Bab 14

2.8K 65 7
                                    

Back to Haiqa's POV

Aku berjalan menuruni tangga. Aku terus menuju ke arah ayah dan ibu yang sedang minum petang di ruang tamu.

"Ayah.. Ibu.." sapaku sambil tersengih sengih macam kerang busuk ehh, wangi. Aku wangi ok. Kalau berani cakap la aku busuk, aku bagitau author jangan publish dah chapter seterusnya. Hahahaha*gelak jhat😈

"Ni yang tersengih sengih macam kerang busuk ni dah kenapa?" soal ibu.

"Mana ada busuk, adik wangi la ibuuu." rengekku.

"Ye la tu wangi. Ni yang tersengih sengih ni nak keluar la tu?" soal ibu apabila melihat aku bertudung ketika di dalam rumah.

"Ermmm... Boleh tak?"

"Nak gi mana?"

"Taman."

"Buat apa?"

"Macam biasa, nak jogging."

"Dengan sapa?"

"Ibu... Ibu.. Chill la.. Asal tetiba banyak pulak soalan dia."

"Dengan sapa?" ulang ibu sekali lagi.

"Assalammualaikum." kedengaran suara dari luar memberi salam.

"Waa'laikummussalam." jawabku dan terus meluru ke arah pintu rumah.

"Woi!! Jom!!" laung suara itu dari luar pagar rumah.

"Kalau ye pun, masuk la dulu. Kau ni tak sober²."

"Ye la." aku dan si dia masuk dan berjalan ke arah ibu dan ayah.

"Ibu.. Ni la orangnya yang adik nak gi jogging sama² tu." kataku apabila tiba di ruang tamu.

"Ohh.. Am rupanya." kata ibu.

"Korang dua ni dari dari tadika sampai dah masuk U pun, asyik berkeeeepit je kerja. Gi mana² sama². Dulu, gi sekolah sama². Bila dah habis sekolah, gi kampus pulak sama². Dah macam adik beradik je korang dua ni." kata ayah. Kami berdua hanya memandang satu sama lain dan membuat high five atas angin. *bukan muhrim ok. So, atas angin je.

"Mestilah rapat. Kita kan BUDDYZ." kataku dan Am serentak.

"Oklah ayah,ibu. Kami gerak dulu la." kataku dan kami mengangkat punggung dari sofa.

"Ehh. Kejap, kejap. Takut nanti ayah lupa. Sabtu ni uncle Syukri dengan aunty Sara nak datang rumah." kata ayah sebelum sempat aku dan Am melangkah.

"Ouhh. Ok. Kak Tia pun datang jugak ke?" soalku.

"Entah. Yang pasti uncle Syukri, aunty Sara dengan bakal suami adik akan datang sekali."

"Ba-bakal suami Haiqa?" soal Am apabila ayah menyebut perkataan 'bakal suami'.

"Ye, bakal suami. Haiqa tak bagitau Am lagi ke? Seingat ayah, antara korang dua ni takde rahsia antara satu sama lain." kata ayah.

"Takde pun si ketot ni bagitau Am." dengar saja Am sebut 'si ketot' terus aku menyiki perut dia. Bukan aku yang ketot, dia yang terlebih tinggi macam galah.

"Sesedap rasa kau je panggil aku 'si ketot'. Kau tu yang terlebih kalsium, nak cakap aku ketot. Aku hempuk kau pakai talam ibu pegang tu, tak pasal² terbenam dalam tanah kang."

"Betul pe kau ketot. Bagitai sikit berapa tinggi kau."

"160 cm. Tinggi la tu. Kau tu, berapa tinggi kau? Bagitau sikit." tinggi kan korang?

"189 cm. So?" korang tengok. Bapak tinggi dia ni. 1 cm lagi nak jadi 190 cm. Kau rasa? Aku tinggi ke, galah ni yang terlebih tinggi?

"Kau tu yang ter...." belum sempat aku menghabiskan ayat, ibu terus menegur.

