Get Out From This Dorm!!/Shireo!!This is my dorm!!

3.2K 308 22
                                    

Lelah menguasai diri Jihyo.Kakinya dihalakan menuju ke dorm 0094.Dia meletakkan kad di atas scanner lalu menolak daun pintu malas.

Semasuknya dia ke dalam dorm,beg langsung diletakkan di atas kerusi.Jihyo membaringkan tubuhnya di atas katil.

Lelah,akan aktiviti sekolah.Lelah,kerana kekurangan tidur.Mana taknya,semalam dia tidur pada pukul 1 pagi akibat mengemas dormnya yang dah binasa itu.

'Plak!'

Kedengaran bagaikan benda jatuh membuatkan Jihyo menggulingkan matanya ke atas.'Mesti hantu lakhanat nan hodoh tu lagi.Aishh!'.Monolognya.

Jihyo hanya membiarkan sahaja benda yang terjatuh itu ke atas lantai.

'Tak!Tak!'

Bunyi derap kaki seseorang berada di bilik mandi membuatkan Jihyo bangkit dari baringnya.

"Siapa kat bilik mandi?".Soalnya perlahan.Kakinya berjalan perlahan ke arah pintu bilik mandi yang tidak tertutup rapat.

Tangannya menolak perlahan pintu tersebut lalu diintip di celah pintu.Matanya melebar,mulutnya mula ternganga.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sosok seorang namja biru kepucatan,bermata putih dan urat hitamnya kelihatan jelas di leher sehingga matanya.Namja itu memandang cermin bilik mandi

'A-a-apa tu!?'.Soalnya di dalam hati.Dia cuba berteriak tetapi suranya bagaikan tersekat di kerongkongnya.Jihyo mundur ke belakang cuba keluar dari dorm 0094.

Tapi,malang tak berbau,Jihyo terpijak botol mineral yang entah bagaimana berada di situ.

Namja tadi terus memandang ke belakang menghadap ke arah pintu bilik mandi.Lantas,dia keluar dari bilik mandi dengan kasar.

Tetapi,namja itu tidak menemukan seseorang pun di dalam dorm tersebut.Senyuman sinis mulai terpapar di wajah tak bernyawanya itu.

"Ceh,kau fikir kau boleh lari?Aku ni hantu,aku tau di mana kau sembunyi.Sembunyi,sembunyi lagi.Biar aku cari kau sampai dapat!".Ucap namja itu dengan suara yang memberat.

Serta menyeramkan untuk Jihyo.Sedaya upaya Jihyo menutup mulutnya agar hantu itu tidak dapat mengesannya.Dia turut memejamkan matanya akibat takut yang teramat.

'Uncle Soo Hyun,tolong Hyo!'.Pintanya dalam hati.Walaubagaimanapun,Jihyo tetap dengan pendiriannya iaitu tetap tinggal di dorm 0094 ini.

Apabila matanya dibuka,Jihyo tak melihat lagi sepasang kaki di dormnya itu.Dia cuba melihat kesekeliling,tetapi dia tetap tak temui kaki hantu itu.

Nafas dihembus lega.Apabila dia beralih memandang ke arah kanan,alangkah terkejutnya dia apabila sepasang kepala namja sedang memandangnya dalam posisi terbalik.

"Cak!Got you!".Tanpa apa² persedian zahir dan batin,Jihyo diheret keluar dari bawah katil.Rambutnya ditarik dengan kuat membuatkan kepalanya sakit.

"ARHG!!".Ringisnya kesakitan.Jihyo cuba berdiri lalu dengan beraninya bersuara."Yah,apa kau nak hah!?".Soalnya lantang.

"Aku nak kau tinggalkan dorm ni.Ini tempat aku!".Balas suara itu yang diyakini namja."Yah,dorm ni dah jadi dorm aku okey.So kau takde hak nak halau aku".Balas Jihyo lantang.

'Prak!'

Tubuh Jihyo dihumban kasar ke arah dinding konkrit membuatkan belakang Jihyo sakit.

Jihyo terduduk lemah cuba mencari kekuatan untuk berdiri semula.

"Berani kau cakap tentang hak kat tempat ni!?Ini dorm aku! Tempat aku!Aku dah lama duduk kat sini!Kau yang patut keluar dari tempat ni!".Balas namja itu lagi.

[C]Dorm 0094Where stories live. Discover now