Ilyasa datang ke sekolah seperti biasa. Lewat. Tahu dirinya lewat ke sekolah. Sudah biasa. Itupun dia tidak ikut pintu hadapan. Dia sentiasa masuk ikut pintu belakang.
Pegawal sekolah pun tidak berani menegur Ilyasa. Ada Ilyasa pergi sorokkan tayar motosikal pengawal sekolah itu. Aduh, susah.
Ilyasa senyap-senyap memasuki kelasnya walaupun tahu ada guru dihadapan.
"Sampah masyarakat macam kamu tak usah ke sekolah." kata Pn Asma.
Ilyasa hanya membuat muka toya. Malas dilayan. Tetapi dia pun selalu tertanya-tanya. Buat apa dia pergi ke sekolah sedangkan dia sendiri tidak belajar di sekolah.
Kringgggggg!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula. Ilyasa pantas mencari rakannya yang sedang sibuk mengemas beg.
"Kau buat apa kemas beg? Rehat lah sengal."
"Kau ni buat bodoh pula. Ada benda haram aku bawa."
"Ceh tahu haram bawa juga."
"Cakap macam kau tak hisap."
Mereka berdua gelak. Mereka terus berjalan meninggalkan kelas dan pergi ke belakang bangunan blok Raja. Biasalah. Jual benda terlarang.
*******
Dushhhh!
Kuat bunyi hempasan pintu surau itu. Seperti hampir tercabut akibat hempasan daripada Ilyasa.
Geram dan kecewanya tidak sudah apabila terkantoi oleh abangnya sendiri tadi. Jelas kelihatan riak kecewa dari muka abangnya setelah ternampak Ilyasa menjual rokok dan menghisap rokok di belakang blok Raja itu.
Ilyasa meraup muka menahan marah. Dia membaringkan badannya dan cuba untuk tidur.
"Ponteng kelas ke?"
Ilyasa terkejut lalu bangun daripada baringnya sebentar tadi. Mamat mana pula yang menegur dia pada waktu pelajar semua sedang belajar? Setahu dia, surau ini jarang manusia hendak buat ibadah. Jarang sekali.
Direnung muka mamat dalam lingkungan awal 20-an itu yang sedang mengemas al quran yang berselerak di almari. Bersih. Berseri. Rindu kepada kakaknya yang kini sedang menunggunya di syurga.
"Siapa kau?" tanya Ilyasa kasar.
Mamat itu tidak menjawab sebaliknya pergi ke tempat wudhuk. Ilyasa mengekorinya dari belakang.
"Kau nak buat apa ni? Mana boleh mandi sini." Kata Ilyasa.
Mamat itu ketawa kecil.
"Aku nak ambil wudhuk lah."
Ilyasa mengerutkan dahi. Sekarang baru pukul 11. Apa kejadah nak solat pagi-pagi buta ni?
"Kau tak reti tengok jam ke? Zohor lambat lagi."
Mamat kacak itu memandang Ilyasa. Lama.
"Kau ok tak?" Takut Ilyasa mamat itu memandangnya seperti ingin memakannya.
"Solat dhuha lah beb. Jomlah join."
Dhuha?
"Apa tu dhuha?" tanya Ilyasa bingung.
Mamat itu memberi sekuntum senyuman kepada Ilyasa.
"Solat sunat Dhuha ni banyak ganjaran dia tau. Antaranya Allah akan murahkan rezeki kita jika kita buat solat ni."
Ilyasa mengangguk.
"Aku tengok kau ni macam ada masalah je." kata mamat kopiah tu.
Ilyasa diam.
"Syurga nanti kita dah tak ada masalah."
Ilyasa tersentak. Cuba memahami ayat Mamat Kopiah.
"Apa maksud kau?"
"Jom, kita jumpa Allah dulu. Baru hati tenang. Pastu aku cerita kat kau."
Ilyasa membuka pili air. Sudah lama dia tidak mengambil wudhuk.
"Mamat."
"Apa?"
"Ajar aku ambil wudhuk." kata Ilyasa sambil tersengih.
Mamat Kopiah menepuk dahi. Sabar jelah.
*******
"Assalamualaikumwarahmatullah."
Setelah membaca doa, Ilyasa merenung sejadah. Sudah lama dia tidak menghadap Tuhan. Sudah lama dia tidak sujud kepada Tuhan. Kali terakhir dia ingat, sewaktu dia darjah tiga ketika solat ramadhan apabila ayahnya mengajak dia untuk ke masjid. Ya, dia rindu ayah.
"Allah tak sayang aku ke? Kenapa satu-satu Dia tarik orang yang paling aku sayang? Lepas ayah, kakak. Dan sekarang Adam pula cuba jauhkan diri dari aku. Semua nak sisihkan aku. Aku tak nak mak aku pula tinggalkan aku. Aku taknak." Ilyasa berkata perlahan namun sempat didengari oleh Mamat Kopiah.
"Sebab dunia tempat kita diuji seperti disakiti." Perlahan Mamat Kopiah berkata.
Ilyasa memandangnya.
"Aku tak faham."
"Sebab Allah masih ingat kau. Allah masih sayang kat kau. Dia tak nak hambanya lalui sorang-sorang. Kau sujud kat Dia, kau cuba share masalah kau kat dia. Allah sahaja yang tahu jawapannya."
Ilyasa mengangguk tanda faham.
"Dunia memang tempat kita disakiti. Allah uji kita sebab dia tahu kita mampu untuk lulus ujian dia dengan cemerlang. Kat syurga tak akan ada semua masalah ni."
"Kenapa?"
Mamat Kopiah tersenyum.
"Kau fikir kenapa Allah tak jadikan dunia ini seperti syurga?"Ilyasa memikir. Ah, dengan fikirannya yang serabut sekarang mamat ni nak suruh aku fikir pula.
"Tak tahu."
"Try lah." pujuk Mamat Kopiah.
Ilyasa rimas. "Dahlah. Kalau kau taknak bantu aku, pergilah syurga sorang-sorang. Kau ahli ibadah confirm ke syurga. Aku boleh jejak neraka jahanam tanpa perlu ada kau."
Ilyasa bangun lalu pergi meninggalkan Mamat Kopiah dengan perasaan hampa.
Mamat Kopiah meraup muka. Ya Allah, patutnya kau kena faham situasi dia bukan mendesak dia. Mamat Kopiah menyesali perbuatannya sebentar tadi.
Inilah pendakwah apabila merasakan mereka bijak dan sentiasa cuba untuk berteka-teki apabila manusia terdesak ingin keluar dari alam jahiliyyah.
Pendakwah, muhasabah!
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...