@kelas

2.6K 215 34
                                    

Sebelum Lili dibawa masuk ke kelasnya. Maria membawa Lili ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelas Lili iaitu Prof Zety. Disini guru digelar sebagai Professor kerana mereka mempunyai kelulusan dalam PHD dan menerima pelbagai anugerah daripada kerajaan atas jasa mereka.

Langkah Maria dan Lili terhenti dihadapan sebuah bilik. Papan tanda bilik itu tertulis Sensei Room. Dinding bilik itu dilitupi dengan dinding besi kecuali pintunya. Sebelum membuka pintu bilik guru yang diperbuat daripada kaca lutsinar sehingga dapat melihat isi dalamnya, Maria membetulkan kotnya yang berwarna coklat dan tali lehernya agar kelihatan kemas..

Maria menolak daun pintu Sensei Room dengan perlahan-perlahan dan menjenguk ke dalam sambil menarik tangan Lili untuk memasuki bilik tersebut. Maria berjalan menuju ke arah seorang Professor perempuan yang sedang asyik menulis sehingga tidak menyedari akan kehadiran mereka berdua. Maria memanggil Professor tersebut sambil mencuit bahunya.

"Prof" kata Maria.

Anak mata Professor melihat ke arah Lili dan Maria melalui cermin matanya itu. Dia seakan-akan sudah mengetahui akan kehadiran Lili itu. Kemudian Professor itu berdiri di hadapan mereka berdua.

Professor Zety memandang ke arah Maria. Professor Zety merupakan pengurus kepada kelas 1 Plutonia ataupun dalam erti kata lain guru kelas 1 Plutonia.

"Ya, saya. Maria thanks a lot. Awak dah boleh masuk ke kelas awak sekarang."kata Prof Zety sambil memberikan senyuman kepada Maria.

Professor Zety sangat cantik orangnya kerana mempunyai anak mata yang berwarna biru dan hidungnya yang mancung seakan-akan Mat saleh tetapi bukannya Mat saleh sepenuhnya.. Mungkin sebab dia muda lagi kot.. Lili sangat kagum akan kecantikan Professor Zety.😄

"Baiklah Prof. Sama-sama. Saya pergi dulu Prof,Lili."kata Maria sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat lalu beredar dari situ.

Prof Zety duduk diatas kerusi sambil menyilang kakinya lalu memandang Lili dan memegang cermin matanya yang berwarna biru.

"Lili, Welcome to our academy. I hope you are happy and fun study at here. Oh, yes. Before we are going to our classroom I want to finish your document and registeration first." Prof Zety melihat keadaan Lili. Dia hanya tercengang di situ. Kenapa dengan Lili ni, mungkin tak faham agaknya.

"Lili, are you alright. Do you don't understand me?. Okay if that the case I will speak in malay. ?" kata Prof Zety.

Lili bukannya tidak faham apa yang Prof Zety katakan cuma.. Lili sangat kagum dengan percakapan Prof Zett. Bahasa Inggerisnya sangat lancar dan mempunyai slang British.

Lili bersuara.
"No, madam I understand what you said but I'm happy if you talk in malay 😀" kata Lili.

"Okay." kata Prof Zety.

Prof Zety membelek-belek fail yang ada di almari itu.

Kemudian dia mengajak Lili masuk ke dalam biliknya.

"Lili,jom masuk ke bilik saya. Saya nak siapkan dokumen awak sambil menceritakan serba-sedikit tentang akademi ini sebelum ke kelas untuk belajar."kata Prof Zety sambil berjalan ke arah biliknya dengan kasut bertumit tingginya itu.

"Baiklah." kata Lili lalu mengikuti jejak langkah Prof Zety.

Bilik Prof Zety sangat tertutup.
Lili mengambil tempat duduk diatas kerusi sofa yang empuk berdekatan dengan dinding bilik Prof Zety. Maka mereka pun berbuallah di dalam bilik itu.

Selepas 30 minit berlalu.

"Haha.. Lili, You re so funny. Okay, now all done.."kata Prof Zety sambil ketawa lalu dia menyelak pergelangan baju kotnya untuk melihat jamnya. Jam telah menunjukkan pukul 9:00 pagi.

