bab 8

179 13 8
                                    

Adnie berjalan menuju ke kelas. Dengan lengan bajunya yang dilipat hingga ke siku, gula getah yang dikunyah serta beg yang disandang di bahu kanannya sudah tahu perangainya serupa bagaimana. Gedik.

Masih awal pagi. Tiada orang di kelas tersebut melainkan dia seorang sahaja. Adnie berjalan menuju ke tempat duduk yang kosong.

Setelah mengambil tempat, dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menyumbat earphone ke dalam telinganya. Fuh serupa budak kaya lagaknya.

Adnie Azfira. Nama yang cantik bak empunnya tuan. Lawa, anggun, cantik, putih dan pelbagai ciri seperti namanya. Anak Tan Sri. Lengkap sebagai seorang yang bernama Adnie Azfira.

Sedang bermain telefon bimbit, Ilyasa dan Aizad memasuki kelas tersebut.

"Jad, kau tengok tu. Mek mana pula duk tempat aku tu?" Tanya Ilyasa sambil menggaru kepala.

"Budak baru kot. Kau pergi 'halau' dia." Kata Aizad menekan perkataan halau.

"Kasar lah halau. Kau ni tengok aku buat ea." Ilyasa tidak faham erti halau yang ditekan oleh Aizad.

Aizad menepuk dahi. Ilyasa.. Ilyasa..

Mereka berdua berjalan menuju ke meja yang diduduki oleh Adnie.

"Assalamualaikum. Ni tempat aku ni."

Tiada jawapan. Adnie masih bermain telefonnya.

Kali ini Ilyasa mengetuk meja.

"Assalamualaikum."

"Eyh. Apa kacau-kacau ni...." Adnie tidak meneruskan kata-kata apabila melihat jejaka tampan di hadapannya. Dia lekas mencabut earphone dari telinganya.

"Ni tempat aku." Kata Ilyasa sopan sambil senyum ke arah Adnie.

"Oh yerke. Saya tak tahu. Erk sorry." Kata Adnie sambil bangun dan beredar dari tempat duduk Ilyasa.

Ilyasa dan Aizad duduk lalu menunggu ketibaan pelajar yang lain. Masih awal.

"Errk. Dekat mana lagi ya tempat duduk yang kosong?" Tanya Adnie sengaja mengusha Ilyasa.

"Kat depan sebelah kiri tu kosong. Duduklah." Kata Aizad.

"Oh thank you." Adnie terus mengosongkan tempat duduk di situ.

'Ish sibuk lah dia tu. Aku tanya si hensem. Bukan dia. Ish.' Detik hati Adnie. Takpe, baru first day.

"Semek." Panggil Ilyasa.

Adnie menoleh. 'Auch, jejaka panggil.'

"Lengan kau. Aurat." Ilyasa tidak lagi memandang ke arah Adnie sebaliknya berpura-pura melihat ke bawah.

"Errk. Okay." Adnie menoleh kembali. Malu ditegur oleh jejaka idamannya sendiri. Dia menurunkan kembali lengan bajunya seperti biasa. Blushing.

*******
Ilyasa berjalan ke arah kantin keseorangan. Aizad tadi ingin pergi ke tandas jadi dia pergi dahulu untuk mengambil tempat di kantin.

Ilyasa berjalan di koridor itu. Sedang dia berjalan, kelihatan beberapa orang kawannya dahulu yang sentiasa menghisap rokok bersamanya sedang menganggu Adnie.

"Ish. Aku nak pergi kantin lah. Jangan kacau aku." Kata Adnie sambil melepaskan tangannya dari Firaz.

"Lek ah. Aku bukan apa pun. Nak kawan je. Tak boleh ke?" Kata Firaz sambil memegang tangan Adnie.

Ilyasa yang memerhati cepat-cepat pergi untuk meleraikan semua itu.

"Raz, kau lepaskan dia. Dia nak pergi kantin tu." Kata Ilyasa. Sungguh, masa berlalu dgn cepat. Sudah lama dia tidak berhubung dengan gengnya sejak dia ditangkap oleh abangnya dahulu.

"Eh kau? Muncul mana ni. Lama doe tak jumpa meh join." Kata Firaz dengan ketawanya.

"Em mana nak muncul dah ada kawan baru." Sampuk Aidil dengan senyuman sinis.

"Sorry lah. Aku takde masa nak layan korang. Aku nak pergi kantin. Kau lepas minah ni." Kata Ilyasa bengang.

Adnie hanya memerhati. Aduh dahlah lapar kena mengadap buaya pula.

"Kau pergilah kantin. Aku nak 'date' kejap dengan si cantik ni." Firaz dengan buayanya memegang tangan Adnie.

"Ish kau ni tak faham bahasa ke. Aku nak pergi kantin lah. Lepas." Jerit Adnie.

Ilyasa meratap tangan Firaz. Geram benar dengan perangai kawannya itu. Dasar buaya biru.

"Jangan kacau perempuan bro. Kita lelaki ni kena macho sikit. Jaga macho tu kesiam bakal bini kau nanti." Kata Ilyasa lalu membawa Adnie pergi.

Firaz dalam keadaan terpinga-pinga dengan sikap drastik Ilyasa. Lain macam perangai Ilyasa sekarang.

"Kenapa si Ilyasa sekarang ni?" Tanya Firaz kepada kawan-kawannya.

"Berubah doe." Kata Aidil.

"Baik en." Sampuk Mirul.

"Ceh. Baik? Lambat agi. Kalau berubah tu memang dia mimpi dajal. Dah jom ah, operasi." Kata Firaz lalu berlalu dari koridor itu.

******

Adnie berjalan menuju ke arah meja yang diduduk oleh Ilyasa dan Aizad di kantin itu.

"Nak cakap...." Belum sempat Adnie menghabiskan kata-kata, Aizad menyampuk.

"Duduklah."

Adnie lantas duduk di hadapan mereka berdua. Lagipun memang sekarang dia mencari tempat duduk. Mujur ada dua orang ni.

"Em. Nak cakap terima kasih pasal tadi. Kalau tidak, tak tahulah macam mana tadi tu." Kata Adnie malu.

"Takper. Bagi aku, perempuan bukan untuk dikasari. Maruah perempuan mahal. Kau jagalah maruah kau tu baik-baik. Susah kau tu dahlah comel. Jangan perasan pula." Kata Ilyasa diiringi gelak ketawa.

Malu-malu Adnie. Mana taknya idola memuji.

"Kenapa pindah sini?" Tanya Aizad sengaja untuk berborak.

"Ayah ada kerja dekat sini. Dulu asal dekat Johor. Dekat sikit dengan rumah kat sini je depan masjid Zamubin." Kata Adnie.

Ilyasa dan Aizad mengangguk.

"Kau ada kawan tak lagi dekat sini?" Tanya Ilyasa.

"Takde lagi."

"Kau jadilah kawan kitorang. Kitorang ok je." Kata Aizad.

Ilyasa hanya mengangguk.

Adnie tersenyum.

"Thanks korang." Alhamdulillah dapat kawan. Tapi laki. Bolehlah sementara lagipun idola en. Adnie tersenyum simpul.

Target kita, Syurga!Where stories live. Discover now