bab 9

155 18 0
                                    

Adnie termenung seketika di Taman Setia. Mengingati beberapa peristiwa yang membuatkan dia sehingga kini gerun dan kecewa.

Sedang Ilyasa bersenam di taman itu, dia sedari Adnie sedang duduk di kerusi sambil merenung jauh.

"Assalamualaikum mek." Sapa Ilyasa.

Adnie terkejut. Ewah idola datang.

"Buat apa ni?" Tanya Ilyasa sambil mengambil tempat di hadapan Adnie.

"Tengah masak ni ha." Adnie membuat lawak yang dia pasti, hambar bagi semua yang membaca.

"Kau ada masalah ke?" Cungkil Ilyasa. Cuba untuk membuatkan Adnie selesa.

"Emm, takde lah. Saja." Adnie mengambil batu lalu dicampakkan ke tasik itu. Tenangnya tasik tidak setenang hati ini.

Ilyasa memandang lama Adnie. Dia ada masalah ni.

"Cuba cerita." Pujuk Ilyasa. Ilyasa tidak akan beredar selagi minah ni tak cerita masalah dia.

"Just teringatkan kawan lama. Dia dah berubah." Adnie membuka cerita. Ya, cerita lama yang tidak pernah selesai.

"Berubah macam mana?"

"Jadi baik."

Ilyasa senyum. "Oklah tu. Kenapa risau pula?"

"Panjang cerita dia." Adnie mengeluh. Hati, kenapa kau masih risau?

"Takpa. Slow-slow. Aku boleh dengar." Pujuk Ilyasa.

Sweetnya lahai pakcik ni. Eh pakcik? Abang kayh hihi.

"Dia dulu macam saya. Cuma dia lagi liar lah. Dia tak pakai tudung, seksi tapi bagi saya, hati dia baik. Suatu hari, dia hilang. Tak dapat jejak dia, nombor telefon semua dia tukar." Adnie memulakan cerita.

'Eh kejap, asal macam kenal je? Tah-tah....' Bisik hati Ilyasa. Allah, mohon jangan si dia.

"Jap-jap. Dulu dia sekolah mana?" Tanya Ilyasa. Debaran di hati seperti ingin meletup.

"Sekolah Smk Tuan Syed ni."

Allah, tolong bukan dia..

"Nama dia apa?" Debaran di kemuncak.

"Ainur."

Terhenti seketika jantung Ilyasa.

"Saya sambung ok?" Tanya Adnie.

Ilyasa mengangguk.

"Suatu hari mak saya dapat panggilan. Mak saya kawan baik mak dia. Bila dapat panggilan tu, memang rasa nak tercabut jantung. Ainur kemalangan." Adnie menahan air mata dari terjatuh. Ya, dia cuba untuk kuat dan tabah untuk meneruskan kata-kata.

Ilyasa yang mendengar sudah luruh jantung. Tetapi masih diam.

"Saya pergi ke hospital dengan segera. Hospital dekat Kedah. Mak ayah dia dapat tukar ke sana. Tapi yang peliknya dia tak bagitahu dan tukar nombor telefon dia. Pelik sangat. Tak tahu kenapa dia tak nak beritahu yang dia nak pindah."

Ilyasa hanya mengangguk. I feel you, Adnie.

"Sampai dekat hospital, Ainur kritikal, koma. Mak ajak balik Johor. Tapi saya taknak. Akhirnya saya balik juga ke Johor sebab tok pula tak sihat."

"Apa yang buatkan kau resah?" Tanya Ilyasa pelik. Dari cerita Adnie, memang dia tidak faham kenapa ia jadi suatu masalah.

"Sabar, tak habis lagi."

Ilyasa gelak kecil. Okay okay. Tak habis lagi.

Adnie senyum. Comelnya Ilyasa.

"Selepas beberapa minggu, mak dapat panggilan pula. Ainur nazak sangat. Memang waktu tu dapat nak pergi Kedah sebab macam-macam dugaan datang. Kereta ayah saya rosak, time tu pula banjir kawasan perumahan saya, cuma rumah saya tak banjir macam terpulau rumah saya. Hujan lebat. Memang tak dapat pergi ke Kedah. Saya hanya menangis dekat rumah."

Ilyasa hanya mendengar. Ainur nazak? Haritu yang dia jumpa, siapa? Ilyasa mula meremang.

"Lepas banjir dah surut. Ayah pula sakit. Memang saya risaukan ayah. Saya jujur, saya sangat jahil. Saya tak solat, saya boleh dikatakan tak percaya pada tuhan selama ni. Bila susah, baru saya cari tuhan. Bila ayah nazak, baru saya hampar sejadah, solat taubat nasuha. Saya mula berubah sikit-sikit. Tapi masih banyak yang perlu dibaiki. Saya jahat. Suatu hari, ayah sembuh semula. Kuasa tuhan. Alhamdulillah 5 bulan ayah di katil, sekarang dah sihat."

