Suku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...
Lili membawa Lutfi keluar dewan dimana Prof Sam dan pelajar lain sedang menunggu di luar.
Lutfi menarik tangannya dengan kuat untuk melepaskan diri daripada Lili.
"Woi! Apa yang kau nk daripada aku ha!!! Lepaskan aku" kata Lutfi dengan kuat sekali. Tangannya dilepaskan oleh Lili dan mereka berdua berhenti dgn serta merta di dalam hujan.
Hujan membasahi bumi.. begitu juga dengan mereka berdua. Ketika ini mereka berdua telahpun berada di luar. Badan mereka basah kuyup dek kerana hujan yang lebat itu..
Lili memandang Lutfi dgn muka yg selamba dan tidak menunjukkan sebarang reaksi..
Lutfi kehairanan kerana inilah kali pertama dia dipandang sebegitu.. Selama ini jangankan pandang, bercakap pun org lain takut dengannya.
Lutfi berkata di dalam hujan sambil memberikan senyuman sinis.
"Huh! Berani betul kau bercakap dgn aku.. hey perempuan! Kau ingat kau tu siapa. Kalau kau nak tahu di dalam sekolah ni org lain semuanya takut pada aku dan kalau kau nak tahu aku boleh tukarkan kau jadi ais sekarang ni jugak. kau tak takut ke?"
Lutfi menunjukkan tangannya yang disaluti oleh ais berwarna keputihan. Ais itu pada mulanya berada di hujung jari tangan kanan Lutfi dan akhir sekali merebak ke keseluruhan tapak tangannya.. (bunyi ais)
Lili
Ish. Berlagak betullah Mamat ni. Apa? Dia ingat dia tu hebat sangat ke. Setakat nak tunjuk ais. Aku pun boleh buat jugak tapi bukan sekarang. Aku terpaksa tarik tangan dia dengan tergesa-gesa sebab ramai sangat org tengok tadi.. Almaklumlah. Sekarang aku dah jadi bahan bualan mereka semua sejak aku mula-mula masuk sekolah ni lagi. Ni pun Prof Sam yg suruh cari dia. Kalau nk ikutkan hati aku, Huh memang taklah.. terutamanya mamat yg berlagak seperti dia..
Lutfi melihat Lili dari atas ke bawah. Dia seakan-akan pernah mengenali Lili tetapi dimanakah?
Dia dapat membaca apa yang difikirkan Lili.
Lutfi mengeluh.. "Huh... kau kata aku sombong dan berlagak ya. Takpe2 nanti aku tak nak ajar kau macam mana nak terbang dalam hujan. Lepas ni kau tengok sajalah orang lain berlatih.. Bye2"
Lutfi meninggalkan Lili.
Sebelum Lutfi meninggalkan Lili, dia sempat memegang tangan Lutfi dengan sangat kuat. Lili berlutut di atas rumput hijau yang basah dan menundukkan kepalanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Nanti! Lutfi.. Tolonglah aku Lutfi. Aku kena terus berjuang habis-habisan. Kau pun tahu kan yang Aku masih baru lagi dekat sini. Ada banyak benda lagi yang aku tak tahu tentang diri aku. Ibu aku meninggalkan aku tanpa memberitahu tentang kuasa yg aku ada. Dia berpesan pada aku agar janganlah aku bersedih dan belajar bersungguh-sungguh. Aku ni anak yatim piatu, Lutfi. Aku dah takde Mak mahupun seorang bapa. Bapa aku tinggalkan aku semasa aku kecil lagi dan aku hidup dalam kesusahan bersama-sama ibu aku." Lili menangis teresak-esak. Dia memang tidak dapat menahan sebak di dada apabila mengingati ibunya.