Bab 1

527 28 2
                                    

Dia cuba memerah, memerah dan memerah. Tapi apakah daya dia seorang yang lembap. Matematik bab algebra pun dia tidak lepas, inikan pula soalan add math yang diberikan oleh En. Zaman tadi.

Dicampaknya pensil di atas meja lalu menongkat dagu melihat ke luar jendela. Hanya terdapat padang SMK Tuan Syed yang terbentang luas di hadapan matanya. Sungguh membosankan.

Teringat kembali peristiwa dia ditangkap kerana membuat kesalahan disiplin semalam. Padanlah pada hari ini dia dipaksa membuat soalan add math yang susah itu.

"Hai Ilyasa, jauh termenung. Sampai mana dah? Neraka? Kenapa? Terkenang dosa-dosa kamu?" Begitu pedas sekali kata-kata En. Zaman. Cikgu disiplin, ada ke yang baik?

Ilyasa hanya membuat pekak. Sudah lali dengan kata-kata hinaan guru-guru terhadapnya. Baginya hanya membuang masa untuk dia mengenang kembali dosa-dosa yang lalu.

Hidup ini membosankan. Sungguh, penat asyik dimaki dan dicaci. Namun Ilyasa sudah biasa. Alah bisa tegal biasa. Mereka berasa terlalu suci hingga berasa orang yang berdosa terlalu kotor. Huh, bodoh.

"Kamu nak balik pukul berapa? 5? 6? Cepat jawab soalan tu." marah En. Zaman. Rimas dia melihat pemuda itu. Bakal sampah masyarakat.

Ilyasa memegang semula pensil yang dibaling sebentar tadi. Cuba untuk menjawab namun gagal. Akhir sekali dia hanya mampu menjawab sebelah mata. Malas memikirkan terlalu lama serta turut malas untuk mendengar bebelan En. Zaman.

"Nah habis. Bye cikgu." Ilyasa membaling kertas ke arah cikgu dan terus berlalu meninggalkan kelas tersebut. Huh, terlalu rimas.

En. Zaman hanya mampu mengeluh. Kenapalah anak-anak muda sekarang terlalu biadab? Salah didikan ibu bapa atau guru?

En. Zaman melihat soalan dan jawapan yang diberikan kepada Ilyasa sebentar tadi.

Hanya betul lima soalan per sepuluh. Tak adelah teruk sangat. Soalan add math yang diberikan kepada Ilyasa bukan mudah. Soalan ketiga yang susah itu pun mampu dijawab oleh Ilyasa.

Ilyasa memang seorang yang bijak. Namun kenapa dia masih menjadi seorang yang lembap jika ditanyakan beberapa soalan. Sentiasa ada jawapan "saya tidak tahu" dari mulut Ilyasa.

En. Zaman terus meninggalkan
kelas tersebut dengan perasaan yang bercampur-baur.

******

Ilyasa menekan loceng rumahnya beberapa kali. Terlalu lembap untuk membuka pagar rumah. Dia menunggu penuh sabar. Akhirnya pagar rumahnya terbuka sendiri. Dia memasuki rumah itu dengan perasaan yang membara. 10 minit lambat memang nak kena bibik ni.

Ilyasa mencabut kasut sekolahnya dan menuju ke ruangan dapur. Dapat dia melihat ibunya yang sedang mengemas pinggan.

"Hai. Lambat balik." sambut ibunya sambil menyusun pinggan.

"Kenapa lambat sangat buka pagar tadi?" marah Ilyasa perlahan. Dia tidak boleh meninggikan suara terhadap ibunya. Memang tidak boleh dan tak akan pernah boleh bagi dirinya.

"Ibu saja nak test kamu ni supaya lebih banyak bersabar. Itu baru 10 minit. Esok 30 minit ye." gurau ibunya. Masakan dia mahu pergi membuka pagar ketika dia sedang solat. Bibik pula pergi membeli barang dapur. Adam masih belum pulang kerana ada extra class.

"Yerlah bu. Ibu masak apa petang ni?" tanya Ilyasa sambil duduk di atas kerusi makan.

"Kamu ni. Pergi solat asar dulu pastu mandi. Nanti ibu masakkan cempedak. Shuh." Halau ibunya diiringi gelak ketawa.

Ilyasa tersenyum melihat ibunya yang sedang ketawa. Ayah, kenapa ayah pergi terlalu awal? Ayah tak tahu ke yang ibu rindu sangat dekat ayah? Ayah tak tahu ke ibu merana hidup bersama jantan judi?

Ilyasa bangun lalu berjalan menuju ke biliknya. Setelah mencapai tuala, dia menuju ke bilik air untuk mandi.

Ridwan Ilyasa. Ya, seorang yang berada kerana ibunya seorang perniaga yang berjaya. Namun begitu, dia sering merasa tidak cukup walaupun dikeliling duit yang banyak.

Tidak, dia tidak berminat dengan duit. Dia hanya perlu mencari tujuan hidup. Kenapa dia sering sangsi dalam kehidupan seharian? Adakah kehidupannya tidak lengkap tanpa ada ayahnya? Ataupun kerana hidup bersama ayah tiri yang sentiasa keluar waktu malam untuk berjudi?

Tuhan, bantulah Ilyasa.

Target kita, Syurga!Where stories live. Discover now