Ilyasa duduk di surau sambil memandang ke arah sejadah yang tersusun kemas di rak.
Terasa dirinya begitu kotor kerana sudah lama tidak bersujud pada tuhan.
Kalau dahulu ada ayah yang sentiasa menjaga solatnya. Namun kini mendapat ayah tiri menjadikan dia sama sepperti sampah masyarakat itu.
Ibu.. Kenapalah ibu terlalu buta memilih pengganti yang salah.
Tidak cukupkah apa yang dia sudah buat kepada ibu selama ini?
Begitu hancur hidup Ilyasa kini tanpa tuhan disisi.
Baru dia hendak memetik api untuk menyalakan batang rokok, tiba-tiba kedengaran derapan kaki yang masuk ke dalam surau itu.
Adam.
Terpaku seketika Ilyasa. Sudah lama dia tidak menyapa jejaka tersebut. Begitu rindunya.
Batang rokok segera dia buang ketepi. Adam yang disangka tidak sedar kehadirannya terus masuk ke ruang wuduk.
Ilyasa hanya memerhati si abang melakukan kerjanya. Buat apa abangnya kemari? Nak jadi macam mamat kopiah ke?
"Kau dah lama ke kat sini?" tanya Adam setelah menyedari Ilyasa yang dari tadi memerhatikannya. Bukan dia tidak tahu yang Ilyasa mahu merokok sebentar tadi. Cuba mengawal emosinya dengan mengambil wuduk.
Niat Adam sengaja untuk memeriksa adiknya. Dia juga rindu kepada adiknya itu. Sudah lama tidak bersembang sejak kematian arwah kakaknya.
"Lama lah juga. Dari pagi." jawab Ilyasa sambil tersengih.
Adam duduk di hadapannya. Ingin bersembang setelah lama tidak bertegur sapa.
"Kau apa khabar?"
"Baik je."
Sunyi sebentar.
"Kau nak kekal macam ni ke?"
Ilyasa mendongak sedikit kepalanya untuk melihat wajah abangnya.
"Maksud kau?"
"Kau nak kekal jahil ke?"
Ilyasa diam. Makan hati.
"Kau nak kekal bodoh ke?"
Ilyasa hanya mendengar. Ditunduk sedikit kepalanya. Malu.
"Kita adik-beradik. Tak payah malu antara kita. Kau share je problem kau dengan aku. Aku boleh tolong. Aku dah lama redha dengan kematian arwah kakak. Jom buka buku baru." Adam menepuk bahu adiknya yang sedang menunduk.
Perlahan-lahan Ilyasa mendongak kepalanya. Dilihat abangnya sedang tersenyum ke arahnya.
Rindu. Sukar ditafsir betapa rindunya dia kepada abangnya.
"Adam. Aku....."
"Kau kenapa?"
"Aku takut."
"Kau takut apa? Hantu?"
"Bukan. Aku takut nak berubah. Kau tak rasa malu ke ada adik macam aku? Cikgu-cikgu semua panggil aku sampah masyarakat. Kau pula pelajar terbaik dekat sekolah ni. Ibu pula usahawan yang berjaya. Aku? Bodoh. Masyarakat tak pandang aku. Kalau aku berubah pun, ramai yang menganjing aku."
Kedengaran sebak di telinga Adam. Dia hampir menitiskan air mata mendengar pengakuan Ilyasa.
Cuba kau hidup dalam kehidupan Ilyasa. Orang tak pandang kau dan suka hina kau sebab kau bodoh. Kau rasa hidup berbaloi ke kalau kau berubah sekalipun? Orang makin hina.
Adam mengemas sedikit kedudukan asalnya kepada lebih bersedia.
"Kau kisah ke orang cakap semua tu?"
"Mestilah. Aku ni manusia. Bukannya patung. Aku ada hati ada perasaan. Aku bukan binatang. Aku manusia."
Ilyasa mengawal emosinya yang hampir menangis.
"Ilyasa, calm down. Aku rileks kan kau. Ok macam ni. Kau tahukan syurga tu mahal?"
Ilyasa mengangguk.
"Allah sayang kau. Allah uji kau supaya kau terus matang dalam pelbagai keadaan. Kau rasa Allah bagi kau hidayah ke tak?"
"Tak lagi."
"Mana kau tahu? Hidayah tu rahsia Allah tau."
Ilyasa mengangguk seperti budak kecil yang sedang mendengar kata-kata gurunya.
"Sekarang mungkin hidayah Allah. Kita tak tahu."
Ilyasa diam. Betapa kosongnya fikiran dia ketika ini.
"Allah tak sayang aku ke? Kenapa dia uji aku macam ni? Kau sangat disukai ramai. Aku? Takde orang pun pandang aku."
"Tak. Allah sayang kau Ilyasa. Tak baik cakap macam tu. Istighfar balik. Allah sayang kau sebab tu Allah selalu utuskan kawan-kawan kau dan aku untuk terus bagi kata-kata semangat untuk kau berhijrah."
Ilyasa diam.
Adam memandang Ilyasa lama. Tidak sedar yang dia sedang menghampiri Ilyasa lalu memeluk tanda sayang.
Ilyasa rindu. Rindu yang teramat terhadap abangnya serta arwah kakaknya.
Abang, tunggu aku berubah tau. Aku janji aku akan berubah!
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...