Bab 18

2.7K 72 1
                                    

Seperti yang dijanjikan, kami berenam keluar dinner bersama-sama dan the best part is, orang belanja. Sapa je yang tak suka orang belanja. Semua suka kan kan kan? Lagipun, orang tua² dulu cakap 'rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari'. Ye dak?

"Pan, thanks lanja kitaorang dinner hari ni." kata Am selepas perut masing² sudah kenyang diisi dengan pelbagai hidangan.

"No hal la bro. Lagipun bukan selallu nak lanja kawan² kan." jawab Ipan.

"Tadi lepas balik jogging, Mia lanja. Dinner Ipan pulak lanja." kata Amir.

"Orang cakap, kalau ada rezeki lebih kongsi. Ye dak?" kata Mia pula kali ni.

"Betul tu. So, lepas ni kalau ada rezeki lebih lanja la lagi." kata Zila. Kami semua mengangguk.

"Qa, kau asal senyap je." soal Am apabila melihat jirannya hanya diam membisu tanpa sepatah kata. Yang lain hanya tertumpu padaku.

"Dah takde benda nak cakap, aku diam je la." jawabku.

"Qa, kau asal doo? Aku tengok kau macam nak bagitau something kat kitaorang." soal Amir.

"Aku tak tau cenna nak cakap tapi, aku rasa korang perlu tau." kataku.

"Apa?" soal mereka serentak.

"Aku.. Ermmm.. Aku.."

"Aku apa?"

"Aku.. Nak.. Kahwin.."

"Haa? Kahwin?" kata mereka sedikit kuat tetapi, Am dikecualikan kerana dia sudah dimaklumkan dari awal. Aku hanya mengangguk.

"Tapi, dengan sapa? Aku tengok kau boyfriend pun takde. Asyik berkepit ngan Am je. Takkan Am kot. Dia ni dah la fah ada awek. Kau agak la Qa." kata Ipan laju seperti mesin gun. Yang lain hanya mengangguk mengiakan apa yang Ipan katakan.

"Memang tak la aku nak kahwin ngan dia ni. Aku bukan perampas ok."

"Then? Sapa?" soal Mia.

"Alif Haikal."

"Alif Haikal? Macam pernah dengar je nama tu."

"Lecturer kita la. Korang ni lambat pick up la." celah Am setelah lama mendiamkan diri.

"Lecturer kita?!" kata mereka sedikit kuat. Pengunjung restoren yang lain hanya memerhati kami berenam.

"Korang ni, slow la sikit suara tu. Tak malu ke orang tengok?!" marahku.

"Lantak la. Tapi, series la Haiqa. Encik lecturer tu future husband kau?" kata Zila.

"Series la. Nampak macam muka penipu ke?"

"Takde la. Kitaorang just pelik. Cenna kau bleh ngan dia pulak ni?" kata Zila lagi.

"Pilihan keluarga."

"Wei. Zaman sekarang ni mana ada dah orang kahwin atas pilihan family." kata Amir.

"Ntah kau. Lagipun kita muda lagi kot. Baru 21 tahun. Plus, abang kau pun tak kahwin lagi." tambah Zila.

"Nak buat cenna. Dah jodoh awal. Terima je la. Lagipun, korang tau kan aku ni cenna. Susah nak cakap 'tak' kat parents aku."

"Ye, kitaorang tau. Jadi, kau tak kesah?" tanya Amir.

"Tak. Sebab aku yakin, pilihan family ni yang terbaik. Lagipun, Encik Haikal tu anak kepada kawan parents aku. Lagipun, aku memang rapat ngan family dorang tambah² anak perempuan dorang. Kak Tia nama dia. Tapi, aku tak pernah tau pun yang kak Tia ada adik. Aku ingatkan kak Tia anak tunggal. Rupanya ada sorang adik lelaki iaitu Encik Haikal. Aku pernah gak tanya, asal aku tak pernah jumpa pun ngan adik kak Tia tu. Ayah aku cakap, dia sambung belajar oversea. Sebab tu tak dapat jumpa. Yang paling aku tak expect, adik kak Tia tu Encik Haikal. Lagipun, parents aku panggil Encik Haikal tu, Alif. Mana aku nak tau. Tup tup, tadi dia ngan parents dia datang nak bincang pasal wedding kitaorang. Aku masuk rumah tu, aku tak perasan pun dia ada kat dalam. Lama aku duduk sekali ngan dorang, Encik Haikal chat aku cakap 'bosan kan?' aku dah pelik la tetiba je dia chat aku cakap centu. Pastu, dia suruh aku angkat kepala tengok belah kiri. Lagi la aku pelik tetiba je dia suruh aku buat centu. Aku tanya dia 'kenapa?'. Pastu dia suruh gak aku buat centu. Aku pun buat cam yang dia suruh. Terbeliak biji mata aku tetiba dia ada kat rumah aku. Then, baru aku tau yang Alif yang parents aku maksudkan tu Encik Haikal kesayangan korang tu. Tamat...." terangku panjang lebar. Mereka hanya mendengar dengan teliti dan menganggukkan kepala masing².

