"What?! Asal doe kau emosional sangat?" Tanya Adnie terkejut setelah Ilyasa menceritakan hal semalam.
"Aku sendiri tak pasti lah Adnie. Tiba-tiba macam ABC lak hehe..."
Pak!!
"Sakit lah ngok!" Jerit Ilyasa kesakitan sambil mengurut kepalanya.
Adnie melemparkan senyuman mengejek. Tahu pun!
"Dahlah pakai kotak pensil aku agak-agak lah sayang ooi!"
Adnie membuat muka.
"Sapa sayang kau?" Tanya Adnie sambil membuat muka.
Ilyasa hanya menjelir lidah.
"Aku rasa better kau pergi minta maaf. Dahlah tak pasai datang ABC nak marah-marah sian Aizad." Kata Adnie perlahan sambil mengerling ke arah Aizad. Kesian.
"Huh. Lambat lagi lah nak minta aku say sorry."
Adnie hanya menggelengkan kepala. Keras kepala betul Ilyasa ni.
"Tak baik lah bermusuh. Syaitan tepuk tangan."
Haih. Ni yang tak suka ni. Bentak Ilyasa.
"Yelah. Nanti aku cakap."
Good! Sayang juga kau kat aku ye Ilyasa bahahaha.
*****
Adnie pov
Aku berjalan menuju ke taman.
Sorang.
Sengaja ingin mengambil angin.
Entah kenapa hati aku rasa tidak sedap hati dari tadi lagi.
Sedang aku termenung, aku perasan seseorang yang sedang berjalan melalui aku bersama seorang wanita sambil memeluk pinggang.
Ya. Sangat mesra.
"Imran?"
Lelaki itu memusing. Riak muka yang amat terkejut lalu melepaskan tangannya dari memeluk gadis di sebelahnya.
"Im, who is this?" Tanya gadis sebelahnya dengan lagak gedik. Fuh seksi bai.
"Sha, pergi duduk dekat sana. Nanti I datang." Kata lelaki itu.
Setelah lelaki itu dan aku sahaja yang tinggal, aku mencebik.
"Im buat apa ni?"
Lelaki yang dipanggil Imran itu menunduk.
"Im, kakak tanya."
"Im..."
Sunyi.
Aku mengeluh. Kenapa jadi begini?
"Kakak tak ajar Im jadi macam ni."
"Kakak tak boleh buat Im macam ni dah. Im bukan budak kecil lagi!" Tiba-tiba amarah Imran menaik. Apakah?
"Im, kakak tak pernah ajar Im tinggikan suara dekat kakak." Aku juga sama naik.
Dia mencebik dan tersenyum sinis.
"Itu dulu kak. Sekarang zaman berubah." Dengan lantangnya melawan aku.
Aku? Sakit hati.
"Zaman berubah tapi kakak tak pernah ajar Im berubah."
"Well, Im ajar diri ni untuk berubah."
Aku? Seperti ada yang merobek hati ku. Pedih!
"Kenapa Im?" Aku rayu. Ditahan air mata yang ingin terjatuh.
"Sebab Im serabut serabai kakak kongka Im. Im benci!"
Aku? Pelik dan hairan. Bila masa aku kongka?
"Bila masa kakak kongka?"
Dia memeluk tubuh sambil tersenyum mengejek.
"Kakak tak ingat? Dulu Im bawa kawan perempuan Im datang, akak marah kan. Kawan perempuan Im lawa pakai tudung. Tapi akak tolak. Sekarang akak nak tolak perempuan yang sama taraf dengan kakak?"
Pang!!
Aku menampar adik aku di situ. Mujur tiada orang lalu.
"Kau fikir aku siapa? Aku kakak kandung kau Imran! Mana rasa hormat kau pada aku?! Takkan sebab sorang perempuan kau sanggup lukakan hati kakak kandung kau yang seorang ni!"
Dia gelak. Gila.
"Huh. Kau tahu mak ayah kita dah mati. Kita duduk dengan keluarga angkat. Kau nak yang terbaik untuk aku tapi kau tak pernah tanya apa yang terbaik untuk aku. Aku memang cukup benci perempuan macam kau walaupun aku dah takde mak ayah. Benci tengok muka pura-pura kau. Kau ingat aku tak tahu kau tu macam mana? Sejenis dengan perempuan dekat sana tulah!" Dia menengking aku sambil menunjukkan jarinya ke arah gadis yang bersamanya tadi.
"Apa kau ingat aku suka dengan perempuan sejenis kau ni? Seksi tak tahu malu dedah aurat sana sini. Kau ingat aku tak tahu yang kau selalu pergi kelab malam. Kau ingat aku tak tahu dah berapa ramai lelaki yang kau dah ada selama ni. Aku ni tak bodoh lah. Kau nak yang terbaik untuk aku sedangkan diri kau tu tak sama dengan aku. Kau blah lah. Aku benci kau!" Bentak Imran mengeluarkan segala isi hatinya.
Aku tersentap. Ya benar apa yang dikatakan oleh adik aku tu. Jahil macam aku ni ada nak jadi pendidik walau untuk adik sendiri?
"Kakak nak yang terbaik untuk Im." Kata aku perlahan sambil menitiskan air mata.
"Tak perlu berdakwah kalau diri masih macam tu. Kau baik depan je. Belakang macam setan." Imran pergi meninggalkan aku.
Cukup.
Aku penat.
Penat dengan dusta dunia.
Aku nak pergi.
Pergi dari dunia.
Aku menutup mata aku sepejam-pejamnya.
Menangis sendiri sambil merenung diri yang jahil ini.
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...