Bab 52

1.7K 57 3
                                    

Seperti yang dijanjikan, Haikal membawa Haiqa keluar untuk membeli keperluan rumah mereka.

Haikal berjalan beriringan dengan Haiqa sambil menggenggam erat tangan itu. Mereka mengenakan pakaian yang senada iaitu baju merah dan dipadankan dengan seluar hitam dan Haiqa mengenakan shawl berwarna hitam. Tema mereka hari ini ialah merah hitam.

Sepanjang jalan, mata Haiqa meliar-liar di segenap mall sehinggalah matanya berhenti di suatu arah atau lebih tepat seseorang. Dia mengecilkan mata untuk mengenalpasti dengan lebih jelas seseorang itu. Apabila pasti dengan figura tersebut, dia lantas memberhentikan langkahnya.

"Why sayang?" Soal Haikal pelik.

"Tu." Mulut Haiqa dimuncungkan ke arah seseorang itu berada. Haikal mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh isterinya.

"Your sister." Haikal mengecilkan matanya memandangkan jarak antara mereka berdua dengan kakaknya agak jauh.

"Kak Tia. Nak tegur tak?" Soal Haikal.

"Why not. Jom." Kata Haiqa lalu menarik tangan Haikal untuk berjalan ke arah Fathia.

"Hai akak." Sapa Haiqa apabila mereka sampai di tepi meja Fathia. Ouh lupa nak bagitau, masa tu Fatiha ada dekat Starbucks.

Fathia yang perasan seseorang menyapanya lantas mengangkat kepala dari menghadap IPhone 7+ miliknya.

"Ehh haii. Lamanya akak tak jumpa dengan Hana." Kata Fathia lantas memeluk erat tubuh adik iparnya itu.

"Alif la ni, lama sangat tak balik rumah mama papa." kata Fathia lalu menjeling adiknya.

"Orang bukan taknak balik. Memang dah plan nak balik rumah mama papa tapi tu la, busy sikit. Haiqa pun baru je habis exam." jawab Haikal.

"Yelatu. Kau tu dari sebelum kahwin sampai dah kahwin, memang selalu bagi excuses je kan." jeling Fathia.

"Elehh tak caya kau tanya la adik ipar kesayangan kau tu." Haikal turut membalas jelingan kakaknya. Mereka saling berbalas jelingan.

"Ermm akak sorang je ke?" Celah Haiqa cuba mengubah topik bagi mengelakkan pertelingkahan antara dua beradik itu berterusan.

"Ehh tak la. Akak tengah tunggu kawan." Jawab Fathia terus mematikan jelingan antara dia dan Haikal.

"Kawan laki ke perempuan?" Soal Haiqa lagi. Tetapi belum sempat Fathia menjawab, seseorang datang menyapanya.

"Hei, sorry I'm late." Kata seseorang itu atau lebih tepat jejaka itu.

"Sokey." Balas Fathia dengan nada yang lembut. Haiqa memandang ke arah jejaka itu.

"Faris?" Soal Haiqa.

"Kita kenal ke?" Soal jejaka yang dikenali sebagai Faris.

"Kau Faris kan?" Soal Haiqa lagi.

"Yup. Wait, asal muka you macam pernah nampak eh?" Kata Faris cuba mengenalpasti wajah Haiqa.

"Serious la kau tak ingat aku? Junior yang paling kau rapar masa sekolah dulu kot." Balas Haiqa.

"Like seriously Hana?! Woww tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Long time no see hm. Makin cantik sekarang. Dulu masa sekolah selekeh je, sekarang dah pandai bergaya. Dah tak gengster eh sekarang." Balas Faris teruja.

"Weyh biadap. Sempat kau kutuk aku yang dulu eh? Come on bro, people change. Kau pun apa kurangnya. Dah hensem sekarang." puji Haiqa. Haikal memandang Faris tak puas hati.

"Ehem." Haiqa mengalihkan pandangannya kepada Haikal.

"Ehh ya lupa. Sorry. Meet my husband, Alif Haikal." Perkenal Haiqa.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now