@Cemburu

2.4K 168 64
                                    

Sebaik sahaja kereta Pak Mat hendak bergerak, tiba-tiba Maria datang menerpa di hadapan. Didepa tangannya seluas-luas yang mungkin. Memberi isyarat supaya berhenti . Menghalang daripada kereta bergerak. Semua yang ada di dalam kereta membulat mata. Terkejut dengan kehadiran Maria yang tidak diundang. Nasib baik Pak Mat baru masuk gear satu. Kalau tak, habis dilempengkannya tubuh Maria yang keding tu.

Lili cepat-cepat turun dari kereta sampai terlupa menutup pintu. Dia memeluk Maria sambil meraba-raba muka Maria. Kot, kot terjadi perkara yang tidak diingini.

"Maria, kau okey tak? Bahaya tau tak kalau kau buat macam tu. Ni bukannya kereta mainan. Ni kereta betul. Nasib baik Pak Mat baru nak jalan. Dibuatnya pecutan tadi, macam mana? Mati katak kau kau hari ni. Tak pasal-pasal famous seluruh negara."

Maria melihat tajam ke arah Lili. Pinggangnya dicekak. Pipinya dikembungkan. Mulutnya dimuncungkan. Nak marah pun ya. Cemburu pun ya.

"Lili. Cepat terangkan. Apa semua ni?"

Lili berkerut.

"Heh? Nak terangkan apa Maria?"

"Tu........."

Maria menunjukkan ke arah Iman yang sedang bersandar di kereta dengan jari telunjuknya. Sekarang barulah dia teringat bahawa Maria sangat obses dengan Iman. Hampir setiap hari dia akan bercerita tentang Iman. Iman. Iman. Iman. Naik muak kadang-kadang dia dengar pasal Iman je. Gambar-gambar Iman banyak tertampal dalam loker Maria disamping dengan kata-kata azimat 'You re everything' 'I love you' 'You labi air' 'Aishuteru' 'Wo Ai ni'

Nampaknya ada orang sedang cemburu ni. Fikir Lili.

Lili ketawa kecil

"Haha..Oh, yang tu ya. Kitorang takde ape-apelah. Kalau tak percaya kejap ya. Yang ni biar tuan punya badan yang cakap sendiri."

Lili berlari anak ke arah Iman. Mulutnya didekatkan ke telinga Iman.

Tiba-tiba Iman mengelak tatkala merasakan hembusan udara yang keluar dari hidung Lili sampai ke telinganya.

"Oi, apa yang buat ni?"

"Alaaa.. kejap je.Sini." Bisik Lili.

Iman mengalah. Mukanya penuh kemenyampahan.

"Yelaaa.. Apa dia?"

"Macam ni. Maria tu sebenarnya sukakan kau. Jadi untuk mengelakkan salah faham kau cakap jela dekat Maria tu kita ni adik-beradik. Barulah lega hati dia. Takdelah dia cemburu."

"Cemburu? Kau gila? Aku dah cakap dengan kau haritu kan. Aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku. Kau dah lupa masa mula-mula sekolah dulu? Huh, adik beradik konon. Darah daging kita takde kena mengena Okey. Entah sape Mak Bapak kau pun aku tak kenal. Tak naklah aku jadi hipokrik. Menipu orang sana sini."

Lili menggaru-garu kepalanya. Tahu pun diri tu hipokrik. Masih lagi tak nak mengaku.

"Ni lah lelaki, tak faham perasaan perempuan. Kalau macam tu. Kau ceritakan jelah perkara yang sebenar supaya dia tahu. Dia sedih tu. Kesian dia. Dia tu kawan aku. Aku tak suka tengok dia macam tu."

"Ke nak aku cakap dekat Ummi yang kau ada skandal dengan Maria dalam kelas. Berkasih sayang di dalam kelas adalah dilarang tau, Pengerusi Majlis Tertinggi Pelajar a.k.a Commander. Sepatutnya kau tahu tu."

Lili mengangkat keningnya sambil membuat muka troll. Mengugut Iman menerkam terus kepada kelemahannya.

Pipi Iman tiba-tiba menjadi kemerah-merahan. Malulah tu rahsianya terbongkar. Dia buat-buat berlagak untuk menafikan pertuduhan Lili.

ICE HEARTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang