"Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anak. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah.
Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya untuk berbuka."
Ilyasa dengan tekunnya mendengar kisah Salahudin Al ayubi yang terkenal dengan pembuka Baitulmaqdis suatu ketika dahulu.
Ustaz yang menceritakan di hadapan makmum-makmum, dengan semangatnya ingin menyemai sifat-sifat yang ada pada Salahudin kepada semua orang yang berada di situ.
Biar menjadi satu inspirasi buat pemuda-pemuda yang mengunjungi masjid pada waktu maghrib ini membuka mata.
Betapa dunia sedang sarat dengan maksiat yang berleluasa.
"Nak islam menang, pastikan diri rajin untuk ke masjid pada waktu subuh."
Ayat itu berulang kali bermain di kepala Ilyasa.
Nak islam menang, mesti ke masjid pada waktu subuh.
"Jadi setakat ni saja ceramah saya pada hari ini. Kita berjumpa untuk kuliah subuh esok pulak.."
Ilyasa hanya memerhati ustaz yang memberi ceramah tadi bangun daripada kerusi dan mengambil saf di tempat imam. Barangkali imam pada waktu isyak pula.
Kelihatan seorang pemuda sedang berjalan ke arah mikrofon untuk mengazankan waktu isyak.
"Allahuakbar Allahuakbar."
Begitu lunak suara pemuda tersebut.
Ilyasa menghayati satu per satu kalimah suci yang diazankan oleh pemuda tersebut.
Begitu lama Ilyasa tidak mengalunkan kalimah-kalimah azan. Terlalu lama. Seingat dia, kali terakhir dia ke masjid adalah setelah ibunya meninggal dunia. Ya, terlalu lama dia telah meninggalkan rumah Allah. Terlalu lama dia tidak tawadhuk menghadap Tuhannya dengan penuh ikhlas. Mungkin masih terkesan dengan kematian ibunya.
Ilyasa menunduk rendah. Sedih benar dia melihat dirinya.
"Hayya ala solah.
Hayya ala solah.
Hayya alal falah
Hayya alal falah."
Nak berjaya, tunaikan solat.
Tertitis jua air mata di sebalik muka yang sedia tunduk. Kecewa dengan diri sendiri. Dia gagal untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat.
Ilyasa sedikit tersentak apabila budak yang berada di sebelahnya menyiku sikunya.
Ilyasa kembali tersenyum. Menyorok wajah sedih daripada budak tersebut.
Mereka berdua bangun dari posisi duduk. Ingin memulakan solat.
"Kenapa abang nangis?"
"Eh. Manada aku nangis. Kau salah tengok tu dik. Haa, dah dah solat."
Budak itu mengerutkan dahi.
Aduh orang tua ni, kecik-kecik dah menipu. Aik kecik?
"Allahuakbar.."
Ilyasa ingin khusyuk dalam solatnya. Menyerah diri sepenuh hati menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Ikhlas dengan sebenar-benar tawadhuk.
*******
"Siapa budak tu?" Tanya Adam setelah melihat Ilyasa melambai ke arah budak yang sedang berjalan pulang ke rumah bersama ayahnya.
Ilyasa diam sambil tersenyum. Dia menurunkan tangannya yang dari tadi melambai ke arah budak tersebut.
Benar. Percaturan Tuhan itu indah.
Kalau tak kerana budak tu, mungkin dia tiada semangat untuk ke masjid.
"Abang, saya nak pesan. Walau siapapun yang pergi dari hidup abang, kuatlah kerana Allah. Sebab Dia sayang."
Ilyasa diam. Tiada respon.
Budak tersebut mengeluh. Kecewa kerana tiada sebarang respon daripada Ilyasa.
"Bang.."
Budak itu memegang kaki Ilyasa. Ilyasa mennduk ke bawah untuk melihat budak tersebut.
"Hidup ni turun dan naik. Macam yang kat hospital tu. Bunyi nadi kita turun dan naik. Macam tu juga hidup kita. Kalau mendatar je, tandanya nadi kita mati."
Tersentak Ilyasa.
'Aku sayang kau, budak.' Kata-kata itu tak mampu diungkap. Cuma mampu menjerit di dalam hati. Kerana ego, tembok antara sayang itu terbina. Bahaya.
Budak itu perlahan-lahan menarik tangannya daripada memegang kaki Ilyasa. Berkira untuk pergi.
"Jumpa kau esok, budak."
Budak itu berpaling kembali melihat Ilyasa yang sedang tersenyum ke arahnya.
Budak itu cuma mengangguk dan tersenyum. Lalu melambai ke arahnya. Kemudian laju meluru ke arah ayahnya yang sedang berdiri di hadapan pagar masjid.
"Ayah, tunggu Rid!"
Kelihatan budak itu berlari anak ke arah ayahnya yang sedang menunggunya.
Ilyasa mengangkat tangan melambai ke arah ayahnya yang sedang tersenyum ke arahnya. Ayahnya turut mengangkat tangan,melambai ke arah Ilyasa.
"Woi. Senyum senyum. Aku tanya tak jawab."
Ilyasa berpaling menghadap Adam.
"Kau, ada masa tak?"
Adam tahu, Ilyasa jarang sangat hendak bercakap dengannya setelah kematian ibu mereka. Payah sangat.
Adam mengangguk. Adam terlupa sebentar yang dia tengah merajuk dengan adiknya. Biarlah. Demi adiknya, dia ketepikan. Kerana cinta terhadap adiknya terlalu dalam.
********
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...