Bab 37

2.3K 51 0
                                    

Airport

Aku dan Haikal berjalan beriringan keluar dari balai pelepasan sambil menolak troli yang mengisi beg² kami.

"Sayang, tunggu sana jap bileh tak?" pinta Haikal.

"Awak nak gi mana?" soalku kembali.

"Toilet." jawabnya sepatah.

"Ok, awak pergi la. Troli ni takpe, biar saya je tolak." kataku. Dia mengangguk dan berlalu pergi ke tandas.

Sementara menunggu Haikal, aku bermain dengan telefon bimbitku. Sedang aku leka bermain, seseorang melanggar aku dan menyebabkan oppo f1s kesayangan aku terlepas dari genggaman dan jatuh menyembah bumi. 'Great, confirm cracked ni.'

"Jalan tak reti tengok depan ke?" marah orang yang melanggar aku tu. Dia yang langgar aku, aku yang dipersalahkan? Aku mengangkat kepala.

"KAU!" kata kami berdua serentak.

"Kau memang tak boleh tengok aku bahagia ke cenna?" marah aku.

"Sorry sikit. Kau yang langgar aku. And look what u've done. Habis baju aku kena air. And aku nak kau ganti balik." katanya sambil menunjuk ke arah kesan air yang tertumpah di bajunya.

"Excuse me. For your information Cik Maria, kau yang langgar aku ok. Aku tak tau la kau buta ke apa tak nampak ada orang berdiri kat sini. And untuk ganti balik baju kau yang tak cukup kain tu, aku rasa tak perlu kot. Tumpah air sikit je pun, buat teruk je lebih. Benda boleh basuh kot." kataku dengan nada meluat. Serious meluat gila dengan perempuan ni. Dari kat kampus, tak pernah puas hati dengan aku. Kerja nak cari gaduh ja. Meluat aku. Rasa cam nak sepak je dia ni masuk gol. Semak je dengan baju tak cukup kain dia tu.

"Aku langgar kau? Sorry sikit. Kau langgar aku. So ganti balik la weii." marahnya sambil menolak bahuku.

"Kau ni melampau en. Kau yang buta, jalan tak tengok orang. Aku dari tadi berdiri je kat sini. Tak bergerak pun. Tak perlu kot nak kena ganti baju kau yang kena air sikit tu. Sepatutnya kau yang kena ganti fon aku yang cracked ni." kataku sambil menunjuk skrin fon aku yang retak.

"Setakat fon cabuk ni apa la sangat. Kot la kau pakai iPhone cam aku." katanya riak.

"Sekurangnya aku beli guna duit hasil usaha sendiri. Tak mintak kat parents aku. Kau tu, beli guna duit parents kau. So takyah nak riak sangat." kata meluat.

"Biar la. Dah daddy aku kaya. Kau jeles kan?" katanya sambil berpeluk tubuh.

"Motif aku nak jeles?"

"Yelah daddy aku kan kaya, tak macam bapak kau. Miskin." dan dengan itu...

PANG!!! satu tamparan melekat kat pipi perempuan tu.

"Sayang. Kenapa awak lempang dia?" tegur Haikal yang baru tiba.

"Kau ingat, bapak kau tu Dato' kau boleh sesuka hati je nak hina orang? Kau takyah nak riak sangat la Maria. Kau ingat dengan pangkat Dato' tu selamanya bapak kau akan kaya? Silap² esok pun bapak kau boleh jadi miskin tau. Malah lagi miskin dari pengemis kat luar sana tu. Time tu baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Kau ingat Maria, Allah kalau dia nak tarik semua nikmat yang kita ada sekarang, bila² je DIA boleh tarik. Tak kira la kau sapa pun, kalau DIA nak tarik, DIA tarik jugak. Kau jangan ingat kau akan selamanya kat atas, hidup ni ibarat roda la." marahku tanpa menghiraukan teguran Haikal tadi dan mata² yang memandang ke arah kami. Muka aku sudah berubah merah. Bukan sebab malu tpi sebab marah yang membuak-buak.

"Sayang, kenapa ni? Maria, awak ok?" soal Haikal prihatin dan bertambah lagi amarah aku saat ini. Apa kejadahnya laki aku ni. Tanya dia ok ke tak. Perempuan ni dah la syok kat dia.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now