@Dia

2.4K 204 12
                                    

Perhimpunan telah pun tamat..

Sekarang kemanalah aku patut pergi 😕 kalau aku nak tunggu Maria tentu aku kena marah dekat prof sebab tunggu dkat sini.. Kalau macam ni baik aku jalan-jalan dulu dalam sekolah ni..

Nanti kejap, baru aku teringat..
Ummi ada bagi aku surat rasanya..
Tentu surat tu ada cakap sesuatu tentang kelas aku..

Lili mencari surat yang dikatakannya tadi di dalam begnya.

"Hah, dah agak dah ! "kata Lili dengan kuat.

Semua pelajar memandang ke arah Lili.
😐😕(apa hal dengan budak ni)

Lili melihat ke arah mereka sambil memberikan senyuman 😀

"Maafkan saya semua.. Ini hari pertama saya.. Jadi mintak tunjuk ajar ye" kata Lili.

Pelajar lain tidak mengendahkan Lili.

"fuh.. Nasib baik."kata Lili.

Oh ya. Surat..

Dalam surat ni dia kata kelas aku ialah 1 plutonia.

"Plutonia ? Hah.. Ha.. Plutonia ? 😓 macam nama planet pulak.."kata Lili sambil ketawa.

"Hey, kau. Ketepilah.. Kau dah halang laluan aku.."

Lili mamandang ke belakang.

Kelihatan seorang pelajar lelaki di belakang Lili. Mukanya agak garang. Walaubagaimanapun, apabila dia melihat muka Lili dia seakan-akan terkejut.

"Ya.. maafkan saya. Saya dah halang laluan awak ke?" Tanya Lili sambil tersenyum.

Lelaki itu terdiam seketika dan tersedar daripada lamunan.

"Ya memang kau dah halang laluan aku pun. Ketepilah perempuan." Kata lelaki tersebut.

Lelaki tersebut berlalu dari situ dengan begitu cepat sekali.

Ish. Kasarnya dia ni. Kata Lili di dalam hati.

Tiba-tiba terdengar suatu suara yang memanggil Lili dari belakang Lili.

"Lili! Awak pergi mana tadi? Puas saya cari awak. Awak tu dahlah pelajar baru di sekolah ni. Kalau awak sesat habislah saya." Kata Maria.

"Hehe.. maafkan saya Maria. Tadi saya memang nak tunggu awak pun, tapi saya ingat kalau saya tunggu awak nanti prof marah pula dan saya tak tahu pula yang sekarang masih awal. ^_^" Kata Lili.

"Haih.. Apalah Lili. Kita mula belajar pukul 9 pagi hinggalah 2 petang setiap hari. Sekarang baru pukul 8. Awal lagi tau." Kata Maria.

Tiba-tiba kedengaran sorakan daripada pelajar terutamanya daripada pelajar perempuan.

Sorakan tersebut telah mengambil alih perhatian Lili dan Maria yang sedang rancak berbual.

"Maria. Kenapa semua pelajar bersorak dekat sana?" Tanya Lili lalu memandang ke arah Maria.

Maria kelihatan seakan-akan mahu menyertai mereka juga. Tersenyum sana. Tersenyum sini.

"Maria. Awak Ok ke tak ni? Maria." Tanya Lili.

Tiba-tiba Maria memegang tangan Lili dan menarik Lili untuk ke sana sambil tersenyum.

"Maria. Kenapa ni?" Tanya Lili

"Oh, ya.. cuba awak lihat di sana. Awak Nampak tak?" kata Maria

" Ya, saya Nampak. Saya Nampak ada 4 orang pelajar lelaki yang sedang menyapa pelajar-pelajar lain di sana. Kenapa?" Tanya Lili.

" Cuba awak tengok yang pakai baju lain daripada kita. Kalau awak nak tahu, pelajar-pelajar ni semua bersorak untuk dialah."kata Maria.

"Istimewa sangatkah dia.. saya tengok dia macam orang biasa je. Tiada beza pun dengan kita." Kata Lili.

Maria mengeluh... dan memandang ke arah Lili.

"Ehh.. Jangan cakap macam tu. Memanglah sekali pandang nampak macam orang biasa je.. tapi kalau awak kenal dia, memang confirmlah awak akan jatuh cinta pada dia. Hampir 99.9% pelajar dekat sini termasuklah pelajar lelaki dan prof dekat sini suka dengan perangai dia.. Dia baik, peramah, berani, kacak, tegas, bijak dalam semua pelajaran, aktif dalam sukan, suka tolong prof dan kalau boleh semuanya cukup lengkap. Dengan rambut merahnya yang asli itu menyebabkan pelajar-pelajar perempuan terpegun.. Lagipun, pelajar-pelajar di sini bersorak untuk dia sebab dia dah lama tidak ada di sekolah. Katanya, prof bagi misi untuk dia. Tak tahulah misi apa yang prof bagi. Tetapi yang pastinya apabila dia tiada di sekolah ni kami semua sunyi tahu tak..Oh, ya. Kalau awak nak tahu dia merupakan anak pengetua di sini dan loker dia lah yang awak buka tadi.. Cemburu saya dibuatnya. Aaa.. Lili tengok tu dia datang ke arah kita." Kata Maria.

Pelajar lelaki yang dikatakan oleh Maria tadi datang ke arah mereka berdua.

" Hai, Maria. Macam mana dengan badan pengawas kita hari ni. Semua OK?" tanya pelajar lelaki itu.

"Oh, semuanya beres. Hari ni semua pelajar mengikut peraturan." Kata Maria.

Lili memandang ke arah pelajar lelaki itu. Lili kenal siapa pelajar lelaki itu.Walaupun terkejut,namun Lili hanya memberikan reaksi yang biasa sahaja iaitu tidak seperti pelajar yang lain.

Pelajar lelaki tersebut memandang ke arah Lili.

"Ini pelajar baru tu kan.. Selamat berkenalan dan Selamat datang ke sekolah kami. Semoga awak suka untuk belajar di sini" Kata pelajar lelaki tersebut.

Pelajar lelaki tersebut membisikkan sesuatu di telinga Lili.

"Kau kena berpura-pura tak kenal aku. Kalau orang lain tahu yang kau kenal aku. Siap kau, Lili." Kata Pelajar itu sambil tersenyum.

Lili terkejut dengan kata-kata lelaki itu.

"Baiklah saya pergi dulu lah ya, Maria. Jaga pelajar ni baik-baik. Jangan sampai pelajar ni tersesat pulak"kata pelajar lelaki terebut.

"Ok," kata Maria.

Pelajar lelaki itu beredar dari situ bersama rakan-rakannya yang lain dan terus menyapa pelajar-pelajar lain.

Lili hanya tersenyum di belakang dan Maria mengajaknya untuk pergi ke kelas.

Lili termenung keseorangan dan teringat akan peristiwa itu tadi.

Lili

Laa.. Kau rupanya Iman.. Hipokrit betullah kau ni Iman. Apabila Dekat rumah lain, dekat sekolah lain. Baik hati, peramah konon. Kalau dekat rumah, bukan main garang macam singa lagi dan suka sangat menyakitkan hati orang. . Aku tak tahu lah pulak yang Ummi ni pengetua dekat sekolah ni. Patutlah Ummi beriya-iya nak daftarkan aku dekat sekolah ni. Apalah nasib aku -_-











Bersambung

_________________________________________________

Maafkan saya semua kerana terlambat sedikit update.. Almaklumlah sibuk dengan peperiksaan.. Insyaallah kalau sempat saya akan updatekannya secepat yang mungkin.

감사합니다
(gamsahamnida)

ICE HEARTWhere stories live. Discover now