Disturbed

3.3K 379 12
                                    

Jihyo berjalan menuju ke kantin untuk mengisi perutnya.Makanan seperti bufet telah dihidangkan dan para pelajar beratur untuk mengambil makanan.

Jihyo menunggu gilirannya sesekali memeriksa media sosialnya.Aplikasi instagram dibukanya.

Jihyo melihat post terbaru dari orang² yang dia follow dalam ig miliknya.Dia kembali mengscroll ke atas untuk melihat post terbaru.

Jihyo terlihat post terbaru dari account Kim_TH.Gambar sebuah passport dan tiket penerbangan digambarnya dengan caption 'South Korea,I'm back'.

Jihyo menaikkan kening kirinya."Buat apa dia balik kat Seoul? Ingat kan dah betah sangat tinggal kat Amerika".Jihyo memiringkan bibirnya lalu mengambil pinggan untuk makan.

Jihyo mula mencari tempat duduk untuk dirinya menjamu makanan yang dah dia ambil.Dia terpandang akan Dara melambaikan tangannya ke arah Jihyo.

Jihyo mendekati meja yang Hyuna dan Dara tempati."Anyeong unnie".Sapa Jihyo."Dae anyeong Hyo".Balas mereka.Jihyo mengambil tempat di hadapan mereka.

"So,awak okeylah duduk kat dorm tu?".Soal Hyuna ke arah Jihyo."Okey jer.Takde masalah".Balas Jihyo.

"Hah,Dara unnie.Kenapa korang takut kat dorm tu?".Soal Jihyo Dia hairan mengapa mereka semua seakan takut untuk tempati dorm itu.

"Macam yang Hyuna dah cakap,dorm tu berhantu".Balas Dara.

"Pernah mereka nampak kelibat seorang namja berlegar legar di dalam dorm tu.And,kalau ada students baru yang akan duduki dorm tu,tiga hari jer mereka mampu tahan duduk kat situ".Balas Hyuna pula.

"Owh".Jihyo mengangguk faham."And,diorang selalu dengar lagu akan dipasang tengah malam kat dorm tu.Padahal takde siapa yang tempati dorm tu".Tambah Dara lagi.

Jihyo mengangguk faham.'Apa mahu benda tu ah?'.Monolognya.
Sesekali dia menyuap masuk makanan ke dalam mulutnya.

*********

Kepalanya diangguk mengikut ritma lagu yang bergema di halwa pendengarannya.Earphone yang dipakainya dicabut dari kedua telinganya.

Jihyo mengatur langkah untuk mengambil tuala yang bergantung lalu berjalan menuju ke bilik mandi.

Sehabis sahaja Jihyo mandi,dia beinsiatif untuk membuat kerja rumah dan mengulang kaji sedikit.

Perkara yang paling dia benci apabila dia mula sekolah.Kerja rumah setinggi gunung Everest!

Dia mula membuat kerja rumah yang pertama iaitu matematik.Fikirannya fokus pada kerja matematik yang harus dia selsaikan.

Kalkulator saintifik setia di tangannya.Sewaktu dia sedang kusyuk menyelesaikan kerjanya,bagaikan ada angin tertiup di telinga membuatkan bulu roma Jihyo berdiri.

Jihyo menggosok lehernya sejurus memandang sampingnya."Dari mana datangnya angin ni?Setahu aku,aku pasang aircond".Jihyo meliarkan pandangannya kesekeliling bilik itu.

"Perasaan aku jer kot".Jihyo menggelengkan kepalanya lalu kembali menyelesaikan kerjanya.

Sekali lagi,Jihyo merasakan angin dihembuskan dari telinga kirinya.Tetapi Jihyo tak layan semua tu.Dia hanya membiarkan sahaja.

'Klik!'
'Klik!'
'Klik!'

Jihyo menoleh perlahan lahan ke arah belakang,memandang pintu bilik mandi yang terbuka sedikit.Dapat dilihat lampu tertutup dan terbuka.

Serta bunyi suis ditekan membuatkan keringat dingin merinik di dahinya."Okey..".Ucapnya sambil mengangguk.

Dia menekan kalkulator dengan kuat serta menulis jawapan serta jalan kerjanya dengan pantas.

Dia yang tersangkut di soalan 4 dapat menyelasikan 10 soalan dengan pantas.Bila takut,berjalan lancar pula otaknya untuk menyelesaikan masalah matematik yang susah itu.

Jihyo langsung berlari lalu membungkus dirinya dengan selimut tebal.Menggeletar sedikit tubuhnya.

'Sret!'

Terangkat sedikit kepala Jihyo mendengar kerusi yang ditarik dan disorong."Dia main kerusi pulak!".Jihyo mengeratkan genggaman di selimut itu.Tubuhnya menggeletar.

Jihyo berbaring secara mengiring ke kiri.Katilnya bagaikan di naiki oleh seseorang.Yang pasti,Jihyo daapat rasakan ada sesuatu menggenggam kaki Jihyo.

"YAH,LEPASLAH!!!".Jihyo sedaya upaya menggerakkan kakinya dari terus digenggam oleh seseorang.

Akibat kepenatan,Jihyo mulai mengantuk dan dia dah menuju ke alam mimpi.Kakinya perlahan lahan berasa bebas dari digenggam.

'Ini baru sikit.Tunggu gangguan aku yang lain.Hehehe'


*************

Yoyoyo...Hehe,aye takdok pengalaman nak tulis bab² kerepek² ni.Kalau tak berapa nak ranggup kerepek dia,mianhe hehehe ✌✌

[C]Dorm 0094Where stories live. Discover now