"Assalamualaikum.. Ni Cik Lili ke??" soal lelaki yang tinggi lampai tersebut.
"Ya, saya Lili" jawab Lili
"Cik Lili, Puan. saya ialah pembantu kepada Puan Maisarah. Beliau merupakan rakan kepada ibunya Cik Lili. Saya datang ke sini kerana ingin membawa Cik Lili tinggal bersama Puan Maisarah. Dengar cerita Ibu Cik Lili meninggal dunia atas sebab dibunuh pada tahun lepas? Jadi saya datang ke sini atas permintaan Puan Maisarah.."kata lelaki tersebut.
Lili
Bila masa pula ibu aku ada kawan dengan orang kaya ni?? setahu aku kami berdua tinggal bersendirian di rumah.. tiada sesiapa pun yang datang menjenguk kami kecuali orang kampung sahaja. Aku bingung.
____________"Bolehkah saya bertanya.. kenapa tuan datang ke sini?? siapakah Puan Maisarah ?? saya keliru sekarang ni .. dan bagaimana tuan boleh tahu rumah saya ada di sini.." tanya Lili kebingungan.
"Nanti Cik Lili akan tahu juga tetapi buat masa ni biarlah dulu. Oh ya, kalau tidak keterlaluan bolehkah saya meminta kebenaran untuk membaca surat itu,Cik Lili." kata lelaki itu.
"Ya Baiklah.. Ambillah." kata Lili
Tanpa ragu-ragu Lili memberikan surat itu kepada lelaki tersebut.
Lili melihat gerak-geri lelaki itu.
Melalui cermin mata lutsinar lelaki itu, Lili dapat melihat mata lelaki tersebut..
Lelaki tersebut membaca surat itu dengan penuh teliti.. perenggan demi perenggan.. baris demi baris..dan seakan-akan mahu memahami isi kandungannya. Dia kelihatan seperti seseorang yang berpengetahuan luas pada pandangan Lili.."Maafkan saya Cik Lili. Saya rasa surat ini dapat menjawab persoalan Cik Lili. Adakah Cik Lili sudah selesai membacanya? Jika belum. Ambillah dan bacalah agar persoalan Cik Lili terjawab." kata lelaki tersebut sambil menyerahkan surat itu kepada Lili.
"Baiklah, terima kasih." kata Lili
Lili mengambil surat daripada lelaki tersebut lantas membacanya dengan penuh teliti sekali.
bersambung..
__________________________________
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasíaSuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...