Typo......
Kesemua keluarga Kim sedang berkumpul di ruang tamu rumah agam Keluarga Kim.
Puan Saera tak henti² tersenyum.Begitu juga Jaerim,Hara dan Min Jae.Mereka semua tak sabar menunggu kedatangan seseorang.
Kecuali Jong Kook.Dia tak mampu tersenyum.Dalam hatinya tak henti² menyumpah dan mengutuk kelakuan ahli keluarganya.
Ini sudah masuk hari ketiga pemergian satu² nya waris Song.Automatik kesemua harta akan jatuh ke tangan Keluarga Kim dikeranakan kesemua keluarga Song sudah tiada.
Senyuman mereka bertambah lebar apabila mereka melihat kelibat peguam Keluarga Song, Peguam Park Bogum serta pembantunya,Lee Kwangsoo.
Akan tetapi,senyuman mereka sedikit memudar memandang kelibat tiga orang di belakang Peguam Bogum.
"Ada apa ni?Kenapa mereka ada di sini juga?".Soal Jaerim sambil menjeling ke arah ketiga tiga sosok itu.Mereka hanya mampu menundukkan kepala mereka.
"Huh,Keluarga Park.Tak sangka korang berani munculkan wajah korang lepas Syarikat korang dah muflis".Sinis sahaja Min Jae menegur Tuan Park.
Keluarga Park,keluarga Jimin.Jimin mengeraskan rahangnya.Ingin sahaja dia meninju wajah angkuh Min Jae.Tetapi segera ditahan oleh Tuan Park.
"Silakan duduk.Saya datang ke sini hanya nak sampaikan apa yang dah diamanahkan kepada saya".Peguam Park mulai mengambil tempat duduknya bersama Kwangsoo.
"Silakan duduk Keluarga Park".Jemput Jong Kook sopan ke arah keluarga Park.Walau apapun,Keluarga Park adalah sebahagian dari keluarganya.
Keluarga Park mulai mengambil tempat duduk.Jimin tak henti² memandang tajam kearah Min Jae.
Kwangsoo mulai membuka beg jinjit khas dimana dia meletakkan kesemua berkas² penting didalamnya.
Kemudia sebuah fail diberikan kepada Peguam Bogum.Peguam tersebut mula menyelak fail tersebut.Dia berdehem kecil.
"Baiklah,seperti yang kita ketahui,hari ini ialah perbicaraan atas wasiat yang harus diberikan setelah terjadinya musibah ke atas Keluarga Song".Ujar Bogum membuka kata.
Senyuman antara Puan Saera,Hara,Jaerim dan Minjae tak pernah pudar.Tak sabar ingin mengetahui berapa bahagian yang mereka akan dapat.
Kecuali Jong Kook.Dia agak tawar hati hendak mengetahui apa yang akan didapatinya nanti.Hatinya masih berkabung atas pemergian Jihyo.
Keluarga Park juga turut berdebar.Tak menyangka jika mereka juga termasuk ke dalam penerima wasiat dari Keluarga Song.
Mereka berharap sedikit pencerahan ke atas mereka.Kerana Syarikat Park telah muflis disebabkan duit Syarikat tersebut digelapkan.Dan mereka mula menjadi susah hati atas kehidupan mereka setelah semua kemewahan sudah ditarik.
Jimin tak henti² menjeling Keluarga Kim yang tersenyum senyum.Ketara benar jika Keluarga ini mata duitan dan hanya menerima Keluarga Song disebabkan kekayaan mereka.
Macamlah dia tak tahu konflik yang berlaku di antara Keluarga Kim dan Keluarga Song dahulu.
"Song Company,Shinderella Mall,dua cabang Song Company yang berada di Amerika dan England,Rumah Kebajikan kanak² di Gangnam,Ladang kopi serta Vrexco Highschool akan diberikan kepada Keluarga Park".
Terkejut mereka mendengarnya.Semua itu adalah separuh dari kesemua harta Keluarga Song.Lihatlah betapa berjayanya Keluarga ini didalam bidang perusahaan.
"Kenapa Keluarga Park dapat separuh dari wasiat Keluarga Song? Mereka bukan siapa² bagi Keluarga Song".Jaerim mencerlung ke arah Keluarga Park.
"Yah!Appa aku ni hyung kandung uncle Joong Ki.Sesedap perencah kau je kan kata appa aku ni bukan sebahagian dari Keluarga Song".Jimin menjeling tajam ke arah Jaerim.
YOU ARE READING
[C]Dorm 0094
Mystery / Thriller#HorrorLove Jangan pernah sesekali masuk ataupun berniat untuk mengambil dorm 0094 sebagai tempat tinggal.Kerana Dorm itu telah dimiliki oleh si 'empunya'. Setiap kali ada orang yang ingin menghuni tempat itu,pasti akan dihalaunya. Song Jihyo,pelaja...