"Tuan, rumah Mak Cik ada di depan sana.. Alhamdulillah.. dah sampai pun." kata Mak Minah.
Kereta lelaki itu sampai ke perkarangan rumah Mak Minah. Rumah Mak Minah agak besar sedikit jika nak dibandingkan dengan rumah lama Lili.
"Jauh juga rumah Mak Cik.." kata lelaki itu.
"Haha.. Oh, itu pun Lili.. Cepat betul dia sampai ke rumah.. Emm.. Orang muda kan.."kata Mak Minah.
Mak Minah dan lelaki itu turun daripada kereta.
"Oh, ya mari tuan.. Jemputlah masuk ke rumah saya.. Jangan malu-malu. Mak Cik tinggal dengan suami Mak Cik dan Lili sahaja.." kata Mak Minah.
"Mak cik tak perlulah panggil saya tuan. Panggil sahaja saya Zul." kata lelaki itu.
"Oh, baiklah Zul. Kalau tidak keberatan kamu panggil jelah Mak Cik ni Mak Minah ya... Jemputlah masuk nanti Mak Minah buatkan air untuk kamu."kata Mak Minah.
"Baiklah. Mak Minah." kata lelaki itu.
"Lili.. Masuklah.. jangan main dekat luar masa ni.. Nanti hantu gigit kamu baru tahu.." jerit Mak Minah sambil memujuk Lili dari jauh.
Mereka pun masuklah ke dalam rumah..
"Abang kita ada tetamu ni.. keluarlah.." kata Mak Minah."Oh, ye ke. Tunggu kejap ya."
Seorang lelaki keluar daripada biliknya. Kulitnya agak gelap dan hanya memakai kain pelikat berwarna hitam berpetak sahaja.
"Minah. Siapa lelaki tu? Orang kaya mana yang Minah bawa balik ni.." tanya Pak Hasyim.
"Oh, dia tetamu kitalah.. Namanya Zul." kata Mak Minah.
"Oh.. kalau macam tu.. Zul!" kata Pak Hashim sambil memanggil Zul.
Zul masih lagi berada di muka pintu.
" Ya, saya" kata Zul.
"Zul.. Naiklah.. apa yang kamu buat dekat situ. Jangan malu-malu.. buat macam rumah sendiri." kata Pak Hashim.
"Zul. kamu duduk berbuallah dulu dengan Pak Hashim, ya. Mak Minah nak pergi buat air sekejap lepas tu kita pergi makan sama-sama. Oh, ya kalau kamu nak pergi mandi pun boleh. Nanti Pak Hashim pergi ambilkan baju untuk kamu." kata Mak Minah.
Mak Minah beredar dari situ dan terus pergi ke dapur.
"Mak Minah tak perlu nak susah-susahlah.. Saya dah ada dah baju simpanan dalam kereta.. Terima kasih banyak-banyak Mak Minah.." kata Zul.
Masa pun berlalu..
...........................Waktu malam menjelma..
Lili termenung ke luar jendela dengan suasana hutan-hutan di sekelilingnya.. Di tangan Lili terdapat surat yang dibacanya petang tadi..
Lili
Kenapa lah nasibku jadi begini.. Aku tak fahamlah kenapa Ibu sorokkan semua perkara ini selama ni.. Itulah sebabnya, Kenapa aku sentiasa gelisah mencari jawapan tetapi aku tidak tahu jawapan apa yang aku mahukan.. Rupa-rupanya inilah selama ni yang aku cari.. Ibu maafkan Lili.. Ibu.. rupa-rupanya Ibu sangat sayangkan Lili.. Maafkanlah Lili atas kedegilan Lili selama ini..
.............
Air mata Lili mengalir lagi
.............
LiliBaru aku teringat. Lelaki tadi ada mengatakan bahawa dia mahu membawa ku bertemu dengan Puan Maisarah.. Aku rasa dia akan menceritakan segala-galanya kepadaku tentang diri aku.. dan kuasa aku juga.. Tapi sebelum tu aku mesti meminta kebenaran Mak Minah dan Pak Hashim.. Kalau aku tinggalkan mereka begitu sahaja sudah tentu mereka akan sedih.. Ya, Baiklah aku akan berjumpa dengan mereka.
