Kini,Jihyo dan Soo Hyun sedang berada di Daetis Cafe.Soo Hyun memandang ke arah Jihyo yang memainkan garfu dekat spaghetti carbonara nya.
"Hyo,wae tak makan?".Soal Soo Hyun ke arah Jihyo.Terhenti seketika tubuh Jihyo.Perlahan kepalanya memandang ke arah Soo Hyun.
"Ah,ermm.Nak makan lah ni".Jihyo lalu menyumbatkan spagetthi tersebut ke dalam mulutnya.
"Hyo,cuba Hyo cerita ngan uncle.Hyo ada masalah ker?Kenapa lesu semacam jer ni?".Soal Soo Hyun prihatin.
"Tadi uncle tengok Hyo pun diam jer.Banyak termenung.Wae?Hyo ada masalah ker?".Soal Soo Hyun lagi.
Dia agak pelik akan anak buahnya ini.Dia sedar akan Jihyo banyak berdiam ketika di dalam kereta tadi.Walaupun Jihyo selalu mendiamkan diri bila bersamanya,tetapi dia merasakan sesuatu yang lain terhadap Jihyo.
"Takde pape lah uncle.Tak perlu risau".Balas Jihyo sambil menyumbatkan lagi spagetthi ke dalam mulut.Soo Hyun mengangguk,kembali menyuap makanannya.
"Uncle,kenapa uncle caring ngan Hyo?".Soal Jihyo ke arah Soo Hyun.Terhenti tangannya untuk menyumbat makanan ke dalam mulut."Dae?Takkan lah uncle takleh caring ngan anak buah uncle sendiri?".Balas Soo Hyun sambil tersenyum.
"Iyelah,kenapa uncle caring ngan Hyo?Sebab semua keluarga Kim tak suka Hyo.Uncle jer yang ambik berat ngan Hyo.Sedangkan apppa Jong Kook sendiri buat derk ngan hidup Hyo".Jihyo memuncungkan bibirnya apabila mengatakan tentang appa tirinya.
"Aish,tak baik cakap macam tu.Appa Hyo mungkin busy dengan kerja kot.Yang lain mungkin sibuk dengan hal diorang masing².Just think positive Hyo".Balas Soo Hyun sambil menatap mata Jihyo lekat.
"Dae uncle".Jihyo mengangguk lalu kembali menyuap makanannya.
************
Jihyo melangkah masuk ke dalam dormnya dengan gontai kerana mengantuk.Lelah dengan aktiviti sekolah.Jihyo meletakkan kad kuncinya di atas scanner.
Lalu dia menolak perlahan daun pintu dormnya.Langkah diambil memasuki dorm.Beg langsung diletakkan di atas kerusi.
Jihyo membuka jam tangannya berjenama Bonia,iPhone serta kad dormnya di atas meja.
Dia menguap perlahan kerana terlalu penat.Matanya memberat.Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.
"Huarghhh,penatnya!!".Jihyo membenarkan posisi baringnya.Matanya memandang tepat ke siling, berkelip akibat kantuk yang memberat.
Pandangannya semakin kabur.Dia kelip sekali matanya,dia hanya terpandang siling yang kosong.Dia kelip kedua kalinya,sama juga.Siling yang kasong.
Kelipan kali ketiga,dia terpandang akan tali gantung bersama seorang namja tergantung di siling tersebut.
Matanya memberat,dia tidak tahan lagi dengan kantuk yang menyerangnya.Perlahan,dia menutup matanya dan dia sedang menuju ke alam mimpi.
Tubuh namja yang tergantung tadi masih sahaja bergantung.
*********
Jam kini menunjukkan pukul 6 petang.Jihyo membuka perlahan matanya kembali sedar.Dia meregangkan tubuhnya dan bangkit terduduk di atas katil.
Dia menggosok matanya.Jihyo langsung mengambil tuala.Sebelum itu,dia menyediakan pakaian yang akan dipakainya nanti.
Sebuah seluar short pants serta baju T yang besar sehingga mampu menutup sehingga paha Jihyo.Dia letakkan pakaiannya di atas katil.
YOU ARE READING
[C]Dorm 0094
Mystery / Thriller#HorrorLove Jangan pernah sesekali masuk ataupun berniat untuk mengambil dorm 0094 sebagai tempat tinggal.Kerana Dorm itu telah dimiliki oleh si 'empunya'. Setiap kali ada orang yang ingin menghuni tempat itu,pasti akan dihalaunya. Song Jihyo,pelaja...