Adnie pov
Aku berehat di rumah peninggalan arwah mak dan ayah aku.
Nasiblah abang pernah bagi kunci rumah ni dekat aku.
Kepercayaan abang dekat aku tandanya.
Tapi aku menghapuskan kepercayaan abang dalam sekelip mata.
Aku mengeluh.
Aku terus berjalan ke arah bilik arwah mak dan ayah.
Terus-terang, aku ni adalah seorang anak orang kaya. Anak dato.
So bagi aku rumah ni agak besar kerana mempunyai tiga tingkat.
Aku tidak pernah membanggakan aku ni seorang anak tan sri.
Tidak pernah.
Suatu hari aku dikhabarkan mak dan ayah ku terlibat dalam kemalangan.
Luluh habis jantungku.
Ketika itu aku berumur 10 tahun.
Sejak kejadian itu, kami tiga beradik duduk di rumah peninggalan arwah.
Walaupun ada yang ingin menjaga kami, kami menolak.
Tidak bersedia.
Tujuh tahun kami tinggal bersama.
Makan minum abang yang tanggung.
Almaklum abang ku bekerja untuk mengambil alih syarikat ayah walaupun umurnya begitu muda.
Sehinggalah ada ibu bapa yang ingin mengambil kami menjadi anak angkat.
Yang mengambil kami adalah dato dan datin.
Sama seperti mak ayah kami.
Ok back to the realiti.
Aku menuju ke almari emakku.
Aku rindu mereka.
Teramat sangat.
Aku membuka almari emak.
Aku melihat baju-baju emak.
Dari baju kegemaran emak, baju yang dihadiahkan oleh ayah dan baju daripada aku untuk emak.
Oh rindu.
Aku menangis di situ.
Kerinduan ini tidak terubat.
Sedang aku menangis, aku perasan..
Ada sesuatu di bawah baju mak!
Takkan bom?!
Dengan perasaan takut, aku membelek baju mak dan ambil sebuah beg.
Beg apakah??
Ada tiga beg.
Aku mengambil ketiga-tiganya.
Terdapat nama kami adik beradik.
Aku mengambil beg yang bertulis nama ku.
Lalu aku membuka dengan perlahan.
Yerlah mana tahu bom.
Tak pasai pfft.
Aku terbeliak.
Apakah?!!
Banyak gila kot duit.
Aku mula bimbang.
Takkan hutang mak?
Aku mengambil sekeping kertas yang agak putih kekuningan menunjukkan ia sudah lama ditinggalkan.
Aku membaca..
Untuk puteriku Adnie Azfira.
Assalamualaikum puteri kesayang mak.
Mak ada hadiah untuk sayang.
Sayang mesti suka kan?
Tapi mak tahu, kamu tak suka duit banyak-banyak. Sebab takut riak kan?
Kalau Ad dah jumpa beg ni, alhamdulillah Allah dah beri kepercayaan dekat Ad.
Allah dah tahu Ad akan jadi seorang yang bertanggungjawab.
Adnie sayang..
Duit banyak-banyak ni wasiat mak dan ayah untuk kamu adik beradik.
Semuanya berjumlah 2bilion.
Ad kalau rasa nak guna sangat duit ni, Ad pakai. Ni dah jadi hak Ad tau.
Ad, mak nak pesan..
Jangan pernah lupa apa yang mak pesan.
Gunakan harta ke jalan Allah.
Mak tahu Ad suka bersedekah.
Ad, jangan pernah tinggal solat.
Jangan pernah lupa baca Al quran.
Jangan lupa doakan kami di 'sini'.
Sedekahkan kami Al fatihah.
Adnie Azfira, jangan lupa Allah dan baliklah ke pangkuan jalan.
Sayang emak♥
Aku menangis tersedu-sedan.
Mak..
Kalau mak tahu Ad macam mana sekarang, mak mesti kecewa.
Mak..
Adnie dah berubah mak.
Adnie bukan budak yang berumur 10 tahun.
Itu tujuh tahun yang lepas.
Ad dah banyak berubah sejak mak dan ayah pergi.
Ad tak boleh terima.
Mak..
Ad selalu tinggal solat.
Buka aurat.
Tak baca Alquran.
Dan yang paling mak akan kecewa..
Ad sentiasa lupa mendoakan mak dan ayah.
Mak..
Maafkan anakmu ini mak.
Anakmu yang dulu bukan lagi seperti dulu.
Mak..
Ad minta maaf mak.
Aku terus menangis di birai katil mak dan ayah.
Aku kecewa dengan diri aku.
********
Aku membuka mata.
Tidak sedar sudah pagi.
Aku tertidur rupanya malam semalam.
Aku turun dari katil untuk mandi.
Aku melihat beg yang aku ambil semalam.
Aku menyimpan beg abang dan adik aku ke dalam almari balik.
Beg aku, aku menutup kemas.
Aku ingin pergi jauh dari sini.
Setelah spm aku akan pergi.
Hanya tinggal dua hari lagi spm.
Biar lah aku tidak study.
Aku perlu mengubah diri aku dahulu.
Ya aku mesti berubah!
******
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...