"Weh kau jangan main-main." Menggeletar seluruh tubuh Ilyasa mendengar berita terkejut itu.
"Takkan aku nak tipu. Aku sendiri pergi majlis perkahwinan dorang pagi tadi."
Ilyasa rebah ke bumi. Katakanlah semua ini hanya mimpi.
"Salah aku ke?"
Aizad hanya mengeluh. Kalau mereka tidak call jabatan agama, semua ini takkan jadi macam ni. Tapi itulah yang terbaik sebenarnya. Agar fitnah tidak berleluasa.
"Bukan salah kau."
"Kau tahu kan? Aku suka dia dari dulu lagi."
Aizad hanya mendiamkan diri. Memberi masa kepada Ilyasa untuk meluahkan apa yang ada di dalam buku hati.
"Kenapa Zad. Kenapa Allah selalu tarik orang-orang yang aku sayang. Kenapa?"
Aizad menepuk bahu Ilyasa yang sudah menitiskan air mata.
"Aku masih ada, kawan. Adam masih ada di sisi kau. Aku akan sentiasa ada dengan kau."
Ilyasa mengelap air matanya. Perlahan-lahan dia bangun.
Aizad membantu Ilyasa untuk bangun. Lalu mereka berdua berpelukan sesama sendiri.
"Janji jangan tinggalkan aku tau."
"Ya aku janji."
Ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan jika kau saling mempercayai.
Buang ego.
Itu tembok yang paling bahaya dalam menjalinkan hubungan.
Kau sayang sahabat kau?
Ego pergi main jauh.
"Apani nangis-nangis ni. Kau fikir sweet ke?" Aizad mengusik.
"Ah diam lah kau. Bila masa aku nangis." Pintas Ilyasa sambil menyeka air matanya cepat-cepat.
"Kau tahu tak orang yang menipu ni orang yang...."
"Eyy benci aku dengan kau ni. "
"Iyeke benci? Bukan sayang ke?"
Ilyasa menunduk malu. Dasar kawannya yang satu ini.
"Blah ah. Aku nak makan."
Ilyasa pantas meninggalkan Aizad di ruang tamu. Malas dilayan kerenah kawannya.
"Oi. Dah malu tu malu jelah. Makan konon. Bukan tadi baru makan?" Usik Aizad lagi. Suka dia melihat Ilyasa yang malu-malu begitu. Bukan selalu ni.
"Dasar punya kawan." Jerit Ilyasa bergema rumah tersebut.
Riuh dengan suara mereka sahaja.
Ilyasa membuka peti. Ingin menggoreng sesuatu.
'Haa sudah. Takde apa ni. Nak ajak tak eh mamat sengal tu gi beli barang?'
"Hahahahaha."
Ilyasa menoleh ke belakang. Apa kena gelak sorang-sorang ni. Risau aku.
"Apahal gelak. Gila ke?"
"Gila-gila ni juga lah kawan kau." Aizad gelak lagi.
"Woi. Kenapa kau ni?"
"Aku lupa nak cakap makanan dah habis. Kena gi beli barang."
Ilyasa mengerutkan dahi.
"Dah kenapa gelak macam orang gila?"
"Kau tu. Comel."
Ilyasa menjauhkan diri daripada Aizad. Kunyit ke apa kawannya ini.
Aizad mendekati Ilyasa setapak demi setapak. Sengaja mengusik Ilyasa.
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...