Salji putih turun dengan lebatnya diluar kelas. Sekarang sudahpun masuk hari kedua musim salji yang dingin.
Nampaknya hampir ke semua pelajar akademi kristal memakai baju tebal yang berat kainnya namun masih lagi ada sesetengah pelajar yang kalis sejuk. Mereka adalah pelajar yang mempunyai kuasa air.
Bagi mereka musim sejuk adalah anugerah yang paling menakjubkan berbanding musim panas kerana pada masa inilah mereka akan mengambil peluang keemasan untuk mempelajari cara menukarkan air kepada ais memandangkan kumpulan mereka adalah yang terlemah antara yang terlemah. Kesian. #NOOB je budak-budak ni.
Lili duduk di atas kerusi di dalam kelas sambil memeluk erat tubuhnya. Dia menggigil kesejukan kerana tidak dapat menahan diri daripada kesejukan musim dingin.
Walaupun dia ada kuasa air sekalipun, badannya masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan sejuk. Lagipun, tempat tinggalnya yang dahulu bukannya negara empat musim yang ada musim salji, bunga, panas dan luruh.
Jadi dia tidak pernah merasai pengalaman kesejukan dalam musim salji sepanjang hidupnya tinggal di sana sehinggalah pada hari ini.
"Huh,Kenapalah, aku tak ingat bawak baju sejuk tadi?" Lili mengeluh sendirian. Dia melihat rakan sekelasnya yang lain. Ada yang memakai baju sejuk dan ada juga pelajar lain tidak memakai baju sejuk. Kebanyakan yang tidak memakai baju sejuk adalah pelajar daripada kumpulannya. 'Macam manalah mereka boleh tahan sejuk.' Bisik hatinya.
Di suatu sudut di dalam kelasnya, Lutfi memerhatikan Lili dari tempat duduknya. Dia tersengih sambil membuat bunyi heh! Entah kenapa di hati kecilnya terdetik untuk membantu Lili. Dia bangun dari tempat duduknya tetapi tiba-tiba dia tersentak lalu duduk semula di tempatnya.
Dia menggeleng kepala.'Tak! Seumur hidup aku, aku tak pernah tolong perempuan. Tidak akan!' Bisiknya di dalam hati seakan-akan mahu menjerit.
Namun setiap kali dia melihat keadaan Lili, dia berasa simpati dan entah kenapa di dalam hati nuraninya dia sangat sayangkan Lili tidak lebih daripada seorang adik.
'Kenapa sejak kau datang ke sini, kau asyik menggangu fikiran aku Lili? Siapa kau sebenarnya? Siapakah kau sebenarnya di sisi ku?' Lutfi bermonolog bersendirian.
Lutfi melihat Zack. Baru sahaja dia teringat hendak meminta pertolongan daripada Zack, nampaknya Zack sedang khusyuk membaca. 'Malaslah kacau Zack. Lebih baik aku bagi sendiri dekat dia.'
Lutfi bangun. Dia mengambil baju sejuk yang tidak dipakainya sambil meletakkan sekeping nota kecil di dalamnya.
Dia menggumpal baju sejuk itu lalu membuat gaya seperti orang yang mahu membaling bola lisut ke arah pihak lawan. Dia harap kali ini sasarannya tepat. Tepat kepada kepala Lili. (Wo..Woi apa yang kau nak buat tu Lutfi?).
Dia membalingkan gumpalan baju sejuk itu sekuat hatinya dan tadaaa!! Bajunya terkena tepat kepada kepala Lili.
"Aduhh!!!!!! Woi siapa yang baling merata-rata baju ni!" Jerit Lili dengan kuat. Dia menoleh kebelakang dengan cepat tatkala baju itu sampai ke kepalanya. Namun tiada sesiapa yang kelihatan mencurigakan.
Dia menoleh ke depan semula sambil menggosok kepala lalu melihat baju sejuk itu dengan teliti.
Ada sekeping nota terlekat di baju itu.
" Dua tiga kucing berlari, kalau tak nak mampos pakailah baju ini. #Aku tak nak orang suruhan aku mati sebelum dia siapkan kerja dia." Nota kaki.
Lili mengembungkan pipinya. Terkejut pun ada. Gembira dapat baju pun ada. Marah lagilah.
"Ni mesti kerja Lutfi ni! Tak guna Kau! Aduh sakitnya!!. Siap kau nanti" Kata Lili marah sambil menggosok kepalanya yang sakit.
...................................................................................................................................................................

ANDA SEDANG MEMBACA
ICE HEART
FantasySuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...