Ilyasa senyum. Allah, kau tabahkan hamba-hambamu ini untuk terus berjuang di dunia ini.

"Lima bulan saya tak tahu perkembangan Ainur. Saya tak ingat langsung sebab saya sibuk jaga ayah. Bila saya dapat tahu Ainur dah tersedar dari koma, saya mengucap syukur. Ayah bawa saya jumpa dengan Ainur. Tapi sayang, Ainur tak ingat siapa-siapa kecuali mak ayah dia and ada sorang kawan laki dia."

Ilyasa berdebar. Tangan menggeletar. Aku ke?

"Kau kenal ke siapa kawan laki dia tu?"

"Tak kenal. Dia tak pernah cerita. Tapi dia kata dia taknak jumpa sesiapa. Sampai ke harini dia masih taknak jumpa sesiapa. Dah 3 tahun berlalu. Dia masih tak ingat siapa saya." Adnie mengeluh kecewa.

"Parents dia cerita, Ainur mengalami mimpi yang sangat dasyat. Ainur hanya bercerita dengan ibu bapa dia je. Bila saya dengar, saya jadi takut. Boleh dikatakan, Allah memang sayang sangat dengan Ainur. Sekarang Ainur berubah sebab mimpi tu."

"Adnie, Ainur berubah sebab Allah. Boleh kau cerita mimpi dia macam mana?"

Adnie mengangguk.

"Awak akan rasa gerun selepas dengar cerita ni."

Adnie menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan. Cuba mengambil kekuatan.

"Dalam dia koma, Ainur bermimpi-mimpi yang dia dijatuhkan beberapa kali dari langit sehingga ke tanah. Beberapa kali sehingga dia tidak rasa tulang-tulang dia. Hancur. Sakit tidak terhingga. Setelah dijatuhkan beberapa kali, keadaan menjadi gelap sangat. Ainur tercari-cari di mana dia berada.

Sedang dia tercari-cari, ada suatu cahaya. Di sebalik cahaya, dia dapat mendengar jeritan yang sungguh mengerikan. Dia berundur setapak, tiba-tiba kakinya berjalan menuju ke arah cahaya tanpa dia sedari. Dia sungguh terkejut setelah melihat api-api yang sungguh marak di mana-mana. Rumah semua hangus terbakar dek kerana api yang sungguh besar di mana-mana.

Ainur jadi tak keruan. Dia melihat rambut wanita-wanita semua terbakar, lidah dipanjangkan lalu dipotong dan begitu berulang kali, ada yang berkepala anjing, ada yang memakan daging manusia. Allah sungguh, saya tak sanggup nak cakap kerana semua azab yang Ainur lihat di dalam mimpi sungguh mengerikan.

Ainur disapa oleh seorang lelaki berkepala di kaki, "kau nak join, banyak lagi tempat untuk kau."

Ainur berlari sekuat hati untuk meninggalkan tempat itu. Sakit yang dirasakan dengan tulang-tulang yang sudah patah, cuba digagahkan juga. Api yang panas cuba ditahan ketika berlari. Namun, dia berlari seakan-akan dia tidak berlari. Tempat itu sepertu sudah terkurung untum dirinya.

Datang pula seorang wanita, "dosa apakah yang telah kau lakukan?"

Ainur hanya berdiam.

Datang pula seorang lelaki, "dosa apakah yang telah kau lakukan?"

Ainu masih lagi berdiam.

Dia tidak larat. Semua itu terlalu perit baginya.

Tiba-tiba keadaan menjadi gelap seperti tadi. Dia dapat merasakan tubuh badannya seperti digigit. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat tubuh badannya penuh dengan kala jengking. Dia meraung kesakitan.

Masa dia sedang diseksa, dia baru teringatkan Allah. Lidahnya basah kerana ungkapa Allah. Hatinya penuh dengan taubat kerana Allah.

Allah, saya takut betul dengan azabnya. Allah bantulah kami ya Allah."

Ilyasa mendengar penuh tekun. Benarkah semua ini terjadi kepada Ainur? Ilyasa tidak dapat bayangkan jika dia sendiri yang mengalaminya.

"Dahlah. Jom. Nanti sambung pula. Dah maghrib." Kata Ilyasa. Ya, dari kisah yang Adnie cerita sebentar tadi, memang membuatkan dia merasa takut, gerun dan insaf.

"Adnie, kau tahu rumah dia kat mana sekarang?"

"Dia dah pindah kesini, rumah dia dekat belakang masjid."

Ilyasa mengangguk.

Allah, kau bantulah kami semua untuk berubah ya Allah.

Target kita, Syurga!Where stories live. Discover now