bab 23

100 7 2
                                    

"Kenapa kau still tak berubah?!"

Adnie hanya menunduk. Dia malu.

"Aku ingat kau duduk jauh, kau nak berubah. Sangkaan aku meleset. Kau, dengan ustaz tak guna tu, sama je. Korang berdua boleh blah lah." kata Ilyasa turun naik nafasnya mengherdik wanita yang selama ini dicintainya.

Kenapa semua tak habis-habis nak merobek hati dia. Kenapa?

"Mak aku mati haritu ada kau nak datang? Ada?! Arh kau, aku muak ah tengok muka kau. Berubah konon. Pui lah."

Adnie sudah tersedu-sedan menangis kerana diherdik sebegitu.

Azam hanya diam. Ya, dia yang bersalah membawa Adnie ke situ. Salah dia.

"Aku kecewa dengan kau. Aku harap aku dah tak jumpa makhluk macam korang dua. Dan kau Azam, belajar agama tinggi-tinggi, benda haram.juga kau buat. Bodoh. Assalamualaikum." Ilyasa meninggalkan mereka berdua di tempat itu.

Aizad hanya menuruti langkah Ilyasa. Dia juga tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Mujur dia terdetik hati ingin mengekori mereka berdua ke hotel tersebut.

Dapat juga dia lihat kebenaran yang disembunyi oleh Adnie dan Azam.

Ah sungguh, dia kecewa dengan Adnie.

Aizad yang kebetulan tadi ternampak Adnie bersama seorang lelaki memasuki hotel, cepat-cepat mengekori mereka berdua sehingga Aizad terpaksa menelefon Ilyasa takut-takut dia silap tengok.

Rupa-rupanya Aizad tidak salah tengok. Ilyasa terus merempuh pintu bilik yang dimasuki oleh dua orang itu sebentar tadi.

Alangkah terkejutnya Aizad melihat kejadian itu. Apatah lagi Ilyasa.

Ilyasa apa lagi. Telefon pihak jabatan agama lalu memarahi perbuatan bodoh Adnie dan Azam.

Aizad tumpang sedih buat sahabatnya.

"Dahlah Ilyasa, jom kita singgah makan dulu."

"Ah kau. Aku tengah sedih macam ni, boleh pula kau ajak aku makan. Aku makan juga kau karang."

"Aduh. Kau tu seharian tak makan sebab kerja. Jom ah."

"Baik kau risau diri kau sebelum aku lempang kau."

"Berani ke kau nak lempang?"

Mereka terus meluru ke arah kereta yang yang terletak tidak jauh dari hotel tersebut.

"Kau jangan sampai aku lempang betul."

Aizad mengambil tempat duduk pemandu kerana dia tahu, dalam api kemarahan Ilyasa tu boleh mati mereka berdua malam nanti kalau Ilyasa yang memandu.

Mereka berdua akhirnya masuk ke dalam kereta. Namun masih belum bergerak.

"Woi gerak ah." pinta Ilyasa.

"Jap."

"Awat?"

"Kalau kau jadi Azam, kau mesti nak explain kan?"

Ilyasa diam. Ada betul kata Aizad. Tetapi dia tidak mahu persoalkan lagi tentang kejadian tadi. Cukuplah.

"Dahlah Zad. Aku malas nak fikir. Dia tu sepupu aku. Aku kenal Azam macam mana. Ah kecewa aku. Dah lah. Jom balik."

"Tapi kenapa dia tak cakap apa-apa tadi?"

"Ah kau. Solat maghrib pun belum. Baik kau pandu kereta ni pergi cari masjid. Aku rindu nak pergi masjid."

Aizad tersengih. Lupa pula dia mereka masih belum solat. Astaghfirullah. Malu pun ada.

Lalu mereka memecut laju keluar dari tempat yang penuh memori di situ.

Target kita, Syurga!Where stories live. Discover now