bab 19

117 14 6
                                    

Aizad pov

Sungguh.

Kau terlalu tabah Ilyasa.

Terlalu tabah.

Jika aku berada di tempat kau, semestinya aku sudah hilang akal.

Dahulu kakaknya.

Kini abangnya.

Dan orang insan itu sangat bermakna buat Ilyasa.

Allah. Tabahkan hati si dia Ya Allah.

Aku masih menunggu di luar.

Kata doktor, hanya keluarga pesakit yang dapat masuk melawat.

Dan kata doktor, darah Adam terlalu banyak hilang sedangkan kecederaan hanya sedikit.

Dan kata doktor lagi, mungkin Adam tidak dapat diselamatkan.

Aku bingung seketika.

Kenapa kecederaan Adam hanya sedikit namun tipis untuk diselamatkan?

Aku keliru.

Perlukah aku bertanya kepada polis yang menyiasat rumah Ilyasa ketika ini?

Sedang aku berkira-kira untuk berlalu pergi, aku terlihat seseorang yang berpakaian tegap dan memakai baju polis sedang menuju ke arah bilik Adam.

Tentu inspektor!

Aku menyekat jalan inspektor itu lalu bertanya kepada beliau.

"em tuan ke yang menyiasat....."

Belum lagi aku sempat menjawab, inspektor tersebut terlebih dahulu memotong.

"Ya. Kami dapati pesakit terkena racun akibat pisau yang ditikam mempunyai racun yang begitu beracun." (maaflah ayat terlalu begitu huhu)

Aku terkejut.

Patutlah harapan untuk Adam hidup terlalu tipis.

Inspektor itu meminta izin untuk berlalu pergi.

Aku hanya membiarkan sahaja kerana apa yang berteka-teki di minda aku sudah terjawab.

Dasar tua!

Nasib lah kau dah dipenjarakan dan dah bercerai dengan keluarga Ilyasa.

Kalau tidak, jahannam kau aku hancurkan.

Aku mengintai Ilyasa dari luar.

Aku melihat mukanya.

Muka sedih tambah kecewa.

Kenapa dia harus kecewa?

Kerana tidak dapat menyelamatkan Adam?

Atau kecewa tidak dapat belajar dengan aman kerana dalam SPM?

Aku tak pasti.

Yang pasti aku mahu menunggu Ilyasa sehingga dia keluar.

Tak kira!

********

Ilyasa pov

Ibu datang untuk menjaga Adam.

Walaupun ibu menyuruh aku untuk balik, tetapi aku tetap keras dengan pendirian aku.

Aku ingin menjaga Adam sehingga dia membuka matanya.

Tetapi apabila aku melihat kesungguhan ibu untuk suruh aku balik, aku gagahkan diri juga untuk pulang ke rumah.

Setelah menyalami ibu, aku keluar dengan perasaan sedih.

Kesian Adam.

Seharusnya aku yang ditikam.

Bukan Adam.

Adam.

Jangan tinggal aku.

Aku tak kuat tanpa kau.

Aku terus berlalu pergi.

Tidak aku sedar ada yang mengekor aku.

Sehinggalah....

PINNN PINN

Aduh!

Aku mengaduh kesakitan apabila aku ditolak oleh seseorang.

Astaghfirullah!

Hampir-hampir sahaja aku ingin dilanggar oleh sebuah trak yang lalu di jalan itu.

Siapakah yang telah menyelamatkan aku ini?

Aku memandang ke arah belakang.

Kelihatan seseorang itu sedang membelakangkan aku sambil mengaduh kesakitan.

Aku menarik badan si dia agar melihat ke arah aku.

AIZAD!

"Masya Allah Aizad. Apa dah jadi?!"

Sungguh.

Terkejut benar aku.

Bagaimana dia tahu aku di sini?

Di hospital ini?

"Kau tanya kenapa? Amboi. Aku selamatkan kau. Dasar engkau ni." kata Aizad sambil membelek sikunya yang berdarah.

"Hek eleh. Siku je kut. Tak katang buu." Aku sengaja menyakat walhal dalam hati sudah gusar melihat Aizad yang tercedera akibat diriku.

Aku membawa Aizad ke restoran di hadapan hospital itu.

Biarlah aku ingin mengalas perut juga. Dari semalam perut ni asyik menangis sahaja.

Aku mengambil tempat duduk di hadapan Aizad.

Dia masih sibuk membelek sikunya.

"Pergilah basuh siku tu bro."

Aizad hanya tersengih lalu pergi membasuh sikunya.

Semasa dia sedang membasuh, aku teringat balik memori semalam.

Aduh.

Bagaimanalah Adam boleh cuai begitu.

Sepatutnya aku yang harus dipersalahkan.

Seharusnya aku yang pergi menolak jantan itu.

Argh stress lah.

"Kau tak usah lah fikir lagi benda semua tu. Dah terjadi. Adam pun selamat. Insya Allah, kita sama-sama doakan dia cepat sembuh. Kalau Allah tak izinkan Adam pergi, maka Adam tak akan pergi. Percayalah." Kata Aizad yang baru duduk itu.

"Hemm ye lah pakcik."

Aku lalu berborak bersama Aizad sehingga aku terlupa akan kejadian semalam.

Benar.

Tanpa sahabat seperti dia, sudah pasti aku sudah lari daripada akidah.

Allah, kekalkan hubungan ini hingga kami berada di syurgaMu, Ya Rabbi.

Target kita, Syurga!Where stories live. Discover now