"Hah, kebetulan. Sekarang masa saya ni. Baiklah jom Lili. Ikut saya pergi ke kelas kamu. I will show your class and you should introduce yourself in front of your classmate. Okay."kata Prof Zetty.

"Okay, Prof."kata Lili.

Mereka keluar daripada Sensei Room dan menuju ke arah kelas mereka iaitu 1 Plutonia..

Semasa dalam perjalanan, Lili melihat ke arah kelas yang telah diceritakan tadi oleh Prof Zety.

Ternyata dinding kelas-kelas itu semuanya diperbuat daripada kaca lutsinar yang kuat,tebal dan tahan bunyi sehinggakan dapat dilihat isi didalamnya kecuali hanya satu kelas sahaja tidak diperbuat daripada kaca lutsinar.

Bilik-bilik khas yang lain pula diperbuat daripada batu yang disaluti dengang aluminium berwarna putih. Kata Prof Zety kelas-kelas tersebut direka khas untuk mengelakkan pelajar daripada menipu semasa peperiksaan dan untuk mengelakkan pelajar daripada membuat bising yang keterlaluan.

Kata Prof tadi di akademi Crystal ini mempunyai 12 kelas dimana kesemuanya ada 6 peringkat dan setiap hanya kelas menempatkan 20 orang pelajar jadi bilangan kesemua pelajar yang belajar di sini hanyalah seramai 240 orang pelajar sahaja.

Itulah sebabnya kenapa senua pelajar di sini nampak mesra antara satu sama lain dan saling kenal mengenali antara satu sama lain..

Kata Prof juga pelajar di sini dibahagikan kepada 6 peringkat dimana setiap peringkat ada 2 kelas mengikut kebolehan dan pencapaian masing-masing. Peringkat yang paling bawah ialah peringkat pertama ataupun pemula samalah dengan Lili. Itulah sebabnya Lili ditempatkan di kelas 1 Plutonia kerana Lili adalah golongan pemula. Seterunya, peringkat ke-2,3,4,dan 5. Peringkat yang paling tertinggi ialah peringkat ke-6 ataupun golongan Elit. Kelas yang paling tersohor dan tertinggi ialah kelas 6 Martians ianya merupakan kelas idaman bagi semua pelajar di situ kerana pelajar di situ merupakan golongan bijak pandai dan sentiasa memberikan sumbangan kepada akademi itu.

Pelajar di kelas ini dikatakan mempunyai kebolehan yang luar biasa daripada pelajar-pelajar kelas lain kerana mempunyai lebih daripada 1 kuasa dan pencapaian dalam akademik juga sangat cemerlang. Setiap bulan ke semua kelas akan di streaming dan sesiapa yang mahu menduduki kelas itu, haruslah dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki akademiknya walau apa cara sekalipun semata-mata untuk menempatkan diri di kelas itu. Maka akan dapat dilihatlah sesiapa yang akan turun dan naik kelas.

Walaubagaimanapun, mereka yang belajar di kelas Martians mustahil untuk turun kelas kerana mereka merupakan pelajar yang bijak pandai.

Lili teringat akan kata-kata Maria bahawa dia mahu menempatkan diri di kelas itu. Memandangkan Maria sentiasa berusaha untuk menempatkan diri di kelas itu namun dia hanya dapat mencapai ke peringkat ke-5 sahaja.

Walaubagaimanapun, dia tidak akan putus semangat sehingga dia berjaya menempatkan diri di kelas itu..

Langkah Lili dan Prof Zety terhenti di hadapan sebuah kelas. Ya, itulah kelas 1 Plutonia.

"Lili, You stay here. You enter after I call you. Okay." kata Prof Zety.

"Ok"kata Lili sambil tersenyum.

Dalam senyuman Lili itu ada sesuatu disebaliknya.. Sebenarnya Lili sangat gementar untuk berhadapan dengan rakan-rakan sekelasnya..

"Lili come in" kata Prof Zety..

"Selamat pagi semua, saya Lili. Selamat berkenalan".....










Bersambung...

............................................................

Haa.. Macam mana semua? Nantikan sambungannya.. Jangan lupa voted dan comment Okay.😜

Oh ya, this is Prof Zety..😍

Cantik kan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cantik kan..😜

ICE HEARTWhere stories live. Discover now