Adnie pov
Aku merenung ke arah kota Kuala Lumpur.
Nyaman.
Tenang sahaja.
Tidak seperti hati ku tika ini.
Bergelora hebat.
Dengan masalah yang tidak habis.
Sungguh tenang di atas ini.
Di atas bumbung bangunan 40 tingkat.
Aku tersenyum tawar.
Sendiri.
****
"Ad mai sini jap"
Aku menuju ke arah abang kesayanganku.
Dia sahaja sorang abang. Seorang lelaki yang sentiasa menjaga aku.
Namun aku masih begini.
Liar.
"Ye bang. Kenapa?"
"Abang nak tanya. Kamu ada marah Im ke semalam?"
Aku mula mengeluh.
Takut semua rahsiaku terbongkar.
"Im mengadu kat abang ke?" Aku bertanya. Memandang tepat ke arah mata abangku tika ini.
Kenapa aku melihat anak mata abang seperti kecewa dengan sikap ku?
Jangan kata.....
"Im dah cerita semua."
Aku tersentak.
Berdesing telinga aku.
Gila adik aku seorang tu!
"A.... abang tahu?" Aku membuat muka terkejut. Sungguh. Perasaan ku sungguh tidak keruan masa itu.
"Semua abang dah tahu." Dia mengeluh panjang.
Aku hanya menundukkan kepala aku.
Tidak sanggup aku kehilangan abang aku.
Cukup lah adik aku buat aku macam ni.
Jangan abang aku!
"Kenapa Ad buat abang macam ni? Apa salah abang? Ad tahu tak aurat Ad pergaulan ad abang kena tanggung dosa tau. Abang dengan Im kena tanggung tau. Abang hairan mana silapnya abang mendidik Ad dari Ad 10 tahun hingga sekarang. Abang kecewa." Jelas sangat muka abang seperti ingin menangis.
Amarah aku memuncak. Tidak tahu kenapa. Mungkin ABC.
"Abang kalau taknak jadi abang Ad, takpalah biar Ad pergi dari sini. Jauh ke neraka. Tenang sikit hidup abang kan? Tak payah jaga adik liar macam Ad ni."
Kemudian aku terdengar gelas kaca terjatuh.
Pecah.
Aku dan abang memandang serentak ke arah bunyi itu.
Ibu.....
Aku melihat wajah ibu.
Menekup mulut sambil tersedu sedan menangis.
Adakah kerana aku?
"Ad...."
Aku sudah tidak tahan. Terus aku berlari ke arah bilik aku lalu mengunci pintu bilik.
Aku penat dengan dunia.
Penat!
*****
Akhirnya aku begini.
Keseorangan.
Aku sudah nekad.
Malam ini aku harus keluar dari rumah itu.
Aku sayang mereka.
Kerana sayang aku, aku ingin keluar dari situ.
Ingin mencari ketenangan.
Aku tidak boleh berputus asa.
Kau boleh, Adnie!
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...