Keesokan harinya,
Prof Bad menengetuk pintu bilik pengarah.
"ya silakan masuk"kata pengarah. Pengarah ataupun nama sebenarnya Puan Maisarah jalaludin merupakan ibu kandung Iman dan ibu angkat kepada Lili.
Prof Bad memasuki bilik pengarah. "Ya Bad kamu nak apa?"tanya Puan Maisarah.
Prof Bad mengambil tempat duduk di hadapan meja Puan Maisarah.
"Pengarah! Pengarah tentu sudah tahu kan tentang si Lili tu. Itulah sebabnya Pengarah hantarkan dia datang ke sini. Budak tu boleh membahayakan kita semua. Kuasa dia terlalu kuat walaupun dia masih muda." Kata Prof Bad dengan marah.
"Hey, hey.. sabar. Jadi Prof dah tahulah kan apa yang Lili boleh buat. Saya buat semua ni ada kebaikannya. Saya hantarkan dia ke sini sebab nak suruh dia kawal kuasa dia bukannya musnahkan kita semua. Prof saya nak awak rahsiakan semua benda ni daripada Lili dan jangan beritahu pelajar lain tentang perkara ini. Prof Bad awak letakkan Lili dalam kumpulan apa?" kata Puan Maisarah.
"oh, tentang tu saya letakkan dia dalam kumpulan air. Lagipun kuasa airnya lebih menyerlah daripada yang lain."kata Prof Bad.
"Daripada yang lain? Maksudnya?"tanya Puan Maisarah.
"dia ada lebih daripada satu kuasa. Tapi apa yang saya paling hairan, semasa ujian dijalankan bebola Kristal itu memberikan reaksi yang pelik. Jadi saya tak tahulah kuasa apa yang selebihnya." Kata Prof Bad.
"kalau macam tu.. bagus jugak idea Prof nak letakkan dia dalam kumpulan air. Kalau dia terus masuk ke kumpulan Specialize tentu boleh menyebabkan pelajar lain terkejut. Oh, ya. Untuk peperiksaan bulan ni, kita akan buat ujian lain daripada yang lain. Untuk streaming kelas pulak kita akan masukkan seberapa ramai pelajar yang mempunyai kuasa lebih daripada 2 ke kelas Martians dan tidak bergantung kepada akademik semata-mata. Tapi kita bagi limit sampai 40 orang sahaja dan untuk keistimewanya pelajar kelas Martians bulan depan, diorang akan belajar di luar kawasan sekolah. Jadi Prof Bad, saya nak prof tampalkan notis di papan kenyataan tentang hal ini."kata Puan Maisarah.
"Baiklah!" kata Prof Bad lalu keluar dari situ.
Prof Bad menampal notis tentang perkara yang dinyatakan oleh pengarah. Ramai pelajar datang ke situ dan teruja tentang hal itu.
Lili terserempak dengan Maria lalu dia mencuit bahu Maria kerana Maria tidak sedar akan kehadiran dia. Maria berpusing ke belakang.
"Eh, Lili lama tak jumpa. Rindunya "kata Maria sambil tersenyum lalu memeluk Lili dan melepaskannya.
Dalam hati Lili..
Rasanya kita dah jumpa malam tadi dekat asrama -_-
"Maria mereka semua ni buat apa sebenarnya."kata Lili sambil menjengket-jengket kakinya kerana tidak dapat melihat apa yang ada di depan.
"Oh, tadi.. Prof Bad ada tampal notis di hadapan. Katanya, untuk bulan ni peperiksaan tidak akan dijalankan secara bertulis seperti sebelum ni tetapi melalui kuasa yang kita ada dan sama jugaklah dengan streaming kelas. Lepas tu kalau tak silap, bulan depan pelajar-pelajar kelas Martians akan belajar di luar kawasan sekolah tapi tak tahulah dekat mana. Wah.. seronoknya diorang. Kita ni bila lah.." kata Maria sambil mengeluh.
"Maria. Bila peperiksaan?"tanya Lili.
"kalau tak silap minggu depan."kata Maria
"Kalau macam tu.. Maria boleh awak ajarkan saya macam mana awak keluarkan kuasa awak. Saya nak tahu macam mana kuasa air saya berfungsi. Selama ni saya sengsara sebab saya tak tahu yang saya ada semua benda ni dan sekarang saya harus belajar macam mana nak gunakan kuasa saya ni. Tadi Prof Zety ada cakap yang kita harus pandai gunakan kuasa kita dan jangan sekali-kali menyalahgunakan kuasa tu. Satu lagi Prof cakap kalau kita dah tahu akan kelebihan kita kena gunakannya sebaik mungkin. Jadi Maria, saya Tolonglah Maria." Kata Lili.
"Mmm.. Baiklah Maria akan tolong awak. Sebelum tu Apa kata latihan kita buat, anggapkan sahaja semua ni game? Tapi ada satu syarat. sekali awak melangkah ke depan jangan sekali-kali awak berundur. Kalau awak berundur ini bermaksud it's game over Lili. Boleh?" kata Maria.
"Baiklah!"kata Lili dengan teruja.
"Mmm. Tapi kan.. kita ada satu masalah dekat sini."kata Maria sambil berfikir.
"Masalah?"tanya Lili.
"Ya. Kuasa awak adalah air. Manakala kuasa saya adalah tumbuh-tumbuhan. Inilah masalahnya, kuasa kita berlainan. Tapi tak mengapa kot. Kita kena cuba baru tahu kan." Kata Maria sambil tersenyum.
Lili melihat Maria tersenyum. Entah kenapa setiap kali Lili melihat Maria tersenyum hatinya pasti akan tenang.
............................................................................
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasiSuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...