@Rakan baru

2.6K 234 21
                                    

"Ha.. Hai.." kata Lili

Lili memandang ke belakang..

"Hai.. Umm... Awak ni pelajar baru ke dekat sini??.. Kalau macam tu.. Hai.. Selamat berkenalan. nama saya Mariam.. Tapi pelajar dekat sini panggil saya Maria sahaja.. Jangan-jangan awak ni Lili kan.." kata Maria dengan gembiranya.

Maria mengambil tangan Lili dan memegangnya dengan erat ..

Lili kelihatan terkejut

Lili

Kenapa pula dengan dia ni.. Ini kali pertama aku kena tegur macam ni.. Dia memang peramah dan cantik .. Rambut dia warna putih lah.. Tak kesahlah tapi cuma seperkara yang aku pelik.. macam mana dia tahu nama aku?? Baju dia pun nampak berbeza dengan murid lain.. Satu hal lagi kenapa setiap kali aku melihat muka dia pasti aku akan berasa tenang... Kenapa ya.. Ah! lupakanlah..

......

"Lili. Lili.. Kenapa ni?" tanya Maria.

Maria melambai-lambai tangannya ke arah muka Lili.

"Ha.. Ya, kenapa.. kenapa" Lili blur.

"Hehe.. Awak berangan ya Lili.." kata Maria sambil mengejek.

"Eh, mana adalah.. Saya tak berangan pun." kata Lili

Tiba-tiba loceng berbunyi..
(Kring!! Kring!!)

Semua pelajar di situ masing-masing berlari menuju ke arah pintu sekolah.

"Eh, Lili kita kena cepat ni.. nanti awak kena denda pulak..

Maria memegang tangan Lili dan berlari ke dalam sekolah.

.............................................

"Ok.. Sekarang kita dah sampai dah.." kata Maria

Maria membuka kasutnya.

"Maria. Kenapa awak buka kasut ? " tanya Lili

Maria melihat Lili

"Oh, baru saya ingat. Sekolah ni ada peraturan tersendiri salah satunya kalau nak masuk ke sekolah kena buka kasut daripada luar. Lepas tu pakai kasut yang dikhaskan di dalam sekolah😁" kata Maria.

"Oh, macam tu pulak. Tapi saya mana ada kasut lebih."kata Lili

"Yang tu awak jangan risau.. Setiap pelajar yang belajar disini pasti akan mendapat kasut tu.. Lepas ni saya akan tunjukkan loker awak(tempat simpanan barang2 pelajar) dan lepas habis belajar saya akan tunjukkan asrama kita." kata Maria

"Asrama kita ? " Lili kehairanan

"Ialah Asrama kita.. Kita kan belajar di Academy Crystal sekarang ni.. Semua pelajar yang belajar di sini semuanya akan tinggal di Asrama.. Dahlah.. Jom kita pergi sekarang. Kalau prof nampak kita, nahas kita dibuatnya.."kata Maria.

"Oh..😮macam tu. Ok baiklah" kata Lili

Lili sebenarnya tidak faham apa yang diperkatakan oleh Maria. Tetapi dia cuma buat-buat faham sajelah...😮

Maria mengambil kasutnya tadi dan meletakkannya di dalam loker yang diperbuat daripada cermin..
Kemudian dia memgambil kasut yang dikatakannya tadi dan memakainya..

Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain.. Mereka melakukan hal yang sama seperti Maria

Lili melihat sahaja perbuatan Maria dan pelajar-pelajar lain..

Maria memandang ke arah Lili.

"Lili, kenapa tak tukar lagi ? Kita dah lambat ni" tanya Maria sambil memperbetulkan kasutnya.

"Oh, ya.. Maafkan saya.. Saya sangat teruja tengok sekolah ni. Saya ingat ini cermin biasa tapi rupa-rupanya loker.😮 Baiklah saya akan tukar sekarang" kata Lili.

Lili membuka loker di hadapannya. Apa yang dia lihat di dalam loker tu ada sepasang kasut sukan.

"Aik kenapa ada kasut sukan dekat sini ? " kata Lili

"Kasut sukan ? Tunggu sekejap Lili.. Alamak awak dah salah bukak loker orang lain.. Ini loker orang lelaki lah Lili.. Kalau saya tak silap ni loker.."

Air Muka Maria berubah... Muka Maria bertukar menjadi kemerah-merahan

"Kenapa Maria ? Loker siapa ni ? "tanya Lili.

"Ini loker Student Council.. Awk tahu tak Student Council kita ni kacak dan baik orangnya dan Saya tak percaya awak boleh bukak loker dia dengan begitu mudah sekali.. Awaklah orang pertama yang boleh bukak loker ni.. Sebelum ni dah beratus-ratus orang cuba nak bukak loker ni tapi kebanyakannya gagal. Awak tahu, awklah org yang paling bertuah tau.. Sbb boleh bukak loker ni." kata Maria.

Serius sangat ke sampai kan dah beratus-ratus org yang cuba nak buka loker ni😑

Lili menutup loker itu semula dan dia bertanya Maria di mana loker kasutnya.

Mereka pun meneruskan perjalanan ke dewan utama.

Memandangkan hari ini adalah hari Isnin maka mereka kenalah pergi ke dewan utama untuk perhimpunan rasmi seperti biasa..

.........

Disana terdapat banyak kerusi yang disusun dengan teratur.

Wah, besarnya sekolah ni. Jauh berbeza dengan sekolah lama aku yang dahulu.

"Lili, awak duduk di sini ya.. Saya kena bertugas dekat depan sana." kata Maria.

"Oh, Ok.. Nanti jap awak ni pengawas ke ? " tanya Lili.

"Hehe.. Maafkan saya sbb tak beritahu awak siapa saya.. Ya saya memang pengawas dekat sini..😜"kata Maria

Maria pun meninggalkan Lili..

Ramai pelajar di situ mengucapkan hai kepada Lili..

Maka berkumandanglah lagu negara, negeri dan sekolah mereka..

Mereka dipersilakan untuk duduk

Ucapan demi ucapan diberikan
Kemudian perhimpunan pun berlalu..










.......................

Bersambung....




............................

Kpd pembaca.. Maafkan sy sbb lambat update.. Terima kasih atas sokongan anda semua... Jangan lupa voted dan comment ya..



Watak baru pada bahagian ini ialah..

Maria

Maria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Terima kasih semua😊

ICE HEARTWhere stories live. Discover now