"Korang dua ni dah² la gaduh tu. Penat ibu tengok. Setiap hari ada je yang korang nak gaduhkan. Kalau abang ada ni, lagi pening ibu nak dengar korang gaduh. Dah², tadi kata nak gi jogging kan? Dah, gi jogging sana." kata ibu. Yang ayat yang last tu, cam menghalau je.

"Ibu,ibu halau kitaorang ke?" kataku dengan nada yang konon sedih. Ibu terus mengangkat punggung dan terus berlalu ke dapur.

"Betul cakap ibu tu. Dah gi jogging sana. Ayah nak dating ngan ibu." kata ayah. Aku dan Am sekali lagi memandang antara sati sama lain dan terletusnya ketawa kami berdua. Terbahak-bahak aku dan Am ketawa. Kalau boleh dua² nak gelak sampai guling² atas lantai.

"Ahhahahahaha. Da-dating. Hahahahahahaahha. Aduh, aduh. Sakit perut." kata Am diselangi tawa.

"Hishhh.. Dah gi sana. Sibuk je." kata ayah sambil menjeling aku dan Am yang masih ketawa hingga terduduk di atas lantai sambil menekan nekan perut masing².

Setelah beberapa saat, tawa kami berdua reda kerana melihat jelingan maut ayah. Huishh, jelingan tu. Aku mencuit bahu Am untuk beredar dari ruang tamu apabila melihat jelingan ayah tidak pudar. Seram woii.

"Wuishhh.. Jelingan ayah, mengerikan dooo." kata Am setelah kami keluar dari rumah.

"Tu la pasal. Aku pun seram. Jelingan tu... Huishh, tak terkata aku." kataku.

Kami hanya berjalan untuk ke taman memandangkan taman dengan rumah kami hanya beberapa meter sahaja.

Setelah sejam aku dan Am berjogging di persekitaran taman, kami berhemti di sebuah bangku batu yang tersedia di taman. Setelah beberapa saat kami berdua mendiamkan diri kerana penat, Am membangkitkan semula isu 'bakal suami' tadi.

"Qa, kau dah nak kahwin ke? Tak bagitau aku pun."

"Aku pun tak tau. Tau² je ritu ayah ngan ibu bagitau, uncle Syukri dengan ayah nak satukan aku dengan anak lelaki uncle Syukri. Yang lawaknya, aku tak pernah tau pun yanv uncle Syukri tu ada anak lelaki. Aku ingat kak Tia anak tunggal rupanya ada adik. "

"So, maknanya kau tak kenal pun sapa bakal suami kau?"

"Tak. Yang aku tau, nama dia Alif. Dia sebaya ngan abang Paan, 26 tahun. And dia kawan sepermainan abang Paan time budak² dulu."

"Tu je kau tau pasal dia?" soal Am lagi dan aku hanya mengangguk.

"Kau kira beruntung sebab kau orang pertama yang tau aku nak kahwin."

"Apa yang nak beruntungnya? Memang semua pasal kau, aku yang selalu akan jadi orang first yang tau selepas family kau. Kan?"

"Of course, kau kan sahabat merangkap abang aku. And kita kan dah janji tiada rahsia antara kita. Aku kena jadi orang first yang tau semua pasal kau selepas family kau, sama jugak ngan kau. Remember?"

"Of course la ingat. Aku harap lepas kau kahwin pun, janji tu akan tetap dikekalkan la."

"Haruslah. Takkan sebab aku kahwin, semua janji kita kena dibubarkan. Mana boleh. Kita kan sahabat dunia akhirat. Susah senang sama²."

"Ok. Sekarang ni bileh tak aku nak kau janji something ngan aku?"

"Insyaallah. Apa?"

"Janji ngan aku, kau takkan sesekali ketepikan aku even kau dah kahwin boleh?"

"Ok, aku janji. Kau pun sama. Kalau one day kau dah kahwin, kau pun jangan sesekali ketepikan aku. Janji?"

"Janji." kami mengangkat jari kelingking masing² tanda berjanji. (Faham² sendiri je la😁) tapi, jari kami tidak bertaut hanya atad angin. Remember, bukan muhrim.

Note: lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, diharamkan untuk bersentuhan kecuali ketika darurat.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now