16 tahun yang lalu..
Suasana menjadi kelam secara tiba-tiba. Awan hitam menutupi bumi.Cuaca yang cerah terus betukar menjadi gelap-gelita . Tumbuh-tumbuhan dan rumah habis dijilat api oleh kuasa jahat yang entah dari mana. Siang bertukar menjadi malam.
Malam yang penuh ketakutan, jeritan dan kematian. Pada malam itu tiada ungkapan yang dapat digambarkan melainkan hanyalah kegelapan semata-mata.
Raksasa menyerang Negara Bintang Biru iaitu Negara yang terkuat antara Negara lain. Negara Bintang Biru atau nama lainnya ialah kerajaan Ais merupakan sebuah Negara yang pesat membangun yang mana semuanya diperbuat daripada ais. Namun disebabkan suatu peristiwa, Negara ini musnah dengan sekelip mata.
Di sebuah istana yang diperbuat daripada ais, terdapat seorang permaisuri yang sarat mengandung hendak melahirkan seorang bayi. Seorang bidan sudah berada di situ dan dibantu oleh beberapa orang pembantunya. Wanita itu mengerang kesakitan tanpa suaminya di sisi kerana suaminya sedang berada di medan pertempuran berlawan dengan raksasa di luar sana. Di satu sudut ,ada seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 4 tahun sedang memerhatikannya di luar bilik bersama-sama pembantunya. Memerhatikan bondanya yang sedang berada dalam kesakitan. Kadangkala dia terfikir adakah ianya sakit?
"Aaaa!!!" wanita itu menjerit kesakitan.
"Sikit lagi tuanku. Sikit lagi." Kata Bidan dengan cemas.
Setelah setengah jam berhempas-pulas maka akhirnya keluarlah satu bunyi tangisan anak kecil, menandakan dia selamat dilahirkan.
"Uekk.Uekk."
Bidan membersihkan bayi perempuan itu. Terukir senyuman di wajah permaisuri setelah melihat anaknya selamat dilahirkan. Walaupun ianya sangat menyakitkan, dia lega anaknya selamat.
Katil permaisuri dibersihkan dan baju permaisuri disalin oleh pembantunya.
Permaisuri berbaring diatas katil lain di bilik suaminya.
"Bidan.." kata permaisuri dengan suara yang lemah.
"Ya, tuanku." Kata Bidan sambil membedung anak kecil itu.
"Lelaki ke perempuan?" tanya permaisuri.
"Perempuan, tuanku." Kata Bidan sambil tersenyum.
"Syukurlah. Bolehkah beta melihat anak beta?". tanya permaisuri. Dia menghulurkan tangan untuk memegang anaknya.
"Ya. Baiklah." Bidan memberikan anak kecil itu kepada permaisuri.
Permaisuri membetulkan posisinya untuk mengambil anaknya. Dia melihat muka anak kecilnya yang berwarna kemerah-merahan itu. Rambutnya berwarna biru kehitam sama seperti bondanya.
"Comelnya.. anak bonda.." kata permaisuri sambil tersenyum.
Permaisuri melihat di sekelilingnya. Dia tercari-cari suami dan anak lelakinya. Dia melihat di satu sudut terdapat seorang kanak-kanak lelaki sedang menyorok di sebalik pintu kamarnya. Dia tersenyum.
"Lutfi. Mari ke sini lihat adik kamu ni." kata permaisuri.
Kanak-kanak itu menyedari bondanya sedang memanggilnya. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bondanya. Dia duduk di sisi bonda yang sedang mendukung adiknya.
"Comel kan.." kata permaisuri.
Lutfi tersenyum. Dia melihat muka adiknya yang baru lahir itu."Comel bonda. Rambutnya sama macam bonda. Sangat cantik." Kata Lutfi dengan teruja.
Permaisuri tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
"Lutfi.." kata Permaisuri.
"Ya.."kata Lutfi. Dia memandang ke arah bondanya.
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasiaSuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...