"Pak Cik Zul, ada perkara yang Lili tak faham.. kenapa Puan Maisarah tu nak sangat jaga Lili?? Lili takut kalau-kalau dia ada niat disebaliknya." kata Lili.
"Jangan risau Cik Lili. Puan Maisarah tu baik orangnya. Kalau Cik Lili tinggal dengan dia tentu Cik akan sukakannya."kata Zul dengan penuh semangat.
"Kalau begitu baiklah."kata Lili.
"Cik Lili selepas ni kita akan menaiki kapal terbang dan akan ada pembantu Puan Maisarah ambil kita di lapangan terbang di sana seterusnya kita akan terus pergi ke rumah Puan Maisarah." kata Zul.
"Wah.. kapal terbang.. Inilah kali pertama Lili naik kapal terbang.. Seronoknya."kata Lili sambil ketawa kecil.
Zul memandang Lili.
Zul
Syukurlah Cik Lili dah ceria semula. Harap-harap bila dia bertemu Puan Maisarah, dia akan lebih ceria lagi.
.......................
Setelah 10 jam perjalanan.
Kereta yang membawa Lili dan Zul sampai ke perkarangan sebuah rumah. Rumah itu teramatlah besar. Ianya bagaikan istana.
"Cik Lili.Bangunlah. Kita telah pun sampai." kata Zul.
"A.. Apa. Kita dah sampai.. wah.. besarnya.." kata Lili. Dia baru sahaja bangun daripada tidur semasa perjalanan tadi.
Mereka turun daripada kereta.
Lili
Perasaan apakah ini? Aku tak pernah rasa macam ni. Aku rasa lebih tenang dan bersemangat. Apakah semua ini? Rumah ni dekat dengan tasik? Tasik itu seakan-akan memberikan semangat kepada aku?? Kenapa?? Aku rasa macam aku pernah datang ke sini.. tapi bila? Wah.. nyaman betul udara dekat sini..
..........."Cik Lili. Inilah rumah Puan Maisarah."kata Zul
"Pak Cik Zul. cantik betul tempat ni. Lili rasa lebih bersemangat dari sebelum ni. Ianya seakan-akan membuatkan Lili dapat melupakan semua rasa kesedihan yang ada pada Lili.." kata Lili.
Zul memandang Lili.. Kelihatan Lili lebih ceria daripada yang sebelum ni, seakan-akan seperti orang lain. Zul tersenyum.
"Baguslah kalau Cik Lili dah ceria. Saya rasa tugas saya selesai setakat ini sahaja. Semoga kita berjumpa lagi, Lili." kata Zul.
Tiba-tiba Zul hilang dari pandangan Lili di dalam asap berkilauan putih yang tiba-tiba muncul.
"Pak Cik Zul!" jerit Lili. Lili kelihatan terkejut akan perkara yang dilihatnya tadi.
Lili
Kenapa Pak Cik Zul tiba-tiba hilang ??? apakah semua ini??
...........
"Lili."
Seseorang memanggil Lili daripada belakang.
Dengan terketar-ketar Lili pun menjawab. "Ya.. saya." kata Lili. Dia pun memandang ke belakang.
"Selamat datang Lili." kata seorang perempuan lingkungan 30 an.
"Siapakah Mak Cik ni?." kata Lili. Dia kelihatan masih terkejut akan kejadian yang terjadi tadi.
"Lili. Janganlah takut. Mak Cik ni namanya Maisarah. Selamat berkenalan Lili. Tentu kamu penat dengan perjalanan tadi bukan? Marilah masuk." kata Puan Maisarah.
Lili
Maisarah?.. Puan Maisarah ke ni?.. Aku ingat muka dia macam nenek tua tapi tak tahu pulak yang dia ni muda lagi.. Sangkaan aku meleset sama sekali.
..................
"Lili. apa yang kamu termenungkan tu? Marilah masuk ke rumah Mak Cik.. Hmm.. Kamu tengah fikir tentang Mak Cik lagi ye.. Takpe-takpe nanti Mak Cik ceritakannya dekat dalam nanti.. Oh, ya.. Nasir ambilkan beg Cik Lili ni dan bawakannya naik atas.." kata Puan Maisarah.
"Baiklah, Puan. Cik. Benarkan saya membawa beg Cik naik keatas.."kata Nasir sambil mengambil beg Lili..
"Baiklah." kata Lili.
Lili masuk ke dalam rumah itu.."Wah.. besarnya dalam rumah ni.. Jauh berbeza dengan rumah Lili.. Puan Maisarah.. Kita nak ke mana ni?" kata Lili.
"Haha.. tak perlulah berpuan-puan dengan Mak Cik.. Mak Cik seganlah.. Kamu panggil je Mak Cik ni Ummi.. Oh, ya. Kita nak pergi ke dapur. Tentu kamu lapar, kan??" kata Puan Maisarah.
"Baiklah Um.. Ummi" kata Lili malu-malu.
..........
Di dapur.. setelah Lili dan Puan Maisarah selesai makan.
" Lili, Ummi nak tanya kamu masih bersekolah lagi kan??" tanya Puan Maisarah.
"Ya Ummi.." kata Lili.
"Sebenarnya begini. Kamu kan ada kuasa luar biasa.. Lagipun kamu tak pandai lagi menggunakannya. Jadi Ummi cadangkan kamu pergi ke akademi tu.." Kata Puan Maisarah.
"Akademi?" kata Lili.
"Ya, akademi.. Namanya ialah akademi Crystal. Ianya merupakan sekolah khas untuk orang macam kamu.. Lagipun dalam banyak-banyak akademi, akademi Crystal lah yang paling menonjol.. Jadi Ummi ingat Ummi nak hantar kamu ke sana.. Bolehkan??" tanya Puan Maisarah.
"Kalau begitu. Baiklah Ummi.." kata Lili tanpa ragu-ragu.
"Kalau macam tu.. Kita kan dah selesai makan.. Ummi ingat petang ni nak ajak kamu pergi tengok taman dekat belakang rumah Ummi ni.. Dekat sana ada sebuah tasik.. Ummi harap kamu suka.. Lagipun Ummi nak kenalkan Lili dengan seseorang..Nanti petang, Lili bersiap ya.." kata Puan Maisarah.
"Kalau begitu baiklah Ummi. Nanti petang Lili akan bersiap.. Lagipun Lili nak tanya banyak benda dekat Ummi." kata Lili.
"Baiklah.."kata Puan Maisarah
bersambung..
____________________________________
![](https://img.wattpad.com/cover/84508869-288-k281965.jpg)
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasySuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...