tamannya agak jauh daripada rumah Puan Maisarah..
Lili berjalan dan berjalan...
dan akhirnya sampai juga.

Lili melihat di sekeliling alangkah terkejutnya dia apabila melihat taman itu.

"Wow... Cantiknya.. Bau apa ni? Wah wanginya bau ni.. Bau bungalah.. Tentu Puan Maisarah ni rajin orangnya.. Wah.. seronoknya." kata Lili.

Lili berbaring di atas rumput dan bergolek-golek.(😱Kotorlah Lili)

"Wah.. gembiranya hatiku. Taman ni memang begitu luas dan cantik. Rumputnya pun lembut.. Seronoknya" kata Lili sambil ketawa kecil.

Tiba-tiba ada suara berbunyi.

"Hoi orang baru.. Apa yang kau buat bergolek-golek atas rumput tu.. Kau ni macam orang gila pula aku tengok.. Woi.. bangun " kata suara itu.

Lili bangun (duduk) lalu dia mencari-cari suara itu.. Dia memandang ke atas pokok.. Dia melihat ada seorang remaja lelaki sedang duduk di atas dahan pokok yang besar itu..

"Ha.. Ha.. Hantu!! .." jerit Lili.

"Cis.. Kau ni. Mana ada hantu cerah-cerah ni.."kata remaja lelaki itu.

Dia melompat dari pokok yang tinggi itu..

"Woi.. Jangan nak bunuh dirilah.. Kau tahu tak pokok tu tinggi. Kalau kau lompat nanti kau akan mati." kata Lili dalam ketakutan.

Tapi semuanya telah terlambat remaja lelaki itu melompat dari pokok yang tinggi itu. Dia selamat dan tidak ada apa-apa kecederaan sedikit pun padanya.

"Aik, macamana..?? Kau masih hidup?." kata Lili. Dia terkejut.

Lelaki remaja itu menuju ke arah Lili dan memandang muka Lili.

Lama betul dia pandang. (-_-)

Lili melihat ke arah lain.

"Kau ni siapa??" kata lelaki itu

"Aku ni Lili. Kau ni siapa.. haa." kata Lili.

"Oh.. Lili. hahaha Lili yang ada dekat kolam tu ke.. Takdelah aku bergurau je.. Nama aku Iman.. Iman Zakuan??" kata lelaki remaja itu.

Muka Lili pada masa tu -» -_-

"Ha. ha. ha. Lawaknya.." kata Lili sambil mengejek..

"Yelah. memanglah lawak.. ketawalah kalau dah namanya pun lawak."kata Iman

" Tak guna rambut cili.."kata Lili.

"Rambut cili kau kata.. Ni rambut aku yang asli tau.. Kau ni memang nak kena.."kata Iman dalam keadaan marah.

Satu jam mereka bertekak.. Tiba-tiba muncul Puan Maisarah dari belakang.

"Emm.. Iman, Lili.. sudah-sudahlah bergaduh tu." kata Puan Maisarah.

"Ummi!" kata mereka berdua serentak.

"Hah, Ummi"kata Lili terkejut. Dia memandang kearah Iman.

"Marilah kita pergi ke tasik sana supaya dapat tenangkan diri.."kata Puan Miasarah sambil tersenyum..

"Baiklah Ummi" kata mereka berdua.

......

"Lili.. Iman.. kamu berdua mesti sudah berkenalan kan tadi.. Beginilah.. Lili. Ini Iman
.Dia ni anak tunggal Ummi.. Iman. Ini Lili anak angkat Ummi.. Lili ni anak yatim... Ummi berharap sangat kamu dapat bekerjasama antara satu sama lain. Iman. Kamu anggap sahajalah Lili ni sebagai adik kamu walaupun usia kamu berdua adalah sama.. ok!" kata Puan Maisarah.

"Lili maafkan Ummi.. Ummi terlambat sedikit tadi sebab Ummi ada urusan penting tadi.. Ini pun Ummi minta keluar sekejap sebab dah berjanji dengan kamu.. Oh, ya.. Kamu kata kamu nak tanya Ummi kan? Jadi tanyalah sekarang.. " kata Puan Maisarah.

" Ummi. Lili nak tanya. Kenapa Pak Cik Zul tiba-tiba hilang?? dan apa kuasa Lili yang sebenarnya?" tanya Lili.

"Oh.. Pak Cik Zul memang macam tu.. Dia memang selalu menghilangkan diri secara tiba-tiba.. sebab itulah kuasa dia.. Dia boleh menghilangkan diri secara tiba-tiba.. dan pasal kuasa kamu tu Lili.. Ummi tak faham sangat tapi selepas kamu belajar di akademi Crystal tentu kamu akan faham juga suatu hari nanti.. Oh, ya .. hari dah pun lewat.. Marilah kita masuk ke rumah.. Lili. Iman. Jom." kata Puan Maisarah..

"Baiklah.. Ummi.." kata mereka berdua.

Mereka berdua pun pulang ke rumah Puan Maisarah.
Iman berjalan di belakang Puan Maisarah dan juga Lili..

Iman memandang ke arah Lili.

Iman

Aku tak tahulah kenapa.. Hati aku tiba-tiba berdebar apabila melihat muka Lili.. dan apabila aku tengok muka dia.. aku jadi tak boleh berpaling kearah lain.. kenapa dengan aku ni!! apabila aku tengok dia semasa dekat tasik tadi.. aku tengok rambut dia tiba-tiba bertukar menjadi warna biru muda.. apa yang istimewa sangat dengan dia.. dan Ummi pun satu hal juga, kenapa Ummi suruh aku anggap Lili sebagai adik.. Aku tak mahulah seorang adik.. terutamanya perempuan.. mesti tergedik sana.. tergedik sini.. aku taknaklah.. kalau boleh aku mahu kawan yang boleh bermain dengan aku.. Ummi kenapa.. Ummi..
......................

"Iman. Apa yang kamu fikirkan tu.. Biar jelah Lili jadi adik kamu.. apa salahnya.. Kamu sendiri kan kata yang kamu tu kesunyian.. hahaha.." kata Puan Maisarah.

"Ummi.. Berhentilah baca fikiran Iman.. Iman tak suka.." kata Iman.

"Haha.. yelah.. yelah.. Ummi takkan baca lagi" kata Puan Maisarah kepada Iman.

Mereka pun masuk ke dalam rumah.. Iman masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan mereka berdua.

"Oh, ya.. Lili. Malam ni kamu kemaskan baju-baju kamu ya.. sebab Ummi nak hantar kamu ke akademi Crystal esok..(Amboi. Cepatnya°_°)" kata Puan Maisarah.

"Kemaskan baju? Kenapa?"tanya Lili

"Yelah sekolah tu kan sekolah berasrama penuh.. Jadi kenalah kemaskan baju kamu.. Lagipun Ummi dah daftarkan dah nama kamu.. Baju dan kelengkapan yang lain pun, Ummi dah sediakan.. hehe.." kata Puan Maisarah sambil tersenyum..

"Hah.. biar betul.. Lili baru je kenal Ummi.. esok terus masuk ke sekolah.. Apa semua ni T^T " kata Lili..

"Haha.." Puan Maisarah ketawa kecil.

Iman melihat dari jauh sahaja perbuatan mereka berdua dan dia terus naik ke biliknya.














bersambung..
______________________________

ICE HEARTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang