Jihyo bangun seawal jam 5 pagi akibat deringan dari iPhone miliknya.Dengan mamai,Jihyo mengambil iPhone miliknya lalu menjawab panggilan tanpa memandang id caller.
"Yobosaeyo?".Soal Jihyo dengan suara serak khas orang bangun.Tiada yang menyahut.Tetapi dia hanya mendengar suara hembusan nafas.
"Yobosaeyo?".Soal Jihyo kali ini.Tiada yang menyahut,sama sahaja.Hanya kedengaean nafas yang dihembus."Yah,kalau nak main² pun tengok jam dulu lah!".Tengking Jihyo yang marah akibat tidurnya diganggu.
Oh,c'mon.Jam baru pukul 5 suku,ada masa berapa jam lagi sebelum sekolah bermula.Tapi,pagi² ni,entah beruk mana yang mengganggu tidurnya yang lena itu.
"T-Ting-Galkan D-dorm tu!".Jihyo mengerutkan dahinya apabila sahutan yang dia dapat ada seperti demikian."Yah,apa yang korang nak hah?".Soal Jihyo geram.
"TINGGALKAN DORM TU!!".Keras amaran dari suara di seberang sana.Jihyo mengerutkan dahinya tak mengerti.
"Hei,dengar sini.Aku takkan sesekali tinggalkan dorm yang cantik ni.Ingat sekali lagi.Dorm 0094 dah rasmi menjadi milik Song Jihyo!!".Jihyo menekan semua ayatnya.
"Aku ingatkan kau sekali lagi,dorm tu aku yang punya!So kau dialu alukan keluar dari dorm tu!".Perintah suara tersebut.
"Owh,kau owner bilik ni?Kau kan namja,kenapa kau nak dorm ni hah?Dah lah dorm yeoja!Hei,aku tak kira,dorm 0094 ni dah rasmi aku yang punya mengikut peraturan Dorm Vrexco Highschool".Balas Jihyo tak kalah tajam.
"Bodohlah tu peraturan.Peraturan tak peraturan,DORM TU MILIK AKU!!".Jihyo menjarakkan sedikit iPhone miliknya dari cuping telinganya.
"Aku-Takkan-Keluar-Dari-Dorm-0094.Mark my words!".Jihyo mengeraskan rahangnya akibat berurusan dengan si pemanggil.
"Okey,kalau kau nak sangat dorm tu,gunalah!Tapi jangan salahkan aku kalau kau kena ganggu macam semalam!".Amaran dari suara itu.
"Buatlah apa pun.Aku takkan tinggalkan dorm ni!".Tanpa menunggu lama,panggilan ditamatkan.
"Huh,diorang ingat diorang siapa nak halau aku dari dorm ni!?".Geram sungguh Jihyo dibuatnya.Tidurnya yang tertunda tadi,ingin kembali dia sambung.
Tetapi,belum sempat Jihyo memejamkan matanya,deringan dari iPhone Jihyo kembali bergema."Haish,shetan mana lagi ni yang nak ganggu aku!".Jihyo mengambil iPhone nya kasar lalu menjawab.
"YAH!APA LAGI YANG KAU NAK SHETAN!?MASIH TAK PUAS GANGGU AKU!?AKU DAH CAKAP AKU TAKKAN KELUAR DARI DORM NI!".Amuk Jihyo yang sedari tadi ditahannya.
"Hyo,ni uncle lah.Wae Hyo cakap macam tu?Yang pepagi dah mengamuk ni kenapa?".Soal Soo Hyun terkejut dari seberang sana.
Jihyo memejamkan matanya sambil mengatur nafas.Ditarik dan diturunkan nafasnya untuk meredakan amarahnya.
"Mianhe,uncle Soo Hyun.Hmm,wae call Hyo pagi² ni?".Soal Jihyo dingin.Matanya dilihat ke jam yang tergantung.
'Jam 5.15'.Detik hatinya."Takdelah,uncle just nak ajak kamu makan breakfast nanti jam 6.Uncle inform awal² ni supaya Hyo tak kelang kabut nanti".Ujar Soo Hyun di seberang sana.
Apabila difikir balik,Jihyo lapar pada detik ini.Dan dia sangat malas untuk memasak sarapannya.(Kat dorm diorang ni ada mini kitchen)
"Hmm,okeylah.Jam 6 tapi Hyo tak nak makan kat sekolah.Hyo nak makan kat luar".Ujar Jihyo setelah menimbang nimbang jawapannya.
"Wae kat luar?Kenapa tak nak kat sekolah jer?".Soal Soo Hyun pelik."Hello uncle,jangan ingat Hyo tak tahu yang uncle banyak peminat?Students ngan saem pun sama minatkan uncle.Hyo tak naklah kena terkam nanti".Balas Jihyo sebal sambil menggulingkan bola matanya ke atas.
YOU ARE READING
[C]Dorm 0094
Mystery / Thriller#HorrorLove Jangan pernah sesekali masuk ataupun berniat untuk mengambil dorm 0094 sebagai tempat tinggal.Kerana Dorm itu telah dimiliki oleh si 'empunya'. Setiap kali ada orang yang ingin menghuni tempat itu,pasti akan dihalaunya. Song Jihyo,pelaja...