Jihyo membuka matanya perlahan lahan.Pandangan pertama yang menyapu matanya ialah Kim Soo Hyun.
Senyuman terpapar jelas di wajah Soo Hyun.Jihyo memandang sekeliling untuk mengetahui kedudukannya sekarang.
Dia lantas duduk dari baringnya.Selang oksigen dilepaskan."Hyo kat mana ni?".Soal Jihyo memandang sekeliling.Soo Hyun lantas berdiri dari duduknya dan mendekati Jihyo.
"Gwenchana.Hyo kat bilik kesihatan VHS.Hyo baring dulu,rehat.Keadaan kamu belum pulih sepenuhnya".Ucap Soo Hyun.
Jihyo mengangguk lalu kembali berbaring.Jujur sahaja,kepalanya masih pening akibat asap karbon dioksida itu.Soo Hyun mendekati sebuah meja untuk mengambil makanan yang dibungkusnya untuk Jihyo.
Setelah itu,langkah dihalakan menuju ke arah Jihyo yang sedang berbaring di atas katil khas bilik kesihatan VHS.
"Hyo,makan dulu".Ujar Soo Hyun.Mata Jihyo terbuka sedikit lalu mengangguk.Soo Hyun membantu Jihyo untuk duduk.
Dulang yang berisi semangkuk bubur ayam dan segelas air putih diletakkan di atas meja berdekatan katil Jihyo.
Jihyo menyandarkan kepalanya di kepala katil.Soo Hyun duduk di bangku berdekatan Jihyo.Mangkuk bubur ayam diambilnya.
Soo Hyun menggaul sedikit bubur ayam itu menggunakan sudu,lalu diangkat untuk menyuap Jihyo.
Jihyo membuka mulutnya menerima suapan Soo Hyun.Suapan pertama,berjaya ditelan Jihyo.
Dia memandang ke sekeliling.Hening menguasai suasana antara Soo Hyun dan Jihyo.
"Hyo,ahhh~~".Soo Hyun menganga lalu mendekatkan sudu yang berisi bubur ke arah mulut Jihyo.
Jihyo menyambut suapan Soo Hyun.Dia mengunyah perlahan buburnya.Matanya memandang ke atas.Otaknya ligat memikirkan sesuatu.
Kini,bubur telah dihabiskan oleh Jihyo.Sejak tadi,dia cuba fikir apa yang dia lupa.Sewaktu dia sedang minum,matanya melebar.
Hah,baru dia teringat sesuatu yang dirasanya hilang.
Oh Sehun!
Namja itu yang difikirkannya sebelum dia lupa.Dengan cepat,Jihyo meneguk air minumnya.Diletakkan gelas itu di atas meja.
"Uncle,Hyo nak balik dorm".Ucap Jihyo ke arah Soo Hyun.Terkedu seketika Soo Hyun dibuatnya.'Balik dorm?'.Monolog Soo Hyun.
"Ermm,Hyo uncle rasa en Hyo tak payahlah balik dorm.Hyo balik rumah lah,nanti appa kamu boleh tengok keadaan kamu".Ujar Soo Hyun mengajukan cadangan.
"Gwenchana.Kalaupun Hyo balik rumah tu,Hyo jadi mayat adalah".Balas Jihyo menggulingkan bola matanya.SooHyun memandang Jihyo seketika.Matanya dikecilkan.
"Kalau macam tu Hyo tinggal sementaralah dekat residences uncle.Nanti kalau Hyo dah sembuh,Hyo baliklah dorm".Cadang Soo Hyun lagi.
Jihyo tampak berfikir.Soo Hyun berharap jika Jihyo mahu menerima cadangannya itu.Dia nak Jihyo dalam keadaan sihat.Dan menjauh dari dorm tu.
"Takpelah uncle.Hyo nak balik dorm juga".Balas Jihyo lalu melompat turun dari katil.Pakaian dibetulkan lalu tangannya dihulurkan untuk mengambil beg sekolahnya.
"Are you sure to...".
"Yes I'm sure uncle".Balas Jihyo.Dia menghadiahkan Soo Hyun senyuman manis lalu menepuk perlahan pipi kanan Soo Hyun
"Arraseo,take care yourself".Ujar Soo Hyun dan dibalas lambaian Jihyo yang membelakanginya.
Soo Hyun menghembuskan nafasnya berat.Dia kena susun plan untuk Jihyo keluar dari dorm itu.
YOU ARE READING
[C]Dorm 0094
Misteri / Thriller#HorrorLove Jangan pernah sesekali masuk ataupun berniat untuk mengambil dorm 0094 sebagai tempat tinggal.Kerana Dorm itu telah dimiliki oleh si 'empunya'. Setiap kali ada orang yang ingin menghuni tempat itu,pasti akan dihalaunya. Song Jihyo,pelaja...