Typo....
Jong Kook mula berjalan masuk ke dalam rumah agam Keluarga Song.Langkahnya perlahan sahaja.Tangannya menenteng dua bagasi pakaiannya.
Sejak detik itu,dia bukan lagi sebahagian dari Keluarga Kim.Mulai detik itu,dia akan tinggal di rumah agam Keluarga Song.Bagasi dibawa sehingga ke sebuah bilik.
Jong Kook meletakkan bagasinya di atas lantai.Memandang sekeliling rumah agam itu.Nafas ditarik lalu dihembuskan dengan perlahan.
Langkahnya dibawa ke sofa.Punggungnya lalu dilabuhkan di atas sofa tersebut.Tangannya menarik keluar sesuatu dari dalam saku jaketnya.
Sebuah sampul surat mulai ditelitinya.
Flashback on—
"Tuan Kim".Peguam Bogum memberikan sebuah sampul surat kepada Jong Kook.
"Ini adalah amanah terakhir dari pewaris tunggal Keluarga Song.Cik Jihyo tinggalkan saya surat ini untuk diberikan kepada Tuan Kim".
Jong Kook mengambil surat tersebut lalu berterima kasih kepada Peguam Bogum.
Flashback off—
Setelah puas membelek,Jong Kook membuka sampul surat itu.Dia menarik keluar kertas berwarna kuning cair yang disimpan dalam sampul tersebut.
Jong Kook mulai membuka lipatan kertas tersebut.Tulisan yang sangat dia kenali mulai menyapa pancaindera pengelihatannya.
Tulisan Song Jihyo.
Dear appa Jong Kook,
Appa anyeong.Hahaha Hyo sengaja tulis surat ni buat appa.Appa kalau appa dah dapat surat ni,bermakna Hyo dah takde di dunia ni lagi.
Appa wae?Wae appa tak cakap sebelum ni?Appa tahu tak appa buat Hyo rasa berdosa sangat dekat appa.Kenapa appa tak cakap appa cuba selamatkan keluarga Hyo?
Hyo rasa berdosa sangat sebab Hyo dah benci appa separuh nyawa.Mianhe,jeongmal mianhe.Hyo tak jadi anak yang baik kat appa.
Hyo minta maaf kalau dah tuduh appa yang buruk².
Hyo minta maaf sangat kalau Hyo buat appa rasa sedih dengan perangai Hyo.Hyo minta maaf sangat buat appa marah dengan perangai biadap Hyo.
Sekali lagi,Hyo nak cakap terima kasih sebab nak jaga Hyo.Saranghae appa.
Truly,
Song Jihyo.Jong Kook mengalirkan air matanya setelah membaca surat dari Jihyo.
"Mianhe,Hyo-ah.Jeongmal mianhe".
**************
Jong Kook menuangkan soju ke dalam gelas.Setelah memberi penghormatan pada pusara yang berada di hadapannya.
Jong Kook memerhati pusara di hadapannya."Joong Ki-ah,mesti kau bahagia kan kat sana?Aku harap kau tenang di sana".Ujar Jong Kook.
"Mianhe,aku gagal jadi appa yang baik pada Hyo.Aku gagal jaga Yerin dari sifat tamak Keluarga Kim.Mianhe Joong Ki.Disebabkan Keluarga Kim lah,korang kena pergi".
Mata Jong Kook mulai berkaca.
Flashback on—
Sewaktu Jong Kook hendak menyeberangi jalan raya,dirinya dikejutkan oleh sebuah bunyi pelanggaran yang kuat.
Langsung sahaja dia melihat ke arah bunyi tersebut.Matanya terbuntang luas apabila dia ternampak sebuah kereta berlanggar dengan sebuah trak.
Entah mengapa,kakinya refleks berlari ke arah kereta tersebut.Matanya memandang ke dalam kereta tersebut untuk mencari kehidupan yang berada dalam tersebut.
Kelihatan dua tubuh namja sudah tak bernyawa di tempat duduk hadapan.Mata Jong Kook membulat apabila dia terlihat sesuatu bergerak gerak.
Dengan gerakan cepat,Jong Kook membuka intu kereta tersebut dengan susah payah disebabkan bentuknya yang dah remuk.
"Song Joong Ki!?".Langsung tangan Jong Kook menggenggam tangan Joong Ki."Kenapa boleh jadi macam ni?".Soal Jong Kook dalam pada cuba mengeluarkan Joong Ki yang kakinya tersepit.
"J-Jong K-Kook.Aku dah tak b-boleh tahan lama dah.Aku minta tolong kau.Tolong jaga Yerin untuk a-aku.Tolong jaga J-Jihyo".Pinta Joong Ki lemas.
"Aniy,aku akan keluarkan kau.Aku janji aku akan keluarkan kau hidup²".Jong Kook cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan Joong Ki dari situ.
"Tak mungkin kau dapat selamatkan aku!Aku dah tak lama lagi kat dunia ni.A-aku ada barah otak stage 4.Bulan ni adalah bulan terakhir aku!Aku harap kau dapat tolong aku jaga diorang.J-Jong Kook,s-sekurang kurangnya aku a-ada alasan untuk pergi.J-jebal.Kejar balik Yerin.D-dia masih sayangkan kau".
Setelah berkata demikian,Joong Ki mulai menutup kedua belah matanya.Nafasnya yang terakhir mulai dihembuskan.Pendarahan pada perutnya yang tertusuk kaca cermin membuatkan dia hilang banyak darah.
Flashback off—
"Joong Ki,aku betul² minta maaf sebab gagal jaga anak kau.Mianhe".Setelah berkata demikian,Jong Kook mulai meninggalkan pusara tersebut.
******************
Jong Kook's End
YOU ARE READING
[C]Dorm 0094
Mystery / Thriller#HorrorLove Jangan pernah sesekali masuk ataupun berniat untuk mengambil dorm 0094 sebagai tempat tinggal.Kerana Dorm itu telah dimiliki oleh si 'empunya'. Setiap kali ada orang yang ingin menghuni tempat itu,pasti akan dihalaunya. Song Jihyo,pelaja...