Aizad jalan kehulur-kehilir setelah menyaksikan benda yang tidak pernah dia sangkakan.
Benarkah Ilyasa begitu?
Betulkah apa yang dilihatnya sebentar tadi?
Arghhhh. Daripada memikirkannya, baik dia masuk ke kelas. Waktu rehat hampir tamat.
Perlahan-lahan kakinya membawa diri ke kelas. Tiba-tiba tanpa disedari, dia telah melanggar seseorang.
"Maaf bro, maaf. Tak sengaja. Maaf." Aizad meminta maaf berulang kali sambil melihat ke bawah. Malu.
Tubuh sasa yang berpaling sebentar tadi terus berpusing melihat gerangan yang telah melanggarnya sebentar tadi.
"Kau budak baru kan?" tanya si tegap itu.
"Ya."
"Kau kelas apa?"
"4 Azam."
"Oh. Kau mesti kenal adik aku."
'Adik aku?' Siapa abang kepada 'adik aku' itu?
Perlahan-lahan Aizad mendongak kepalanya melihat si tubuh tegap.
Si tubuh tegap itu memberi satu senyuman kepada Aizad. Fushh, hensem. Kalah aku. Bisik hati Aizad.
"Siapa adik abang?" Aizad menukarkan panggilan kepada aku-abang. Biar hormat sikit. Tak adelah nanti dikatakan 'budak baru kurang ajar'.
"Ridwan Ilyasa. Kau kenal kan?"
Tersentak Aizad. Ilyasa a.. ada... ab... abang? COOL!
"Abang ni abang Ilyasa? Fushh padanlah hensem sama macam dia." puji Aizad.
"Eh mana ada hensem.."
"Hensem lah macam dalam cerita Scarlet Heart tu apa nama dia? Putera Wook? Ahh hensem macam dia." pintas Aizad sebelum Adam menghabiskan bicara.
"Kau layan cerita tu? Aku ingat aku sorang je yang layan sebab lelaki mana suka cerita korea."
"heheheh."
"Eh kejap." Adam memandang Aizad.
"Kenapa?"
"Sebenarnya aku lagi hensem dari Ilyasa. Hahahah." Gurau Adam.
Series kata, muka abang Ilyasa dengan Ilyasa sangat hensem. Ditambah pula rambut mereka yang pacak. Fuh. Idaman wanita.
"Oh ya abang. Saya nak masuk kelas ni. Nanti lewat pula kena denda." pinta Aizad untuk beredar.
"ok-ok. Sila. Oh ya apa nama kau. Boleh borak panjang lagi nanti."
"Nama aku Aizad. Abang?"
"Adam. Kirim salam dekat adik aku. Kata kat dia belajar elok-elok."
"Insya Allah."
Setelah bersalaman, mereka berdua meninggalkan tempat itu.
Tanpa mereka sedar, sepasang mata sedang menyaksikan drama sebentar tadi. Perlahan-lahan senyuman jahat terukir.
******
Aizad memandang Ilyasa. Lama.Aizad datang ke rumah Ilyasa kerana Ilyasa kata dia tidak faham soalan fizik yang cikgu beri. Jadi Ilyasa meminta Aizad untuk datang ke rumahnya dan membantu mana yang dia tidak faham.
"Kau ni soalan mudah pun tak faham." marah Aizad. Sudah berulang kali dia mengajar Ilyasa tetapi Ilyasa tetap tidak faham.
"Ok. Macam ni lah. Apa kata kau buat dulu latihan. Pastu baru kau tahu mana yang kau tak faham. Bereh?"
Ilyasa mengangguk. Walaupun dia tidak faham sangat, dia tetap akur. Mana tahu dia faham semasa menjawab soalan fizik tersebut.
Ilyasa mengambil pen dan cuba untuk melakukan soalan yang guru beri.
Selang beberapa minit, dia sudah selesai menyiapkan soalan yang
mempunyai 10 soalan itu.Aizad menyemak kertas soalan Ilyasa.
Tiba-tiba Aizad menolak sedikit kepala Ilyasa.
"Kau dah kenapa tonyoh kepala orang?"
Aizad meletak kembali soalan tersebut.
"Kau ni saja buat bodoh kan? Kau ni bijak lah. 9/10 kau betul doh. Apa masalah kau ni. Aku sendiri pun dapat 8/10. Ajar aku weh." Rayu Aizad.
Bagaimana Ilyasa dapat menjawab 9 betul sedangkan yang mengajarnya ialah Aizad sendiri?
"Hehehe. Tengok kaki lah bro."
Aizad melihat kaki Ilyasa.
"Kotor. Busuk."
"Dasar kau ni. Dengki."
Sedang mereka bergurau mesra, azan pun berkumandang menandakan sudah sampai masa untuk solat fardhu asar.
Aizad pun mengemas barangnya untuk beredar.
"Kau nak pergi mana?" soal Ilyasa.
"Aku nak pergi masjid. Jom ah follow."
Ilyasa berkira-kira untuk pergi.
"Takper ke aku pergi?"
"Allah panggil bro. Wajib tau kita ke sana."
Akhirnya Ilyasa pun memutuskan untuk pergi. Sebelum keluar, dia mencapai kopiahnya dan memberitahu bibik untuk ke masjid. Setelah itu, dia keluar berjalan kaki ke masjid bersama Aizad.
Pendakwah. Ajaklah mereka yang jahil daripada terus lemas ke arah kebaikan.
Ajaklah mereka berubah dengan lembut.
Pendakwah. Jangan terlalu berkeras dan berkasar dengan mereka yang jahil.
Mereka sebenarnya ingin menanggalkan kasut jahiliyyah mereka.
Tolonglah mereka dengan perlahan-lahan.
Kita nampak ia mudah tetapi sangat susah bagi mereka.
Pendakwah, bantulah mereka agar kita semua ke syurga!
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...