Lili membuka surat yang diberi oleh lelaki itu lalu membacanya...
...............................
Kepada anak kesayanganku,Lili:
Assalamualaikum Lili..
Ketika kamu membaca surat ini..Ibu harap kamu berada dalam keadaan sihat sejahtera..
Ibu menulis surat ini kerana ibu sangat sayangkan kamu. Sebenarnya sudah lama Ibu hendak memberitahu tentang perkara ini... perkara yang sepatutnya ibu beritahu kamu sejak dari dulu lagi..
Sebenarnya sejak daripada kamu kecil lagi kamu diberi kebolehan yang tidak ternilai.. iaitu kamu mampu mengawal air dengan menggunakan tangan kamu dan kamu boleh bercakap dengan binatang di sekeliling kamu..
Ketika itu umur kamu baru 3 tahun. Walaubagaimanapun, Ibu takut melihat keadaan kamu.
Pada suatu masa, ada budak2 datang mengejek kamu dan mengatakan yang kamu ini seorang yang gila.. Kamu balik dan menangis..
Ibu sudah tidak tahan lagi melihat anak Ibu menangis lalu adalah seorang kawan Ibu memberi cadangan kepada Ibu agar berjumpa dengan Puan Maisarah.
Katanya dia mampu berubat penyakit kamu. Jadi Ibu pun bawalah kamu kepadanya.
Puan Maisarah memberitahu Ibu bahawa kamu merupakan seorang anak yang istimewa dan harus diajar cara menggunakan kuasa kamu.. namun Ibu tidak mahu perkara tersebut terjadi.
Jadi Ibu berkeras juga kepada Puan Maisarah agar kamu tidak menggunakan kuasa tersebut.
Oleh itu, Puan Maisarah pun mengikuti sajalah keinginan Ibu namun dengan beberapa syarat.
Syarat-syarat:
1.Ubat itu hanya mujarab 13 tahun sahaja dan selepas itu dia akan menjadi normal.
2. Ibu haruslah menyerahkan kamu kepada Puan Maisarah ketika kamu berusia 16 tahun.
3. Kamu akan hilang ingatan tentang kuasa kamu.
4. Kamu mestilah tinggal berdekatan dengan tasik.dan banyak lagi syarat-syaratnya.
Walaupun syarat-syarat itu teramatlah berat, namun demi kamu Ibu sanggup melakukan apa sahaja..
Oleh itu, Ibu pun bersetuju dengan syarat-syarat yang Puan Maisarah berikan.. dan ubat itu memang mujarab terhadap kamu..
Ibu berharap sebelum Ibu meninggal , Ibu dapat memberitahu kamu tentang ini.. Ibu redha kalau kamu tinggal bersama dengan Puan Maisarah.
Lagipun , hidup kamu sentiasa susah.. Kalau boleh Ibu nak juga tengok kamu berada dalam keadaan senang..
Ibu lihat kamu merupakan seorang anak yang bijak, rajin dan bertanggungjawab sejak daripada kecil.. Sepatutnya, tempat kamu bersama-sama dengan orang senang...
Lili. Ibu harap kamu tidak marah pada Ibu.. Ibu rahsiakan semua ini demi kebaikan kamu. Ibu nak lihat anak Ibu ceria..
Lili. Jikalau lah ketika ini Ibu telah pun meninggal.. Ibu berharap kamu tidak bersedih lagi.. Ibu nak anak Ibu sentiasa ceria seperti sedia kala..
Ibu ada tinggalkan sebuah rantai berlian berwarna biru di bawah dapur rumah.. Ibu berharap kamu dapat mencarinya agar kamu dapat memanfaatkannya..
Ibu ingat.. Kalau Ibu sempat berikannya kepada kamu.. Ibu mahu menceritakan segala-galanya tentang diri kamu.. tetapi alangkah malangnya Ibu sentiasa sakit menyebabkan Ibu tidak sanggup memberitahu perkara tersebut kepada kamu..
Oleh hal yang demikian, sebab itulah ibu menulis surat ini kepada kamu.. dan ibu berharap kamu dapat membacanya selepas Ibu meninggal..
Wahai anakku ingatlah pesan Ibu agar kamu sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup.. dan kalau boleh bersabarlah..
Yang Ikhlas,
Ibumu...........................................................
Sesudahnya Lili membaca surat itu. Dia kelihatan terkejut dan air matanya mula mengalir.
"Ibu.. Ibu.. Kenapa Ibu.." kata Lili sambil menangis teresak-esak.
"Lili, bersabarlah Lili" kata Mak Minah supaya dapat menenangkan Lili.
"Mak Minah.. Kenapa boleh jadi begini Mak Minah.. Kenapa ibu.." kata Lili."Cik Lili, bukankah Ibu Cik Lili ada menyatakan tadi supaya tidak bersedih lagi setelah pemergiaannya. Kalau Cik Lili menangis tentu ibu Cik Lili sedih.. Sudahlah Cik Lili. Tiada gunanya kalau kita menangis tentang perkara yang lepas.. Ingat lagi tak Ibu Cik Lili ada berpesan agar sentiasa ceria dalam hidup.. Kita yang hidup haruslah teruskan hidup.." Kata lelaki tersebut.
Lili berhenti menangis. Dia bangun dari tempat duduknya dan berlari ke arah dimana rumah Mak Minah berada.
"Lili!" jerit Mak Minah.
"Tuan hari sudah pun gelap. Adalah lebih baik tuan tinggal di rumah saya buat sementara waktu. Lagipun tuan kata tuan nak bawa Lili kan." kata Mak Minah sambil mengajak lelaki itu..
"Kalau macam tu baiklah. Marilah naik kereta saya. Biar saya bawa Mak cik ke rumah Mak cik." kata lelaki itu."Baiklah." kata Mak Minah kepada lelaki itu.
bersambung..
___________________________________
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasySuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...