Bab 10

3.3K 71 1
                                    

'Mana teksi ni.. Dah setengah jam tunggu, takkan takde satu pun yang lalu.. Aku rasa kawasan kampus ni senang je nak dapat teksi.. Tapi, apasal bila aku nak guna teksi, takde satu pun yang lalu..' keluh aku dalam hati.

Aku mencapai oppo f1s dari dalam beg. Apabila aku menekan butang on, tiba² fon aku terpadam dengan sendirinya. "Kau ni fon.. Time ni jugak la nak habis bateri.. Sampai bila nak tunggu ni.. Haishh.. Dah la penat.. Teksi ni pun satu, bila aku taknak naik bukan main banyak lagi yang lalu, bila aku nak naik takde satu pun yang lalu.. Memang hari ni, 'HARI CUTI TEKSI SEDUNIA' ke apa!!" kataku sendiri.

Aku duduk di tempat menunggu teksi dan bas yang tersedia di hadapan kampus. Aku mencari power bank di dalam beg. "Mana pulak la pergi benda ni.. Time ni jugak la takde.."

'Ya Allah.. Baru aku ingat.. Semalam aku charge then tagi tadi lupa nak ambik.. Malang sungguh nasib kau hari ni Haiqa..' getusku dalam hati sambil menepuk kepala dengan tangan.

Tiba² ada sebuah kereta BMW berhenti di hadapan aku. Tingkap kereta sebelah penumpang diturunkan.

??? : Haiqa, kenapa tak balik lagi ni??

Aku mendekati kereta itu lalu berkata,

Aku : ouhh Haikal.. Haiqa ingatkan sapa tadi. Haiqa tengah tunggu teksi.
Haikal : tunggu teksi?? Selalu Haiqa balik ngan sapa??
Aku : selalunya Haiqa balik dengan Am tapi, hari ni dia tak datang terapsa naik teksi la.
Haikal : habis tu pagi tadi Haiqa, sapa habtar Haiqa??
Aku : ayah hantarkan.
Haikal : ouhh.. Kalau macam tu jom la Haikal hantar Haiqa balik.
Aku : ehh.. Takpe².. Haiqa boleh naik teksi je.. Tak payah susah².
Haikal : tak susah pun jom la.. Lagipun time macam ni susah nak dapat teksi.
Aku : takpe la.. Jap gi ada la teksi lalu.
Haikal : jom la Haikal hantar.. Takkan Haiqa nak duduk sini sorang².. Bahaya la..
Aku : tak menyusahkan ke??
Haikal : tak pun.. Lagipun Haikal tak buat apa² pun lepas ni.
Aku : are you sure??
Haikal : yes.. Jom naik la.

Aku hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta Haikal. First time weii naik kereta mahal.. Rasa kekok pulak. Kereta pun meluncur laju di atas jalan raya.

Aku : ermm.. Haikal stop kat situ je la.
Haikal : laa.. Kenapa pulak?? Biar la Haikal hantar sampai depan rumah..
Aku : takpe.. sampai sini pun dah cukup bagus dah.. Lagipun rumah Haiqa dah tak jauh dah dari sini.
Haikak : are you sure??

Aku hanya mengangguk. Haikal pun memberhentikan keretanya. Aku mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari kereta.

Setelah keluar dari kereta, aku senyum kepada Haikal apabila terlihat muka risaunya.

Aku berjalan menuju ke rumah aku. "Apasal tetiba rasa jauh pualk rumah aku ni. Haishh.. Penatnya.. Tu la aku Haiqa, tadi Haikal offer nak hantar sampai depan rumah belagak. Ni, padan la ngan muka kau. Nasib baik kau bukan jenis yang suka pakai kasut tumit tinggi kalau tak, kaki kau ni dah patah pe" omelku sendiri semasa berjalan untuk pulang ke rumah.

Tiba² beberapa biji moto lalu di tepi ku dan memberhentikan moto masing².

'Takkan time macam ni dah ada mat² moto lalu kut.. Ibu tolong.. Adik takut..' kataku dalam hati sambil menahan air mata daripada mengalir.

***

'Takkan aku nak biar Haiqa jalan sorang².. Bahaya kut.. Follow je la dia slow² dari belakang. Jangan bagi dia perasan dah la.' kata aku dalam hati lalu perlahan- mengekori Haiqa dari belakang dengan jarak yang jauh.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now