Bab 5

3.5K 85 0
                                    

Semasa waktu berehat

Aku seperti biasa berjalan dengan rakan² ku Am, Ipan, Amir Zila dan Mia untuk ke cafeteria. Kami berenam sentiasa bersama sejak kami masuk kampus ni sehingga la sekarang. Sehinggakan kami digelar GENG BUDDYZ.

Aku disuruh oleh mereka berlima untuk menjaga tempat duduk. Sambil menunggu mereka selesai mengambil makanan, aku bermain telefon bimbit ku tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di situ.

Tiba², ada seseorang duduk di sebelah ku. Aku fikirkan orang itu adalah Am, jadi aku buat² tak tahu je la dan terus bermain dengan telefon bimbit.

Sedang aku asyik bermain dengan oppo f1s milikku, aku terdengar suara Am menyapa seseorang. Terkejut aku dibuatnya apabila melihat orang yang disebelahku bukan Am tetapi, Encik Haikal.

"Awak.. Ehh.. Encik buat apa kat sini??" soal ku tersasul.

Encik Haikal hanya tersenyum. "Haiqa, awak boleh ikut saya kejap? Saya nak bagi sesuatu yang awak tercicir tadi." pinta Encik Haikal. Aku pun mengangguk.

Aku mengekori Encik Haikal dari belakang kerana takut banyak mata yang memerhati.

Encik Haikal pelik kerana aku tidak berjalan beriringan dengannya dan dia pun berkata, "kenapa awak tak jalan beriringan dengan saya? Kenapa tak sudi?"

"Bukan tak sudi cuma saya takut banyak mata yang memerhati kalau² mereka nampak saya berjalan dengan awak.. Ehh.. Encik." jawab ku dan tersasul sekali lagi.

"Boleh tak awak panggil saya Haikal je tak perlu sampai berencik-encik ngan saya? Rasa janggal la. Kita cakap macam biasa ja cuma dalam kelas je awak berencik ngan saya. Boleh?" pinta Haikal.

"Boleh tu memang boleh tapi, encik kan lecturer saya. Tak pa ke saya panggil encik, Haikal je?" tanya ku kuatir. Haikal hanya mengangguk.

Haikal memberikan semula buku² ku yang aku tertinggal padanya pagi tadi. Selepas mengucapkan terima kasih, aku meminta diri untuk pergi ke kawan² ku.

Baru sahaja aku mahu melangkah, Haikal memanggil nama ku dan berkata, "awak free tak lepas habis kelas ni?"

"Free. Kenapa ye?" tanya ku pelik.

"Great. Bukan apa, saya nak ajak awak keluar lepas habis kelas ni boleh?" tanya Haikal meminta persetujuan daripada aku.

"Saya mintak maaf. Saya rasa tak boleh la. Lagipun saya tak kenal awak. Walaupun awak pengganti lecturer lama saya tapi, saya tak boleh. Saya risau nanti ayah saya marah. Ayah saya dah pesan jangan keluar dengan orang yang kita baru kenal tambah² lelaki. Lagipun, dalam ramai² kawan lelaki saya, cuma Am je yang ayah kasi saya keluar ngan dia. Lagipun, dia dah macam abang saya. Ayah saya pun berkawan baik dengan family dia." terangku panjang lebar. Haikal mengangguk tanda faham.

"Kalau macam tu tak pe la. Saya faham. Tapi, boleh saya mintak nombor telefon awak?" aku mengangguk dan terus beri nombor telefon ku tanpa berfikir panjang.

"Kalau tak ada apa², saya mintak diri dulu la. Mesti kawan² saya dah lama tunggu." aku pun berlalu pergi meninggalkan Haikal sendiri dan membawa buku² yang Haikal pulangkan tadi.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now