...................
Lili bangun daripada katilnya dan menutup jendela biliknya itu lalu dia menuju ke pintu untuk keluar..
Tiba-tiba setelah dia membuka pintu dia melihat Mak Minah di hadapan pintu..
"Argh..." jerit Lili. Terkejut beruk dibuatnya.
"Eh, kenapa dengan kamu ni Lili.. Macam nampak hantu.. Ni Mak Minah lah.. Mak Minah nak ajak kamu makan malam dengan Pak Cik Zul." kata Mak Minah.
"Pak Cik Zul? siapa tu?" tanya Lili
"Alaa.. Pak Cik yang nak jumpa kamu tadi.. Marilah makan. diorang dah tunggu tu." kata Mak Minah.
"Oh, ye ke.. Baiklah Mak Minah." kata Lili.
Mereka pun makanlah. Sesudah makan Zul bersuara..
"Mak Minah, Pak Hashim.. saya nak minta keizinan daripada Pak Hashim dan Mak Minah untuk membawa Lili tinggal dengan tuan saya.. Tuan saya nak sangat berjumpa dengan Lili.. Kata tuan saya, Lili merupakan seorang yang istimewa jadi kalau boleh dia mahu menjaga Lili.. Oleh itu, saya berharap sangat-sangat agar Pak Hashim dan Mak Minah memberi keizinan kepada saya untuk membawa pergi Lili. Tolong lah. saya merayu" kata Zul.
" Zul.. Lili ni anak yatim piatu.. Ibu bapanya dah lama meninggal.. Kami pun tak ada anak.. Jadi kami ambillah dia jadikan sebagai anak angkat dan nasib kami baik Lili ni merupakan seorang yang rajin berusaha.. Sebenarnya kami sayangkan dia. Tapi kalau lah dia pergi ke sana dapat gembirakan dia semula, Pak Cik izinkan.." Kata Pak Hashim.
"Terima kasih Pak Hashim. Tapi adakah Lili bersetuju?" kata Zul.
Mereka semua memandang Lili.
Lili tersengih-sengih je dari tadi.
"Oh, Lili ke??? Ya, Lili bersetuju" kata Lili....................
Lili dan Zul pun berangkat pergi."Selamat tinggal Lili.. Duduk elok-elok dekat sana tu.." Jerit Mak Minah sambil melambai-lambai tangannya.
"Baiklah Mak Minah." kata Lili..
"Pak Cik Zul boleh tak Lili nak pergi ke rumah lama Lili sekejap. Sebab Lili rasa, Lili ada tertinggal sesuatu dekat sana."kata Lili.
"Baiklah, Cik Lili."Kata Zul.
Mereka sampai di rumah lama Lili.
Lili pergi ke dapur dan mencari-cari rantai yang dikatakan oleh ibunya. Dia menjumpai rantai berkilaun biru itu di bawah dapur almari..
Dia pun terus memakai rantai itu. Tiba-tiba angin yang kuat datang dan rambutnya yang hitam itu bertukar menjadi warna biru.. Tetapi ianya hanya sekejap sahaja rambutnya menjdi hitam kembali.
Lili
Apakah itu tadi.. Kenapa ada angin yang kuat datang secara tiba-tiba.... Mungkin cuma perasaan aku sahaja kot............
Zul memerhati sahaja di luar.
"Cik Lili.. Kita mesti bertolak sekarang. Nanti lambat pula kita sampai ke sana" kata Zul
"Baiklah, Pak Cik Zul." kata Lili.
Mereka pun bertolak ke destinasi yang mereka mahu pergi iaitu ke rumah Puan Maisarah.
bersambung...
________________________________
YOU ARE READING
ICE HEART
FantasySuku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta leny...