Adnie pov
"Awak tak kahwin lagi ke?"
Sengaja aku bertanya. Mencari perbualan yang begitu lama sepi daripada tadi.
"Belum. Tak jumpa jodoh lagi hehe."
Aku mengangguk. Entah kenapa aku dapat rasakan ada tarikan di antara dia dengan aku.
No. Aku tak suka dia ok. Aku anggap dia macam abang aku sendiri.
Walhal dalam hati sudah menafikan kesemuanya.
Mengaku je kau suka dia.
"Awak? Dah ada ke?" Dia pula bertanya.
"Baru je putus." Aku menipu. Malas aku bercerita panjang. Biarlah aku sahaja yang tahu.
"Uish. Awak ni dahlah cantik, macam manalah orang tu boleh melepas."
Aku tersipu malu.
"Mengadalah. Dah bukan jodoh nak buat macam mana."
Ceh cara aku bercakap macam pernah berkahwin.
"Awak. Sorry tau tapi saya perlu cepat ni. Nah ni nombor whatsapp saya. Paper roger tau. Nanti nak pergi mana-mana ke royak je."
Aku tergelak kecil.
Mai sudah dia punya loghat Terengganu.
"Bereh boh. Nah ni nombor saya juga."
Kami bertukar-tukar nombor.
Sesudah itu, kami bersurai meninggalkan tempat makan itu.
Aku mencari kereta untuk disewa.
Bukannya apa.
Nanti nak pergi jalan, senang.
Tak perlu menaiki teksi atau bas.
Leceh.
Setelah aku mendapat kereta sewa, aku memasukkan bagasi ku kedalam kereta.
Lantas aku pergi mencari rumah yang telah aku beli.
Bukannya sekejap aku hendak duduk di sini.
Lama aku ingin menetap di sini.
Jadi tidak payah aku duduk di dalam hotel.
Aku sebenarnya sudah jumpa rumah di atas talian atau biasanya kita panggil online.
Jadi senang sahaja untuk aku mencari rumah aku.
Hanya berdekatan pantai.
Banglo kau.
Hehe.
Oh ya sebelum aku pergi melawat rumah baru, aku ingin pergi membeli sedikit barangan dapur.
Senang nanti nak makan.
Jom pergi supermarket!
*****
Arghhh penatnya.
Aku melihat sekeliling rumah baharu ku.
Begitu besar siap ada kolam renang lagi.
Yes. Tiba masa aku hidup bebas huahaha.
Telefon aku tiba-tiba berdering.
Siapalah yang call ni.
Aku memerhati skrin telefon aku.
Aduh, lupa aku hendak menukar nombor telefon.
Tengok padahnya.
Aizad yang call.
Aku mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum."
YOU ARE READING
Target kita, Syurga!
RomanceIlyasa rebah. Dia kaku. Dia sendiri terkejut. Apakah ini ujian yang selama ini dia sering lupa kepada Allah? Ilyasa terus menangis di samping kekasihnya. Sungguh. Dia tak kuat. Sambil itu, ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Ilyasa. Pahit se...