"Kau?"
Akhirnya mereka bersua juga setelah tiga tahun tidak berjumpa.
"Mana kau pergi selama ni?" tanya Ilyasa. Sedih dan sayu.
Wanita itu hanya menunduk ke bawah. Cuba ditahan perasaannya ketika ini. Rindu?
"Aku dah berubah."
Tersentak wanita itu.
"Kau berubah demi siapa?"
Ilyasa memandang ke arah wanita itu.
"Allah."
Wanita itu tersenyum sinis.
"Kau tak patut sebut macam tu kalau kau berubah kerana Allah." kata wanita itu ingin berlalu pergi.
"Ainur." panggil Ilyasa.
Ainnur memberhentikan langkah namun tidak berpaling kepada empunnya suara.
"Kau. Tak rindu aku ke?"
Ainur menggeleng.
"Kau carilah Dia dulu. Assalamualaikum." kata Ainur lantas pergi meninggalkan Ilyasa.
Ilyasa meraup muka kasar. Pedih dengan kata-kata Ainur.
Ainur dah berubah.
*******
Masih ingat di dalam kepala Ilyasa saat pertama kali dia dan Ainur berjumpa. Di perpustakaan bandar.
Mata Ilyasa asyik memerhati kepada wanita yang sedang duduk tidak jauh darinya. Cantik.
Sehingga wanita itu ingin berdiri, Ilyasa lantas menegur wanita itu.
Sejak itu, mereka menjadi semakin rapat dan akhirnya bercouple.
Ainur seorang yang sangat dikenali dahulu di laman sosial. Dengan mukanya yang cantik ditambah dengan rambutnya yang lurus. Membuatkan mana-mana lelaki sentiasa ingin memilikinya.
Sampai pada suatu masa, Ainur menghilangkan diri dan membuatkan Ilyasa sentiasa ternanti-nati.
Baru sebentar tadi, mereka berdua terjumpa di masjid.
Ainur telah berubah menjadi yang lebih baik.
Bertudung labuh, sopan dan menjaga ikhilat.
Ilyasa bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi.
Terbit perasaan rindu itu. Cintanya terhadap Ainur masih mekar di hati.
"Bro." panggil Aizad.
Ilyasa terjaga daripada lamunannya.
"Ingat awek ke?"
Ilyasa diam. Lama.
"Share lah masalah. Aku boleh tolong insya allah." senyum Aizad.
"Aku dulu waktu tingkatan dua pernah couple dengan sorang perempuan ni. Nama dia Ainur. Tak lama tu, dia hilangkan diri dia. Aku tak boleh nak hantar chat sebab dia dah buang semua nombor dia. Tadi waktu kat masjid, aku jumpa dia. Dia dulu seorang yang freehair, sekarang aku tengok dia dah pakai tudung. Labuh pula tu. Aku tengok dia makin cantik. Apa aku nak buat ni?" keluh Ilyasa.
Aizad istighfar cepat-capat. Dia menarik nafas lalu menghembuskan semula. Sudah sedia untuk berbicara.
"Ilyasa. Kita ni semua manusia. Ada perasaan cinta serta sayang. Aku tahu dulu kau bagaimana. Kau sekarang dah berubah. Kau kena kuat. Kau kena lawan nafsu kau. Kau jangan terpesong semula. Kau kata dia dah berubah. Kau pun tengah berubah. Kau sepatutnya jaga mata. Kita sebagai kaum lelaki kena menundukkan pandangan tau. Kau suka dia, tunjukkan jalan yang benar. Cintakan yang Hakiki dulu."
Ilyasa mengeluh.
"Kawan, aku tahu susah. Susah nak move on. Aku tahu perasaan kita tak boleh bawa main. Kau, cuba kau dekatkan diri dengan Allah. Selalu pergi masjid sebab nak solat jemaah, jadi imam dan azankan. Insya allah kau lama-lama akan kenal erti cinta kepada Dia." kata Aizad panjang lebar sambil tersenyum manis.
"Thanks kawan. Kau memang sahabat yang boleh tolong aku waktu aku dah lemas dalam lautan dosa."
"Kita kawan beb. Takkan nak tengok kawan sendiri mati lemas."
Ilyasa senyum semangat. Dia akan cuba untuk melupakan Ainur. Ya, dia tahu dia sakit kerana terpaksa memendami perasaannya. Tetapi perasaan Allah? Kenapa kita harus lupa perasaan si Pencipta? Sedangkan Sang Pencipta tidak pernah berhenti mencintai kita.Alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di bumi.
Akhirnya mereka berdua bersalaman untuk pulang ke rumah masing-masing.
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...