bab 2

296 25 2
                                    

Ilyasa duduk di taman halaman rumah sambil bermain heandphone. Tidak sedar akan kehadiran kakaknya yang sedang memegang dua piring berisi kek coklat kegemaran Ilyasa.

"Nah, kek coklat. Letak phone tu."

Ilyasa terkejut. Hampir luruh jantungnya dek kerana sapaan daripada kakaknya.

"Akak ni tak reti beri salam ke? Nasib tak syahid."

"Betulkah confirm syahid? Kalau betul, baguslah." Gurau kakaknya.

Teruk sangat ke dia ni kalau ingin bercita-cita untuk syahid? Tahulah diri ini bukan sempurna.

"Akak gurau je. Sikit-sikit merajuk." pujuk kakaknya seiring dengan gelak ketawa.

Ilyasa memandang kakaknya yang sedang ketawa. Comel, nampak tenang je, suci benar muka kakaknya. Suka dia melihat wajah kakaknya yang begitu bersih.

"Kalau akak pergi dahulu, akak tunggu Ridwan dekat syurga tau."

Tersentak sebentar. Dia tidak salah dengar kan?

"Akak ni. Ridwan tak suka lah. Akak tahukan Ridwan sayang sangat dekat akak. Jangan pergi lagi."

"Akak tunggu Ridwan kat syurga." Diulang kembali ayat yang sama. Sengaja.

"Akak tak payah tunggu Ridwan. Ridwan jahat, kotor. Tak solat. Akak takpe lah. Solat tak tinggal, sama macam abang Adam. Selalu pergi masjid. Tak pernah tinggal."

"Ridwan, Ridwan tengok akak dari segi kebaikan padahal Allah tutup aib akak. Allah tak janjikan orang yang melakukan maksiat akan terus ke neraka."

"Tapi Ridwan selalu tinggal solat."
Kakaknya tersenyum. Senyuman itu yang membuatkan diri Ilyasa suka melihat wajah kakaknya.

"Akak, straight kan?"

Kakaknya berkerut seribu.

"Nak kena ketuk? Akak suka tengok Ridwan."

"Kan dah kata tak straight. Akak, jatuh hukum...."

"Apabenda Ridwan ni. Akak tahulah haram. Takkan akak nak bersuamikan adik sendiri. Eyucks. Takde taste." gurau kakaknya dambil ketawa.

"Tahulah diri Ridwan teruk. Tak payah lah hina." Rajuk Ilyasa.

"Ceh, lelaki konon. Merajuk je tahu." Tiba-tiba seseorang menegur dari arah belakang lalu duduk di hadapan mereka berdua.

"Kejut aku kau ni Adam. Tak reti bagi salam ke?" tengking Ilyasa perlahan.

"Kau hidup hanya perlu ada satu tujuan."

"Kau dah kenapa tiba-tiba je?"

"Sambung tazkirah akak lah." Jawab Adam.

Kakaknya hanya tersenyum sambil mendengar perbualan dua beradik ini. Allah, andai kau tarik nyawaku dahulu, Engkau pimpinlah tangan Ridwan Ilyasa agar meninggalkan kasut jahiliyyah. Hantarkanlah dia seseorang yang mampu menarik lengannya ketika ditimpa musibah. Amin.

"Apa dia tujuan hidup?" tanya Ilyasa penuh kebosanan.

"Kau ni macam takde mood dengan aku. Taknak lah ajak main xbox gini."

"Eh mana ada. Aku gurau je hehe." Kata Ilyasa sambil menunjukkan muka comel kepada Adam. Tidak mahu dia bergaduh bersama abangnya itu. Tidak sanggup bergaduh dengan abang tercinta getuw.

"Tujuan hidup ini hanya satu. Ingat benda ni sampai mati. Tujuan hidup ialah cari redha Allah."

Ilyasa diam. Okay, redha Allah. Tak faham.

"Tak faham lah tu."

Ilyasa mengangguk dan mengakui kata-kata kakaknya. Benar, dia tidak faham.

"Ok macam ni. Redha Allah ni kau perlu buat baik dekat dunia. Tujuan hidup kita ni adalah untuk berusaha ke syurga."

"Tapi aku bukan macam kau, kuat iman. Kau pun tahu aku ni kaki buli."

"Kaki buli tahi kucing. Tak pernah pula buli kami dekat rumah. Manja tak bertempat." Sempat kakaknya menyelit. Benar, adik bongsunya itu sungguh manja lebih-lebih lagi bersama abangnya. Susah benar melihat mereka bergaduh.

"Mana ada. Manja dengan akak je."

Kakaknya hanya membuat muka seposen. Malas dilayan kerenah adiknya yang satu itu. Geli.

"Kalau dah tahu kaki buli, ubahlah." kata Adam.

"Susah. Kau pun tahu aku jahil. Orang jahil macam aku susah nak ke syurga." Sayu kata-kata Ilyasa.

"Ridwan. Allah sayang tau hamba-hambanya. Ni dah kira bagus Ridwan tahu dosa-dosa Ridwan. Ubah perlahan-lahan. Tak susah. Akak nak juga jumpa Ridwan dekat syurga."

Ilyasa hanya mampu tersenyum. Senyuman pahit. Tahu dirinya sukar untuk berubah. Tengoklah kalau dia ada mood untuk berubah.

"Kalau kita semua kat syurga nanti, jom kita lawan siapa punya rumah lagi besar." kata Adam semangat. Tidak sabar untuk dia ke syurga menikmati keindahan di sana.

"Of choores akak punya rumah besar."

"No, Ridwan lagi besar kak."

Kakaknya menjelir lidah ke arah Ridwan.Tidak mahu mengalah.

Akhirnya mereka tiga beradik ketawa memecah keheningan di petang itu.

Ilyasa terkenang kembali peristiwa minggu lepas hari sebelum kakaknya pergi menghadap ilahi. Kakaknya telah mengalami kemalangan jalan raya dan menyebabkan pendarahan yang banyak.

Ilyasa menjatuhkan air mata. Tahu dirinya yang bersalah. Kakaknya tidak akan pergi kalau bukan sebab dia yang memandu. Kakaknya tidak akan pergi kalau dia tidak cuai pada hari tersebut.

Namun apa boleh buat. Allah sudah tentukan untuk dia terus hidup dan kakaknya dicabut nyawa oleh malaikat utusan Allah iaitu malaikat Izrael.

Syahdu sekali malam itu diiringi dengan esakan tangisan Ilyasa.

Abangnya juga sudah tidak seperti dulu. Seperti menjauhi Ilyasa. Seperti menyalahkan Ilyasa kerana membunuh kakak tersayang.

Adakah dia seorang pembunuh? Adakah dia terlalu jahat?

Tidak pernah dia bergaduh dengan abangnya sebelum ini. Ilyasa sedih. Sedih kerana semua terjadi dengan begitu pantas.

Akak, Ridwan rindu akak. Akak tahu tak Ridwan tak kuat. Adam taknak cakap dengan Ridwan. Ridwan terseksa. Seksa hidup tanpa akak dan abang disisi. Ridwan minta maaf bunuh akak. Ridwan tak sengaja. Kenapa Allah tak nak ambil nyawa Ridwan? Kenapa?

Esakan Ilyasa bertambah kuat. Benar, dia tidak kuat. Abangnya langsung tidak menghiraukannya. Sedih.

Akhirnya Ilyasa tertidur di atas meja belajarnya sambil dibuai mimpi.

Target kita, Syurga!Where stories live. Discover now