"So, bila wedding kau?" soal Zila.

"Cuti semester ni." jawab aku ringkas. Penat kot cakap panjang² tadi.

"Maksud kau next month?" soal Amir pula dan aku hanya mengangguk.

"Cepatnya. Preparations semua cenna? Kau ngan Encik Haikal confirm² busy. Kau ngan nak exam lagi, nak buat assignment. Encik Haikal nak check paper semua. Sempat ke nak buat preparations semua?" kata Mia. Aku hanya mengangkat bahu.

"Tapi, aku rasa sempat kot siap semua. Sebab parents aku ngan Haikal cakap, pasal preparations semua jangan risau. Nanti dorang settle kan. Tugas aku ngan Haikal just gi fitting baju pengantin and discuss kitaorang nak tema warna apa anf macam mana. Yang lain serah kat dorang. Kitaorang pun iakan je la." kataku dan menyedut baki minuman.
Mereka memandang aku dan aku memandang mereka satu per satu. Takde la. Aku tengah minum air pun dorang pandang tak berkelip. Tak pernah tengok orang minum air ke apa. Ke aku ada salah cakap tadi.

"Korang asal doo?"

"Takde la. Biasanya kau kalau mention nama Encik Haikal, Encik Haikal. Tapi, tetiba tadi kau mention Haikal je. Encik mana?" soal Ipan. Yang lain hanya mengangguk.

"Takpe. Bakal suami. Tak perlu nak berencik sangat. Encik Haikal tu just dalam kampus. Luar kampus, Haikal only."

"Ouhh." kata mereka sambil mulut berbentuk 'o'.

"Korang agak² kan, kalau budak perempuan kat kampus tu tau Encik Haikal nak kahwin ngan si Haiqa ni kn, agak² nanti Haiqa kena serang tak dengan fans Encik Haikal?" soal Am kepada kami semua.

"Korang. Kena serang ke? Cukup la dulu aku kena serang ngan fans si Am ni."

"Aku rasa kena kot. Lagipun, Encik Haikal lagi ramai peminat dari si Am ni." kata Amir.

"Biar je la. Yang aku tau, hal aku nak kahwin dengan Encik Haikal korang ni takkan ada sesapa tau."

"Maksud kau, kau nak rahsiakan perkahwinan kau ni?" soal Mia. Aku hanya mengangguk.

"Kalau Encik Haikal yang bagitau?" soal Ipan.

"Aku lari time wedding."

"Kau sembang klcc pun boleh runtuh. Sanggup ke kau nak malukan family kau?" kata Am dengan nada sinisnya. Aku hanya tersengih.

"Tak sanggup kan?" kata Am dan aku masih tersengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun kemas. *perasan kejap.

"Dah agak dah." kata mereka semua serentak.

"Haiqa Farhana man." kataku dengan bangganya. Mereka semua hanya membuat muka toya.

"Aku tau aku anak yang baik. Tak perlu la semua buat muka macam tu." kataku dan mereka masih dengan muka toya itu dan, "blah la kau." kata mereka.

"Biar la nak blah ke tak. Ni tempat korang ke? Takkan. So, bior le." kataku sambil menyedut baki aor dalam gelas sehingga habis.

"Karang daripada nak naik pelamin, bertukar naik katil hospital kang." kata Zila dan mendapat anggukkan dari rakan yang lain.

"Wuuuu.. Takutnya titewww." mereka semua menjeling ke arah ku.

"Korang, jom la balik. Malas aku nak layan pengantin to-be ni." ajak Zila.

"Jom." kata mereka serentak. Mereka semua bangun dan meninggalkan aku keseorangan.

"Kuang ajor betul dorang ni. Tinggal aku centu je. Aku tak jemput time wedding aku baru tau." aku turut bangun dan berjalan ke arah kereta milik Am. Dah datang sama², balik pun kena sama² la kan.

*sorry for the bored story. I'll try my best to make this story much fun. And thanks for all readers to read and vote my story. And lastly, sorry for the bad english writting.

*buat² fhm dh la😂

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now