Bab 15

2.8K 76 4
                                    

Pada hari Sabtu itu,

Aku berjalan menuruni tangga sambil bernyanyi kecil.

"Ayah.. Ibu.." sapaku apabila tiba di meja makan.

"Adik, duduk makan." pelawa ibu. Aku mengambil tempat di hadapan ibu.

"Adik nak gi mana?" soal ayah apabila melihat aku memakai hijab di dalam rumah.

"As usual, jogging kat taman dengan Am, Mia, Zila, Ipan ngan Amir."

"Ye la. Jangan balik lewat sangat."

"Kenapa?" soalku hairan. Selalu ok je aku keluar jogging lama².

"Kan uncle Syukri, aunty Sara dengan bakal suami adik nak datang. Lupa la tu." kata ibu.

"Bukan lupa, tak ingat." kataku sambil tersengih menampakkan gigi putihku yang tersusun. *ceyhh.. Perasaan je lebih dia ni.

"Assalammualaikum." kedengaran suara dari luar memberi salam.

"Waa'laikummussalam." jawab kami sekeluarga serentak. Aku mengangkat punggung dari kerusi di meja makan dan terus menyalami tangan ibu dan ayah.

Aku keluar dari rumah dan menyarungkan kasut sukanku. Selesai memakai kasut, aku terus meluru ke arah si jejaka galah itu dan terus menepuk bahu dia.

"Hoii.. Jauh temenung, teringat awek ke?"

"Biar la aku nak teringat sapa pun, sibuk je ketot ni."

"Kau ni kan galah, memang tak sah kan tak kacau mood aku time pagi² ni."

"Memang pun. Tak lengkap tau hari aku kalau tak gaduh ngan kau."

"Banyak la. Dah la, jom. Kang bising dorang tu sebab kita lambat."

"Bukan selalu kita ke yang bising kat dorang sebab dorang selalu lambat. Kan?" kata Am sambil mengangkat sebelah kening beberapa kali.

"What ever." kataku dan terus berlari meninggalkan Am yang masih tercegat di hadapan pintu pagar rumahku.

"Woiii Qa.. Tunggu la." jerit Am ke arah aku dan terus mengejarku dari belakang. Sesiapa yang tidak mengenali kami berdua mesti akan ingat yang aku dan Am adalah pasangan bercinta kerana keakhraban antara kami berdua. Tetapi bagi yang mengenali aku dan Am, mereka akan tahu hubungan antara aku dan Am hanyalah hubungan persahabatan dan adik beradik walaupun kami bukan adik beradik yang sebenar.

Setelah beberapa jam kami berenam berjogging di taman, kami berhenti di sebuah pondok yang terletak di taman. Kami berehat di situ beberapa minit sambil bersembang kosong.

"Weii.. Dahaga la." kata Ipan setelah beberapa minit kami mendiamkan diri.

"Tu la.. Lapar pulaj tu." tambah Amir pula.

"Lepak kedai mamak jom." cadang Mia.

"Cantik gak tu. Jom." kata Zila.

"Korang.. Aku tak bawak duit ni, fon pun aku tak bawak. Aku lupa terus." kata aku. Huhu, sedihnya. Ada tak yang sudi hulurkan bantuan 👉👈

"Takpe, hari ni jom aku lanja korang semua." kata Mia. Kami semua dah bersinar-sinar mata mendengar perkataan 'lanja' dari mulut Mia.

Kami berenam berjalan menuju ke kereta milik Ipan memandangkan dia sahaja yang membawa kereta. Nasib la kereta dia besar boleh la memuatkan kami berenam.

Setelah beberapa minit berada di dalam kereta milil Ipan, akhirnya kami sampai di kedai mamak. Kami lepak di kedai mamak beberapa jam. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami pulang. Ipan menghantar aku dan Am hingga ke hadapan rumah kami.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now