Tibalah dimana hari yang dinanti nantikan oleh para pelajar Vrexco Highschool.Malam ini adalah malam Prom Night VHS bertemakan pesta bertopeng.
Para pelajar dibenarkan pulang dua jam lebih awal.Memberikan para pelajar menyiapkan diri dan berdandan untuk malam prom nanti.
Jihyo kembali ke dormnya,merehatkan dirinya.Lelah dengan aktiviti di sekolah.Belum ditambah tidurnya yang tidak cukup kerana bergadang semalaman menonton Running Man sampai lima episod.
Jihyo membaringkan tubuhnya di atas katil.Nafasnya dihembuskan.Terlalu banyak benda yang difikirkan kebelakangan ini.
Jihyo teringat akan Sehun.Semenjak kejadian Jihyo meminta Sehun menemaninya,dia tak lagi melihat Sehun datang ke dorm 0094.
Sehun malah tak menganggunya lagi."Haih,kemanalah si albino ni pergi?".Kantuk mulai menguasai diri Jihyo.Perlahan,matanya tertutup untuk menuju ke alam lalaland.
**************
Jam mula menunjukkan pukul 3.45 petang.Jihyo masih lagi tertidur lena.Dorm 0094 itu kelihatan damai dan tenteram.Angin sepoi² bahasa memasuki dorm itu melalui tingkap,memberikan si penduduk di dalam dorm itu menyedut oksigen yang baik.
Dorm itu damai sehinggalah bunyi nyaring dari sebuah bentuk segi empat berlogo apel digigit berdering kuat.
All my friends are heathens take it slow,wait for them to ask you who you know....
Dengan gerak perlahan,Jihyo membuka matanya.Dia lantas mengambil iPhone nya yang tergeletak di sampingnya.
Jihyo lantas menjawab tanpa melihat ke arah ID Caller."Yobosaeyo?".Sapa Jihyo dengan suara yang serak khas orang bangun.
"Babe,kau tengah tidur ke?".Soal suara itu yang diyakini Taehyung."Hmm".Balas Jihyo singkat.Masih mengumpul nyawa setelah dikejutkan dengan panggilan itu.
"Kau tak siap lagi ke?Oyemjehh,babe dah jam berapa ni?Hyo,kau kena buat rambut lagi.Make—"
"Tae,Omg please.Aku tak mengambil masa yang lama untuk buat semua benda tu okey".Jihyo menggulingkan bola matanya ke atas.Kecoh betul si Taehyung ni.
"Babe,kau boleh buat derk jer? Hello,this is Prom Night okey.Sekali dalam seumur hidup.Kau kena bersiap awal.Ni tak,kau masih boleh membuta.Kalau orang lain en,diorang dah—".
"Okey².Aku bersiap sekarang.Dahlah,aku nak pergi mandi,nak bersiap.See ya".Langsung sahaja dia mematikan panggilan itu.
Kalau tak,sampai ke tahun depanlah si Taehyung tu membebel tak tentu pasal.Dah lagak seperti omma dia sahaja.Yeah,walau diakaui jika Taehyung sangat protektif akan dirinya.
Memandangkan dia tiada parents kandung.
Jihyo mula bangkit dari baringnya.Langsung sahaja ke almari lalu mengambil T-shirt hitam,jeans hitam koyak kat lutut.
Jihyo lalu menukar pakaian sekolahnya ke pakaian yang diambilnya.Rambutnya diikat satu lalu dia memakai topi hitam.
Jemarinya menari di atas layar iPhone lalu mendail nombor seseorang.iPhone itu lalu dilekapkan di telingnya.
"Yobosaeyo?".Soal suara seseorang di hujung sana apabila talian disambungkan.
"Kau dah siapkan apa yang aku suruh?".Soal Jihyo.
YOU ARE READING
[C]Dorm 0094
Mystery / Thriller#HorrorLove Jangan pernah sesekali masuk ataupun berniat untuk mengambil dorm 0094 sebagai tempat tinggal.Kerana Dorm itu telah dimiliki oleh si 'empunya'. Setiap kali ada orang yang ingin menghuni tempat itu,pasti akan dihalaunya. Song Jihyo,pelaja...