Ilyasa melihat ke arah suatu rumah banglo tersergam indah di hadapannya. Sungguh, besar benar rumah keluarga Ainur.
Sedang asyik memerhati, seorang pakcik tua menegur lembut Ilyasa.
"Kamu cari siapa nak?"
Ilyasa terkejut. Dia mempamerkan senyuman kepada pakcik tersebut.
"Ainur ada pakcik?"
"Ooh Ainur. Mari-mari masuk. Dia ada kat dalam. Kebetulan pakcik baru balik dari masjid. Eh, bukan kamu yang jadi imam tadi?"
Pakcik tua tersebut menghulurkam tangan untuk bersalaman. Mesra sungguh pakcik ini.
"Haah saya yang jadi imam tadi." Kata Ilyasa sopan cuba bermah mesra.
"Kejap ya. Pakcik panggil anak pakcik jap. Kamu duduk lah dulu." Kata pakcik tersebut lalu berlalu pergi.
Ilyasa hanya mengangguk sambil tersenyum. Walhal di dalam hati sudah mahu pecah. Sungguh mendebarkan untuk berjumpa kekasihnya dahulu.
Ilyasa memerhati rumah itu. Besar. Sangat besar. Dia berjalan ke arah gambar yang digantung di dinding.
Ainur bersama keluarganya. Ketika itu gambar Ainur sudah memakai tudung. Tampak lawa pada pandangan Ilyasa.
"Assalamualaikum."
Ilyasa menoleh ke belakang. Wanita yang menegurnya tempoh hari. Rindu belum terubat. Wahai hati, tanamkan lah perasaan ini. Jaga ikhilat, Ilyasa. Ingat tujuan kau datang kemari.
"Waalaikumussalam."
Ainur memandang ke arah kerusi.
"Baik, aku duduk." Kata Ilyasa cepat-cepat.
Ainur hanya tersenyum. Senyuman yang membuatkan Ilyasa kembali rindu.
"Kau apa khabar?" Tanya Ainur.
"Sihat alhamdulillah."
"Keluarga sihat?"
Ilyasa mengangguk.
"Kakak kau belajar mana sekarang?"
Ilyasa tersentak. Lupa, Ainur masih belum tahu tentang pemergian arwah kakaknya.
"Kakak dah meninggal. 3 bulan lepas." Jawab Ilyasa. Layu.
"Innalillah. Aku tak tahu. Maaf Ilyasa." Ucap takziah Ainur kepada Ilyasa. Sungguh, dia tidak tahu. Ya Allah, tabahkan hati dia.
"Tak apa. Kau tak tahu. Kau pula?"
Ainur senyum. "Ok je. Tapi, kau tahu kan cerita 3 tahun lepas?"
Ilyasa mengangguk.
Ainur hanya mampu mengeluh. Sungguh. Masih terngiang-ngiang di kepalanya saat mengingati kembali peristiwa yang amat memeritkan.
"Kau sangat hebat Ainur. Kalau aku, aku pasti hanya melutut di sejadah sepanjang hari."
Ainur memandang Ilyasa. "Apa tujuan kau kemari?"
"Nak tahu kisah lah. Apa lagi." Seloroh Ilyasa.
Ainur tergelak kecil.
"Sebenanya sebelum kemalangan, aku memang dah mimpi semua tu. Sebab tu aku buang nombor telefon aku pesemua. Sebelum aku nak solat taubat, aku dah kemalangan. Hikmahnya Allah nak kata, jangan melambat-lambatkan solat taubat. Sebab ajal ni tak tunggu kita."
Ilyasa mengangguk. Benar apa yang dikatakan oleh Ainur.
Susah berubah itu pasti kerana kita sudah lali dengan kesenangan dunia. Pahit hanya sekejap kerana manis itu di syurga yang abadi kelak.
"Kau mimpi apa sebelum kemalangan tu?"
Ainur mengeluh. Peritnya Masya Allah hanya Dia yang tahu.
"Aku mimpi aku dekat dalam liang lahad. Sempit sangat. Ada binatang bisa di mana-mana. Then aku mimpi pula terjumpa dengan seseorang yang berpakaian putih, mukanya berseri-seri tapi sungguh waktu tu aku nak pandang sahaja dia sebab aku terkaku. Adakah aku berjumpa dengan Rasulullah? Masya Allah. Sungguh, Allah masih beri aku hidup harini untuk aku bertaubat kepadaNya."
Ilyasa mendengar dengan sepnuh jiwa dan raga.
Untungnya wanita ini. Sungguh bertuah. Allah, semoga aku dapat berjumpa Rasulullah di syurga kelak.
"Ainur."
Ainur memandang.
"Kalau aku ajak kau bertunang selepas spm, kau nak?"
Ainur senyum. "Kau dah fikir masak-masak?"
Ilyasa diam.
"Ilyasa, aku bukan tak suka kau. Cukuplah dulu kita dah buat banyak maksiat. Aku tahu kau sedang berubah. Aku pun macam tu. Kalau kita sedang berubah, jangan kita alihkan pula hati kita ni dekat orang lain."
Ilyasa masih diam.
"Bila hati kita hanya untuk Allah, hati kita betul-betul kerana Allah, cintakan Dia dulu. Lepas spm terlalu awal sebab kita belum matang. Biarlah lambat kau nak masuk meminang, aku tak kisah. Asalkan kita cinta Allah dulu."
Ilyasa memandang Ainur. Wanita ini memang dah berubah. "Kau tak sudi ke?"
Ainur senyum. "Biar Allah yang tentukan. Kalau kau masih degil dan betul-betul series, kau fikir baik-baik. Minta petunjuk Allah."
Ilyasa akhirnya tersenyum. Kagum dengan perubahan Ainur.
Setelah lama berdiam diri, Ilyasa meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Eh, awalnya. Taknak minum?"
Ilyasa menggeleng. "Takpalah. Lepas ni nak bersiap ke masjid pula."
Ainur mengangguk. Senang hatinya Ilyasa juga mula berubah.
Setelah bersalaman dengan ayah Ainur, Ilyasa lanyas keluar dari banglo tersebut.
"Ilyasa!"
Ilyasa menoleh.
Aizad.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Aizad.
"Jumpa kawan lama."
"Ainur ke?"
Ilyasa memandang Aizad pelik.
"Kau kenal?""Sepupu aku."
Ilyasa memandang Aizad sengan kecewa sekali. Ilyasa lantas mengambil langkah untuk pulang.
Aizad pelik. Dah kenapa?
Aizad hanya memerhati derapan langkah Ilyasa yang semakin jauh hilang dari pandangannya.
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...